Puisi: Dua Suara

Credit Image: Google
Bagai terbelah menjadi dua
Serupa tapi berbeza
Bertekak kata berpaling suara
Aku mahu kasih
Ah, itu buang masa

Kau lemah
Tidak! Kau yang pengecut
Takut kepada fitrah manusia
Terlalu sibuk mengejar cita
Diri nol dahagakan rasa
Saat ada menghulur
Kau pasang perisai tak tertembus

Aku berjaga-jaga
Kau itu yang kecundang
Kita sudah bersatu suara
Mahu menggapai hidup sempurna
Tapi kau khianat
Berbunga menyambut rasa
Disimpan bagai permata

Aku bukan pecundang
Itu keperluan kernaku insan
Sia-sia membina empangan besar
Konon tak mahu dahaga
Tapi kau ketinggalan
Merasai air terindah
Kata kau tidak penting
Tapi kau rugi

Aku tak peduli
Rasa manis itu membuaikan
Kerna kau memuja rasa itu
Aku terleka bagai dipukau
Keenakan menyentuh lidah
Akhirnya aku lemas
Dahagakan yang indah 
Hingga merangkak mencari air
Tekak kering perlu ia disegar

Itu alasan cuma
Hakikatnya kau bersembunyi
Kerna kau pernah dicekik manis
Semput dada bagai ikan di darat
Terlompat-lompat mencari kolam
Kerna itu kau bina tembok
Agar tiada madu tumpah ke empangan

Sudah kau tahu
Kenapa kau berpura
Aku berjaga untuk aku dan kau
Seriklah menagih sayang
Tiada kebaikan
Apatah lagi terbuai
Malah mengundang leka
Hingga semput bernafas

Tapi aku mahu
Aku lengkap dengannya
Aku sunyi ditemani sepi
Terbit mentari diganti rembulan
Kekosongan lebih menyesakkan
Jika terusan aku begini
Aku mati tak berfungsi

Duhai suara  aqal dan hati
Sia-sia meninggi suara siapa lebih benar
Suara yang bertembung tiada yang salah
Kerana itu azali sifatmu
Penuhilah segala kemahuanmu

Namun bersederhanalah
Matlamat jua berkasih seimbanglah
Sayang itu kearah cita-cita seiringlah
Usah nafsi-nafsi dipenuhi satu cuma
Jika harmoni keduanya bersatu
Kita lebih bahagia menjadi manusia 

----------

Petang | Selasa
19 Mac 2019
Kuliah Ain Chok,
Casablanca, Morocco




Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye