Posts

Showing posts from July 17, 2019

Review Antologi - Tales From The Arabian Sahara

Image
Assalamualaikum yang manis menawan,  Seperti biasa, kalau sudah ada buku aku khatamkan pastilah ke sini jua aku berkunjung untuk berkongsi pandanganku terhadap naskah yang ditinta. Disebabkan bukunya nipis sangat, jadi   cepatlah aku naikkan ulasan tentang buku ni. Nama diberi Tales From the Arabian Sahara ditulis oleh Afif Khudairi yang juga merupakan penulis cerita Eighth Voyage of Sinbad. Aku tak pernah baca novelnya, tapi aku pernah tengok ceritanya. Siri animasi. Itupun tak habis pun. Tapi agak menarik ceritanya.  Buku ini adalah buku terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Indonesia. Merupakan sebuah buku himpunan 17 cerita pendek yang berlatarbelakang hidup masyarakat orang Arab. Menurut penulis, kisah2 didalam buku ini merupakan himpunan cerita2 rakyat yang sering diceritakan dalam masyarakat orang Arab. Selain sengaja menghimpun cerita-cerita pendek ini, tujuan penulis juga mahu memperbaiki persepsi buruk terhadap gaya hidup masyarakat Arab dulu2 tidaklah semuan