Puisi: Bunga




BUNGA

Sediakan aku kuntuman bunga
Yang masih benih hijau subur
Untukku bajai dengan Iman
Untukku sirami pancuran Taqwa
Kelak mencengkam akarmu
Utuh Aqidah tak tergoyah

Harapku benih
Besok kau bunga berduri
Utuhnya perisaimu
Menentang dan menangkas
Kebatilan bermaharaja
Haq Ilahi menjadi tujuan

Namun
Tidak apa batangmu hijau licin
Dan kasar kulitmu
hakikatnya, kau bunga
Cantik fitrahmu
Lagi menawan kutambah hias

Datanglah serangga kecil
Kupu2, lebah, ke sini!
Kelopak itu, cumbulah
Indahnya dihias pemurah

Ambillah madunya, di bumi sebarkan
Besok tanah kering hidup
Dicambah benih Islam
Berkat Tarbiah
Memukau perisai anggunmu

Anganku lagi
Ajaran Nabi biar abadi
Tidak puas satu benih saja
Seluruh pelosok taman perlu disebar
Luasnya bertemu Timur Barat
bercantum  Utara Selatan

Anganku, tunaikanlah teman!
Binakan banyak gazebo gah
Di pinggir sungai
Dan tasik tenang
hiburan dua mata
Menghirup harum
Menjamu saujana memandang

Gazebo itu
Kutanam benih di keliling
Hingga tidak lagi punya ruang
Menggunung harapanku
Menawan tumbuhnya
Taman bunga abstrak warnanya

Indah walau berbeza
Bersatu tiada berpecah
Abadi harmoninya
Hingga datangnya yaum
Dicabut akar dari tanah
Harmoni dan cantik tersebar
Dianggkat ke mahligai surga
Membenarkan kalam Tuhan
Nikmat tiada sempadan

-----

23:01 pm | 31 Julai 2017
Villa Mawaddah,
Sale, Morocco




Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye