Posts

Terkini!

Puisi: Kolam Kenangan

Image
Malam Bawakan sungkawaku Pada kenangan Yang terhimpit Dalam timbunan memori Berbisiklah padanya Sungguh aku rindu Runsingku mengapa Menjadi dewasa Menawarkan hati Menyirna bahagia Entah apa sebabnya Aku hampir lupa Bibirku ini Pernah ketawa bebas Tersenyum ikhlas Merdeka dihimpit resah Melihat cermin Wajah yang asing menyapa Aku mencari dan menjelajah Di mana hilangnya Semua rasa hebat Pada raut kaca itu Hening dicemar unggas Aku tenggelam dalam kocakan Keliru dibadai bisikan risau Rimas dan lemas Kolam kenangan ku terjun Memburu kemanisan lalu Kenanganku Ku tahu kau ada Untukku ingat Kehadiranmu dulu Pernah buatkan aku Tersenyum bahagia Kenanganku Janganlah kau menyirna Dari arkib mindaku Yang kian terperosok Dipukul usia bertambah Hanya mengingatimu Menyedarkan aku Aku pernah menjadi manusia Membina harapan  Aku masih mampu Melukis kenangan Lebih abstrak dan indah Berkilau diaduk warna Malam Bawakan sungkawaku Pada kenangan

Puisi: Bunga

Image
BUNGA Sediakan aku kuntuman bunga Yang masih benih hijau subur Untukku bajai dengan Iman Untukku sirami pancuran Taqwa Kelak mencengkam akarmu Utuh Aqidah tak tergoyah Harapku benih Besok kau bunga berduri Utuhnya perisaimu Menentang dan menangkas Kebatilan bermaharaja Haq Ilahi menjadi tujuan Namun Tidak apa batangmu hijau licin Dan kasar kulitmu hakikatnya, kau bunga Cantik fitrahmu Lagi menawan kutambah hias Datanglah serangga kecil Kupu2, lebah, ke sini! Kelopak itu, cumbulah Indahnya dihias pemurah Ambillah madunya, di bumi sebarkan Besok tanah kering hidup Dicambah benih Islam Berkat Tarbiah Memukau perisai anggunmu Anganku lagi Ajaran Nabi biar abadi Tidak puas satu benih saja Seluruh pelosok taman perlu disebar Luasnya bertemu Timur Barat bercantum  Utara Selatan Anganku, tunaikanlah teman! Binakan banyak gazebo gah Di pinggir sungai Dan tasik tenang hiburan dua mata Menghirup h

Puisi: Lebah dan Semut

Image
Credit Image:Google Memori Adakala sarang lebah Melimpah madunya Adakala sarang semut Perit ratunya menggigit Memori Sarang bermadu Kemanisan asyik berawan Arakan tentera semut Mencarik pelosok kalbu Memori Mabuk manisnya madu Tak terlawan; kala Ratus emut dan tenteranya Melukakan parut basah Memori Parut kembali terobek Darah duka dihisap kering Madu pula mangsanya Habis sirna manisnya Bersisa perit menghitung ---------- 3.59 pm | Ahad 3 November 2019 Rumah Konoha Casablanca, Morocco

Puisi: Tempayan

Image
Credit Image: Google Dagu dongak memandang langit Jasad nol bertebaran roh dan fikir Pura-pura tidak peduli rancak di pelantar Laki-laki si muda tua bagai serati Bisik-bisik di anjung seolah tak terganggu Para suri simpuh dan sila; sopan Tangan bekerja mulut bekerja Zaman tiada wayar, ada wayar dan tanpanya; Dengan suara tiada suara; Pena berjalan, tap tap papan kekunci Azali mereka begitu alaminya Mahu berkata bercerita Peduli apa; betul-betul atau tipu-tipu Berdalih pula; cuma gurau kasar - Eh! Berkerut dahi, telinga tercacak; terdengar Fitnah busuk makin melimpah di bibir Tidak tertahan apatah mahu menahan Bebas sekali ha ha ha seronok tertawakan Lupa ingatan agaknya Yang dicerita bukan aib sang lembu Tahun 2020 hanya jari bilangnya Mencelik dan mendidik menjadi intelek Memupuk insan banyak buku dibaca Aduhai sedih, Resmi padi tak berbuah rupanya Tak hairan lalang makin menjulang tumbuhnya Aku tahu mereka tahu Kalau angin fitnah menyerang yang d

Puisi - Minda Berbicara

Image
Apa perlu dibuat? Mindaku rancak berkata-kata Mulut pula terkunci tiada kata Aku penat! Minda yang terus berbicara Hanya gumpalan sampah Yang tak mungkin terbuang Pada mulut yang membisu Aku penat! Bicaranya tak mahu berhenti Mata terpejam masih dia asyik berceloteh Kegelapan dan sunyi turut tak terdaya Membisukan minda bagai ribuan mulutnya Aku penat!