Review Antologi - Tales From The Arabian Sahara


Assalamualaikum yang manis menawan, 

Seperti biasa, kalau sudah ada buku aku khatamkan pastilah ke sini jua aku berkunjung untuk berkongsi pandanganku terhadap naskah yang ditinta. Disebabkan bukunya nipis sangat, jadi  cepatlah aku naikkan ulasan tentang buku ni.

Nama diberi Tales From the Arabian Sahara ditulis oleh Afif Khudairi yang juga merupakan penulis cerita Eighth Voyage of Sinbad. Aku tak pernah baca novelnya, tapi aku pernah tengok ceritanya. Siri animasi. Itupun tak habis pun. Tapi agak menarik ceritanya. 

Buku ini adalah buku terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Indonesia. Merupakan sebuah buku himpunan 17 cerita pendek yang berlatarbelakang hidup masyarakat orang Arab. Menurut penulis, kisah2 didalam buku ini merupakan himpunan cerita2 rakyat yang sering diceritakan dalam masyarakat orang Arab. Selain sengaja menghimpun cerita-cerita pendek ini, tujuan penulis juga mahu memperbaiki persepsi buruk terhadap gaya hidup masyarakat Arab dulu2 tidaklah semuanya buruk2 dan tidak baik sahaja seperti yang terdapat dalam 1001 Arabian Night.

Sudah namanya pun himpunan cerita, sudah pastilah taraf kehidupan masyarakat yang diceritakan bukan dari satu taraf sahaja. Perlbagai lapisan masyarakat diceritakan. Daripada sultan yang kaya raya hinggalah abid miskin harta. Lebih menariknya, watak kaum wanita juga didatangkan sebagai peranan penting untuk dijadikan contoh bahawa wanita Arab pada zaman dahulu bukanlah hanya terperuk di rumah. Ada peranannya sebagai wanita yang cerdik dan bijaksana. Ada juga peranannya sebagai pemerintah yang berkuasa. Ada juga peranannya sebagai penasihat yang setaraf buat raja.

Pelbagai himpunan cerita yang didatangkan. 17 kisah bukan angka yang banyak tapi tidak juga sedikit. Yang pastinya, semua kisah ini mendatangkan teladan yang boleh dicontohi. Tidak anehlah ceritanya menjadi cerita rakyat untuk dibuat sebagai ‘bed night story’ anak2 kecil. Tidak kurang juga ada cerita yang mengenalkan watak2 khalifah dan tanggungjawab mereka sebagai pemerintah. Indahnya buku ini ditutup dengan satu cerita yang menekankan tentang keimanan dan kejujuran. Cerita yang menjadi salah satu kisah kegemaran aku dalam buku ini.

Keseluruhannya, aku boleh kasi buku ini 5/10. Latar belakang penulis juga sangat menarik minat aku. Seorang penyair Arab yang meninta hampir 47 buah buku dan mungkin lebih. Aku harap aku dapat cari buku Eighth Voyage of Sinbad untuk aku baca. Kerana aku sangat menggemari siri Sinbad. Sekian.

Adios! ^^,

Malam Rabu
17 Julai 2019
Rumah Konoha
Ain Chok
Casablanca Morocco



Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Puisi: Lebah dan Semut

Ye Fei Ye