Assalamualaikum, hai semua. Belakangan ni, aku dibelenggu ketagihan menghabiskan masa aku dengan novel2 online. Medium pilihan aku app Webnovel -aku boleh baca novel dan komik dekat sini- dan lebih banyak baca dekat boxnovel.com. Kat sini, lambakan novel2 terjemahan dari negara2 asia, majoritinya China memang banyak gila. Untuk laki ke perempuan ke kau pilih jha. Semua genre ada. Dan yeah, aku ketagih. Walaupun novel2 dia tu, ya ampunnn 1000 bab tu biasa sangat dah, mesti lebih punya. Aku pernah habiskan novel ni 2000+ bab wehh. Haa, gigih kan den. Seingat aku la, aku dah habis 6 novel kot dari Webnovel. Tu yang dah habis, ada lagi bersusun2 novel yang masih ongoing. Mujur tiap2 hari update. Jadi, hari ni tergerak hati tiba2 rasa nak kongsi komen aku pasal salah satu novel yang baru jha aku habis baca tadi. Tapi aku muat naik komen aku tu dekat pos seterusnya lah, sebab aku nak cerita dulu pasal penulis ni. Penulis ni, nak kata hebat sangat tu tak lah. Novel dia pulak, kalau...
Malam Bawakan sungkawaku Pada kenangan Yang terhimpit Dalam timbunan memori Berbisiklah padanya Sungguh aku rindu Runsingku mengapa Menjadi dewasa Menawarkan hati Menyirna bahagia Entah apa sebabnya Aku hampir lupa Bibirku ini Pernah ketawa bebas Tersenyum ikhlas Merdeka dihimpit resah Melihat cermin Wajah yang asing menyapa Aku mencari dan menjelajah Di mana hilangnya Semua rasa hebat Pada raut kaca itu Hening dicemar unggas Aku tenggelam dalam kocakan Keliru dibadai bisikan risau Rimas dan lemas Kolam kenangan ku terjun Memburu kemanisan lalu Kenanganku Ku tahu kau ada Untukku ingat Kehadiranmu dulu Pernah buatkan aku Tersenyum bahagia Kenanganku Janganlah kau menyirna Dari arkib mindaku Yang kian terperosok Dipukul usia bertambah Hanya mengingatimu Menyedarkan aku Aku pernah menjadi manusia Membina harapan Aku masih mampu Melukis kenangan Lebih abstrak dan indah Berkilau diaduk warna Malam Bawakan sungkawaku Pada kena...
Assalamualaikum, entri kali ni ulasan pasal novel YFY yang ke2. Book: A Billion Stars Can’t Amount to You Author: Ye Fei Ye Country: China Chapters: 1075 Ranking: 4.5🌟 Hero: Ji Yi Heroin: He Jichen Bila aku baca novel ni sebenarnya banyak persamaan dengan novel pertama YFY. Disebabkan aku dah tahu gaya penulisan YFY dan dah baca banyak reviews pasal novel ni jugak, jadi memang aku dah prepare sepsiap lah takmo terasa sangat penderaan di hati gue. Tapi bab pertama jha dah ada konflik. Adehh. Ringkasan cerita sikit: Diusia muda, perawakan dan kecerdikan HJ sangat menonjol buatkan dia sangat disenangi dan disayangi orang ramai. Sehingga abang kembarnya yang lumpuh, bisu dan sakit semakin dipinggirkan oleh ibu dan ayahnya. Kerana itu HJ memberontak dan menjadi pelajar nakal di sekolah. Membuli pelajar, bergaduh, ponteng sekolah dan kelas semakin menjadi2. Bertahun2 HJ memberontak berharap orang tuanya lebih berikan perhatian kepada abangnya. Sehinggalah HJ terserempak de...
Comments
Post a Comment