Posts

Showing posts from November 5, 2019

Puisi: Jam

Image
Di bangunan toko jam Pelbagai aneka rangka menarik mata Ada berkilat disalut emas permata Bertali kulit haiwan berjenama Disangkut di dinding atau ikat di tangan Ada juga yang biasa sahaja Bagi orang tidak menilai rupa Yang penting fungsinya terbaik Skru dan enjin dicipta Saling membantu untuk bergerak Tak pernah berhenti bekerja Jarum panjang bergerak patuh Satu dua tiga tak berehat Rembulan diganti mentari Pantai dihakis laut Jika jarum jam salah tunjuk Mujur ada butang undur Membetulkan angka tak tepat Kembali lurus berdetik Pusingan semangat diputar Ada ketika enjin rosak berkarat Hantar ke kedai baiki Esok elok dipakai lagi Jam lama, perlu berkali dibaiki Sampai masa, tenat enjin Tak boleh dibaiki lagi Lalu tong sampah menjadi persinggahan Yang bernilai digadai ke kedai pajak ---------- 11.20 pm | Rabu 20 Mac 2019 Rumah Konoha Casabalanca, Morocco

Puisi: Berbolak

Image
Hati, kau rumit! Mengatur dilema di jiwaku Demi liku-liku langkahku di gerbang Andalus Kau bolak-balikkan keputusanku Kadang kau tabur garam Menyiksa luka dendam rinduku Memaksaku mengalir buti-butir jernih Yang ku biar bertakung di kelopak mataku Meronta untuk terbang ke tanah air Bertemu sang bunda sang ayahanda Merangkul darah daging yang kian membesar Bersujud pada tanahku jatuh bangun Hingga bertekad ini terakhir kalinya Aku meninggalkan bumi tercinta Namun hati! Kadang kau rayu dengan pujukmu Kau layarkan indahnya bumi ini Hebatnya sejarah sini Kau umpan minatku tumpah di sini Agarku teguh setia berpayung Biarpun hujan mahupun panas Kau mengajarku Membina tiang-tiang untuk berumah Seolah dipukau Tanah kelahiran Ibnu Batoota negaraku Hingga ditanam rasa Melayu dan nusantara itu bukan adat dan resamku Tidak sedar diri Di sini aku bukan anak tiri Apatah lagi anak kandung Cuma penumpang demi ilmu yang umat dahagakan! ---------- Petang | Ahad 7 Se