Dia Lelaki Itu (DLI)

Dia Lelaki Itu (DLI)


Mei Xi hanya mahu menjalani hidup normal seperti manusia biasa. Apalah ertinya kemewahan yang mengulit dirinya sejak dilahirkan, sedangkan kemewahan itu tak mampu membeli kasih sayang mommynya mahupun daddynya. Dia dibesarkan untuk meneruskan legasi perniagaan keluarga yang sudah berabad lamanya biarpun dengan cara kotor dipaksa keatas Mei Xi. 

Menemui Abang Syazwan mengenalkan Mei Xi pada dunia baru. Memberitahu Mei Xi bahawa setiap manusia itu berhak membuat pilihan dalam hidupnya. Diri sendiri adalah miliknya, jadi perjalanan hidup merupakan pilihan sendiri bukan ditentutkan oleh yang lain.

Lebih luas lagi Mei Xi terdedah pada ajaran Islam yang sering dikongsikan Abang Syazwan kepadanya. Dunia yang sentiasa diberi amaran keras oleh mommynya untuk dijauhi. Tapi takdir Tuhan mengubah seorang Mei Xi kepada Ainul Humaira. Pilihan yang bukan sedikit taruhannya, Mei Xi perlu menggadaikan segala-galanya termasuk insan yang paling dia cintai.

Kehadiran seseorang mengingatkan dia pada yang dicintai. Berkali-kali dinafikan tapi semakin kuat rasa hatinya membenarkan lelaki itu merupakan insan kesayangannya yang sudah dijemput Ilahi. Bagaimana mungkin yang mati itu boleh lagi bernafas? Seseorang itu, apa hubungan dia dengan mommy? Mengapa mirip sekali kau dengan lelaki itu.

DLI DLI2 DLI3 DLI4 DLI5 DLI6 DLI7 DLI8 DLI9 DLI10 DLI11  DLI12 DLI13 DLI14 DLI15 DLI16 DLI17 DLI18 DLI19 DLI20 ~Hold~

P/S: Kalau korang baca cerita ni, percayalah. Korang akan menemui terlalu banyak kesalahan grammer. Serius, acah nak menulis dalam Bahasa Inggeris sikit-sikit, tapi tak menjadi. Bila den baca balik. *tutup muka* Malu nak mengaku Ainul tulis dengan bahasa teruk macam tu. Haha, padahal baru lepas SPM waktu mula tulis cerita ni. Jadi, Saya minta maaf untuk itu. Untuk editan akan dilakukan semula nanti insyaAllah. Apapun, jangan berhenti membaca. Keep waiting for the next chapter. (^^,)





Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye