Review Buku - Impian Jalanan
Assalamualaikum wbt, Bismillahirrahmanirrahim, kala langit sedang rancak mencurahkan isinya yang melimpah, jemariku pun menoktahkan helaian terakhir #ImpianJalanan hasil ke-3 Teme Abdullah. Entah bagaimana aku mahu simpulkan, perasaanku berkecamuk. Hati aku hampir terasa mahu pecah dek sakit yang menyapa kala lembaran bab-bab di tengah naskah semakin jauh aku selak. Tertawa aku sendiri kerana tak terduga rasa suka kepada si peninta memberi kesan hingga sebegitu rupa terhadap diriku. Meletakkan angan-angan kosong yang aku tahu tak akan pernah tercapai. Sungguh lucu saat terkenangkan, aku hampir menoktahkan bacaan sebelum ke lembaran belakang kerana tak sanggup meneruskan bacaan. Iyalah, risau aku terduduk menangis kecewa tanpa punca. Tak pasal dipandang aneh ahli serumah. Permainan perasaan. Seperti selalu, hari aku menghabiskan cucian longgokan pakaianku merupakan hari aku menghabiskan buku lama ataupun memulakan bacaan buku baru. Malam semalam mula membasuh menggunakan m