Karyaku
Bola Berbulu dan Aku (BBnA) -2019-
Ragam Gebu, walaupun figuranya sangat menarik hati untuk dipeluk namun nakalnya tak pernah hilang. Lagi-lagi aku ini sudah dianggap sebagai musuh utamanya. Ada sahaja lakunya yang mengundang murkaku. Salah satunya, pantang larangku jangan diganggu aku saat sedang bersantap mengisi perut yang berdendang, ketika itulah Gebu bersiap siaga memasang perisai, mengasah kukunya yang kontot, mengebar megah ekornya yang berkembang bagai merak lalu membuat lompatan tinggi memecah rekod kepantasan dunia mencuri ayam goreng masak kicap dari genggaman tangan aku. Belum sempat lidahku mencicip keenakan masakan umi, ayamnya sudah dicerna licin di dalam perut Gebu. Lalu untuk entah ke berapa kalinya, teratak kami digempar dengan segala macam hentakan periuk belanga. Kucing nakal!
Kucing Paling Kebal (KPK) -2019-
Selamat tinggal kucing paling kebal. Oyen si nakal.
Tuhan Jadikan Dia Jodohku (TJDJ) -2015-
Sekiranya Allah kabulkan doa-doa aku. Kita akan bersatu juga. Jika kau ada rasa seperti yang aku rasakan, doalah agar ianya tidak membawa ke jalan yang tidak diredhai Ilahi. Doalah agar kita disatukan nanti - Ain Farhani
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, setelah empat hari berfikir dan memerah idea, demi mencantikkan lagi plot serta menyunting penulisan aku supaya lebih teratur, serta memastikan maklumat yang tertulis lebih tepat ilmunya, akhirnya berjaya juga karya ini dinoktahkan.
Buat yang pernah membaca cerpen TJDJ sebelum ini, silakan dibaca semula kalau sudi. Walaupun tidak banyak yang diubah tapi aku jamin. Kalian akan lebih puas untuk TJDJ versi edited. Semoga! Aminnn..
Buat yang pertama kali mahu membaca, silakan jangan ragu2. Aku lebih mencadangkan cerpen TJDJ versi ini. Tidak salah juga mahu membaca yang versi lama. Masih ada tertampal dalam post yang sebelumnya. Cumanya, kalau versi lama dimohon agar bersabar banyak2. Aku belum matang saat karyaku itu ditulis. Harapanku cuma satu, karyaku enak dibaca dan pembaca semua gembira.
Selamat membaca!
CINTA Dan Lelaki (CDL) -2017-
Cinta..?
Sebut pasal cinta mesti dalam kepala berderet-deret lelaki yang menyapa minda. Siapa yang layak?Jika yang wajahnya tidak kena dihati dijentik keluar dari list of the year.
Sedangkan Cinta..?
Seorang aktivis ditembak bertalu-talu kerana ingin menyelamatkan anak kecil yang sudah terkulai lemahnya di tanah mencari seteguk lopak air, secebis roti kering.
Lelaki...?
Lelaki.. hurmmm.. tak ada kaitan dengan cinta.
Lelaki.. hanya organisma yang wujud untuk melengkapi dunia ini.
Lelaki.. nahh!
----------------------------
AMARAN:
- Jalan cerita sangat melewah (baca: meleret)
- Susunan penulisan bahasa putar belit dan banyak (mungkin susah nak faham)
- perlu fokus dengan mainan kata kalau mahu faham dan banyakkan bersabar berjaya menoktahkan cerita hingga akhir bab.
- Sekian, selamat membaca!
CDL1 CDL2 CDL3(End) Extra
Baca di Wattpad
----------------------------
AMARAN:
- Jalan cerita sangat melewah (baca: meleret)
- Susunan penulisan bahasa putar belit dan banyak (mungkin susah nak faham)
- perlu fokus dengan mainan kata kalau mahu faham dan banyakkan bersabar berjaya menoktahkan cerita hingga akhir bab.
- Sekian, selamat membaca!
CDL1 CDL2 CDL3(End) Extra
Baca di Wattpad
Comments
Post a Comment