Posts

Showing posts from April 1, 2019

Cerpen Tuhan Jadikan DIa Jodohku III (Ending)

Image
Hari ini hari pertama aku menjejakkan kaki di UIA, Gombak. Universiti yang selama ini aku impikan untuk menyambung cita-citaku ke menara gading, kini telah tercapai dengan izin Yang Maha Kuasa. Pasti semuanya tertanya-tanya bagaimana aku boleh terlepas dari keizinan Mak Ina. Kalau tanya aku, aku pun tak tahu kenapa? Tapi, semuanya disebabkan jasa baik seorang insan yang memaksa Mak Ina untuk benarkan aku ke sini.  Aku antara pelajar sekolah yang paling lambat mengambil keputusan SPM di sekolah, semuanya kerana Mak Ina. Setelah aku bebas daripada urusan alam persekolahan, Mak Ina menggunakan aku dengan semahu-mahunya. Setiap hari ada sahaja yang disuruhnya. Kadang-kadang dia bawa aku semata-mata untuk jadi pembantu angkut barang buatnya. Sepanjang tahun ini, Mak Ina bawa aku ke KL untuk uruskan kerjanya yang aku tak pernah tahu. Mak Ina sibuk dengan kerjanya, jadi Aina ambil kesempatan untuk jadikan aku balaci dia. Minggu lepas baru pulang ke Penang, jadi kelapangan yang ada aku