Posts

Showing posts from November, 2019

Puisi: Lebah dan Semut

Image
Credit Image:Google Memori Adakala sarang lebah Melimpah madunya Adakala sarang semut Perit ratunya menggigit Memori Sarang bermadu Kemanisan asyik berawan Arakan tentera semut Mencarik pelosok kalbu Memori Mabuk manisnya madu Tak terlawan; kala Ratus emut dan tenteranya Melukakan parut basah Memori Parut kembali terobek Darah duka dihisap kering Madu pula mangsanya Habis sirna manisnya Bersisa perit menghitung ---------- 3.59 pm | Ahad 3 November 2019 Rumah Konoha Casablanca, Morocco

Puisi: Tempayan

Image
Credit Image: Google Dagu dongak memandang langit Jasad nol bertebaran roh dan fikir Pura-pura tidak peduli rancak di pelantar Laki-laki si muda tua bagai serati Bisik-bisik di anjung seolah tak terganggu Para suri simpuh dan sila; sopan Tangan bekerja mulut bekerja Zaman tiada wayar, ada wayar dan tanpanya; Dengan suara tiada suara; Pena berjalan, tap tap papan kekunci Azali mereka begitu alaminya Mahu berkata bercerita Peduli apa; betul-betul atau tipu-tipu Berdalih pula; cuma gurau kasar - Eh! Berkerut dahi, telinga tercacak; terdengar Fitnah busuk makin melimpah di bibir Tidak tertahan apatah mahu menahan Bebas sekali ha ha ha seronok tertawakan Lupa ingatan agaknya Yang dicerita bukan aib sang lembu Tahun 2020 hanya jari bilangnya Mencelik dan mendidik menjadi intelek Memupuk insan banyak buku dibaca Aduhai sedih, Resmi padi tak berbuah rupanya Tak hairan lalang makin menjulang tumbuhnya Aku tahu mereka tahu Kalau angin fitnah menyerang yang d

Puisi - Minda Berbicara

Image
Apa perlu dibuat? Mindaku rancak berkata-kata Mulut pula terkunci tiada kata Aku penat! Minda yang terus berbicara Hanya gumpalan sampah Yang tak mungkin terbuang Pada mulut yang membisu Aku penat! Bicaranya tak mahu berhenti Mata terpejam masih dia asyik berceloteh Kegelapan dan sunyi turut tak terdaya Membisukan minda bagai ribuan mulutnya Aku penat!

Resensi Novel - Sir Monster, Marah yang Menggunung Sayang

Image
 Assalamualaikum semua.. Hari ni aku nak cerita pasal novel yang baru jha aku khatam semalam. Tak sangka sebenarnya boleh habiskan novel tu dalam masa sehari. Melekat tak mau lepas. Dari petang sampai pagi buta. Haish! Kalau tiap2 hari aku macam ni, mahu pendek umur nanti. Hehehehe.. Sebelum tu aku bagitahu dulu identiti novel yang aku baca. Tajuk : Sir Monster Pengarang : Sera Elya/Que Sera Sera Penerbit : Enig Magis Press Tahun penerbitan : 2018 Muka Surat/Bab :  436 m.s (tak termasuk kulit) /102 Bab Harga : RM30 (tak termasuk penghantaran) Bintang : 4/5 🌟 Genre :  Fiksyen romantis Tema : May-December Relationship Layar Cerita: Sebelum ini Sera Elya menggunakan nama pena Que Sera Sera dalam novel2 beliau. Jadi aku akan menggunkan singkatan QSS untuk merujuk kepada penulis kerana sudah terbiasa mengenali penulis dengan nama pena itu. Aku tak ingat  ini karya QSS yang ke berapa aku baca. Yang aku tahu, Sir Monster merupakan karya QSS yang pertama aku baca dala

