Posts

Showing posts from July 10, 2019

Review Buku - Saya Ialah Satria Dalam Cerita yang Saya Karang 1.0

Image
Assalamualaikum semua!  Hari ni aku nak kongsi pasal buku 'Saya Adalah Satria dalam Cerita yang Saya Karang - Khairil Idham Ismail. Ringkas jha. Hari tu aku skrol Facebook, terlintas satu feed ni kasi review pasal buku ni. Sebab aku dah baca jadi nak tahu juga apa pendapat penulis lain pasal buku ni. Serius. Aku rasa fikiran dia ngan aku sama. Aku paling suka ayat dia yang ni: 'Ringkasnya buku ini adalah satu karya yang segar, menghibur dan pada masa yang sama, mendidik - dalam sejuta kata yang tidak mungkin difahami melainkan dengan membaca buku ini sendiri.' - Hundred Pages Betul sangat. Setuju! Baca buku ni dah macam nak selesaikan kajian kes waktu belajar sains dulu. Tak mungkin dapat memahamkan orang melalui cerita mulut, buku ini meninta tentang apa. Aku hanya akan menghulurkan naskah buku untuk kau baca, supaya kau lebih menghayati telusan makna pada susunan kata yang ditinta sang penulis. Imaginasi tuan penulis buatkan aku berkerut dahi tak berhenti

Puisi - Ramuan Cinta

Image
Credit:Google Satu hari Aku diminta untuk meninta tentang cinta Lalu aku tertanya Apa itu cinta? . Bagaimana rupa bentuknya? Apa warnanya? Apa baunya? Apa ciri-cirinya? Aku mahu kenal dia, bagaimana caranya? . Baik sekali siapa yang jawabkan . Cinta itu angin Tak boleh disentuh tapi kau merasa Cinta itu warna2 suam Boleh pasrah boleh juga gila Cinta itu manis baunya Menyenangkan setiap kali menyapa Peribadi manusia Itu adalah cinta Untuk mengenali cinta Kenalilah diri sendiri Kelak kau merasai cinta . Jadi untuk apa adanya cinta? Cinta, bukti kita itu manusia . Lalu mengapa cinta sering dikaitkan dengan lelaki dan wanita? Normal bukan, lelaki diciptakan untuk wanita, begitu juga sebaliknya . Itu bukan jawab yang aku mahukan . Berkelahanalah Belajar dengan memerhati Apa yang berlaku di sekelilingmu Jika kau lihat dengan mata hati Cinta itu datang dengan sendiri . Lihatlah pada sebuah lukisan punya sebiji kek indah Kuih manis menambah

Puisi - Pembesar Suara

Image
Iftar di Masjid Hassan II Rabu|Ramadhan241440 i Suara berkumandang memecah langit Daguku mendongak ke puncak menara masjid Aku bertanya pada alat membesarkan suara Sejauh mana ikhlasmu mengundang manusia Tapi isi bangunan menara tinggi Masih tetap sayu menunggu kunjungan Dinding-dinding gah dengan ukiran dibangga Cuma alasan untuk yang hadir dari kejauhan Sejarahnya dibaca dan diangguk menarik Cukup masa lapangan kembali kosong Sedangkan satu ketika dahulu Bantuan teknologi tidak diperlukan Hanya perlu kaki memanjat tinggi Lalu suara Sang Bilal lebih lantang mengundang Berbondong-bondong hadirnya yang beriman Bukan hanya Jumaat tapi 5 waktu  setiap hari Namun ku tahu bukan salah alatan yang semakin moden Tapi hati insani itu semakin dipenuhi rasa cinta dunia ii Hadirnya Ramadhan menyalakan ruang sepi Kesunyian dilimpahi insan yang mampir berikhtikaf Pagi menjelang malam tadarus kerap kali diperdengar Insan yang sibuk mencari ruang mengejar pahala berjema