Puisi: Dua Suara

Image
Credit Image: Google Bagai terbelah menjadi dua Serupa tapi berbeza Bertekak kata berpaling suara Aku mahu kasih Ah, itu buang masa Kau lemah Tidak! Kau yang pengecut Takut kepada fitrah manusia Terlalu sibuk mengejar cita Diri nol dahagakan rasa Saat ada menghulur Kau pasang perisai tak tertembus Aku berjaga-jaga Kau itu yang kecundang Kita sudah bersatu suara Mahu menggapai hidup sempurna Tapi kau khianat Berbunga menyambut rasa Disimpan bagai permata Aku bukan pecundang Itu keperluan kernaku insan Sia-sia membina empangan besar Konon tak mahu dahaga Tapi kau ketinggalan Merasai air terindah Kata kau tidak penting Tapi kau rugi Aku tak peduli Rasa manis itu membuaikan Kerna kau memuja rasa itu Aku terleka bagai dipukau Keenakan menyentuh lidah Akhirnya aku lemas Dahagakan yang indah  Hingga merangkak mencari air Tekak kering perlu ia disegar Itu alasan cuma Hakikatnya kau bersembunyi Kerna kau pernah dicekik manis Semput dada bagai ikan

Resensi Ebuku - Cara Asyik Review Buku, Senjata Ulasan yang Tuntas

Image
Assalamualaikum para pengunjung setia. Hehe.. kabare? Kalau korang perasan belakangan ni aku ada kongsi beberapa entri pasal resensi buku. Walaupun dua tiga pos sebelum ni sekitas puisi saja tapi ada beberapa resensi buku yang telah aku ulas dalam entri sebelum2 ini. Sebenarnya aku sedang mencuba-cuba membiasakan diri mengulas buku2 yang aku baca. Supaya aku boleh rujuk semula isinya dan manfaat yang aku peroleh daripadanya ataupun mengimbas semula intisari perjalan cerita. Sepanjang mencuba dan semberono meninta sesedap rasa, aku teragak2 adakah benar caraku? Adakah orang yang membaca penulisan aku dapat memahami pengisiannya? Adakah terlalu panjang mahupun terlalu ringkas? Adakah aku terlalu asyik bercerita hingga membongkar semua isi cerita? Satu hari aku terjumpa post di ig @adi_wahyu_adji yang sangat pemurah berkongsi pengalaman dan tips dalam ebooknya, 'Cara Asyik Review Buku'. Aku mendapatkan ebook ini secara percuma di akaun instagram beliau. Selain ebook ini, t

Puisi: Rapuh - راڤوه

Image
Credit Image: Google Hati, rapuh sekali sifatmu هاتي، راڤوه سكالي صفةمو Tak tersentuh mahu menyentuh تق ترسنتوه ماهو مڽنتوه Bila disentuh melonjak kau berbunga بيلا دسنتوه ملونجق كاو بربوڠا Kata temanku itu fitrah manusia كات تمنكو ايت فطره مأنسي Tapi aku mahu menafikan rasa itu تاڤي اكو ماهو منافيكن راس ايت Aku merasa kecundang اكو مراسا كچونداڠ Melihat kau teruja menyambut rasa مليهت كاو تروجا مڽمبوت راس Penat aku membina banteng kukuh ڤنت اكو ممبينا بنتيڠ كوكوه Tembok tinggi kalah langit dunia تمبوك تيڠڬي كاله لاڠيت دنيا Bukan saja-saja bersuka ria بوكن ساج-ساج برسوك ريا Itu perasai untuk hati bermuka ايت ڤراسا اونتوق هاتي برموك Dusta bertopeng senyum ikhlas دوستا برتوڤيڠ سڽوم إخلاص Kalu diruntuh benteng كالو درونتوه بينتيڠ  Kelak kau yang sakit كلق كاو يڠ ساكيت Tapi kau mengkhianati aku تاڤي كاو مڠخيانتي اكو Kerana satu rasa asing menyentuh كران ساتو راس اسيڠ مڽنتوه Kau menyambutnya bagai barang berharga كاو مڽمبوتڽ باڬاي بارڠ بر

Puisi: Kembali

Image
Credit Image: Google Sejuk malam menggigit Bertebar mimpi menyelimut Bayu memanggil laksanakan rindu Meninggalkan selimut panas Dingin embun membasahi tubuh Dua per tiga kelam mulakan detik Hembusan bisikan takbir bergema Alunan kalam Ilahi bersuara Saat penyerahan yang seluruh Isi dunia tiada nilai Rasa terselindung di cerah mentari Dicurahkan rahsia hati, pada Selindung balik gelap rembulan Mutiara bercucuran tidak terasa Aduan anak kecil berteriak Dosanya jangan dirotan azab Salahnya jangan ditinggal sesat Merayu dipimpin jemari kerdil Tiada hijab kebenaran diikut Salah sentiasa tahu dihindar Melekat dahi berbekas pasir Esakan masih berbunyi Rengekan rindu disampai terus Agar tidak tumbuh besar sang bayi Sifatnya insan diampun Tuhan Hingga hari disingkap hijab Al Izzah Manis nikmat kalahnya madu Pekikan hati bermunajat Hati terpasak tak terpesong Masa bodoh Tuhan ditinggalkan Bagai neraka ciptaan tangan Melecur rentung ditambah kay

Puisi: Suara Asing

Image
Suara asing Berbisik di telinga Mengajak dan memujuk Ku bertindak di luar sedar Tiada suruhan yang baik Malah bencana diundang Menghindarlah dikau  Agar ku tenang Damai dari hasutanmu -------- Petang | Isnin 18 Mac 2019 Bas 63 Derb Gerf - 2 Mers Casablanca, Morocco

Puisi: Jam

Image
Di bangunan toko jam Pelbagai aneka rangka menarik mata Ada berkilat disalut emas permata Bertali kulit haiwan berjenama Disangkut di dinding atau ikat di tangan Ada juga yang biasa sahaja Bagi orang tidak menilai rupa Yang penting fungsinya terbaik Skru dan enjin dicipta Saling membantu untuk bergerak Tak pernah berhenti bekerja Jarum panjang bergerak patuh Satu dua tiga tak berehat Rembulan diganti mentari Pantai dihakis laut Jika jarum jam salah tunjuk Mujur ada butang undur Membetulkan angka tak tepat Kembali lurus berdetik Pusingan semangat diputar Ada ketika enjin rosak berkarat Hantar ke kedai baiki Esok elok dipakai lagi Jam lama, perlu berkali dibaiki Sampai masa, tenat enjin Tak boleh dibaiki lagi Lalu tong sampah menjadi persinggahan Yang bernilai digadai ke kedai pajak ---------- 11.20 pm | Rabu 20 Mac 2019 Rumah Konoha Casabalanca, Morocco

Puisi: Berbolak

Image
Hati, kau rumit! Mengatur dilema di jiwaku Demi liku-liku langkahku di gerbang Andalus Kau bolak-balikkan keputusanku Kadang kau tabur garam Menyiksa luka dendam rinduku Memaksaku mengalir buti-butir jernih Yang ku biar bertakung di kelopak mataku Meronta untuk terbang ke tanah air Bertemu sang bunda sang ayahanda Merangkul darah daging yang kian membesar Bersujud pada tanahku jatuh bangun Hingga bertekad ini terakhir kalinya Aku meninggalkan bumi tercinta Namun hati! Kadang kau rayu dengan pujukmu Kau layarkan indahnya bumi ini Hebatnya sejarah sini Kau umpan minatku tumpah di sini Agarku teguh setia berpayung Biarpun hujan mahupun panas Kau mengajarku Membina tiang-tiang untuk berumah Seolah dipukau Tanah kelahiran Ibnu Batoota negaraku Hingga ditanam rasa Melayu dan nusantara itu bukan adat dan resamku Tidak sedar diri Di sini aku bukan anak tiri Apatah lagi anak kandung Cuma penumpang demi ilmu yang umat dahagakan! ---------- Petang | Ahad 7 Se