Cerpen Tuhan Jadikan Dia Jodohku I



“Ain!!!”

Nyaring jeritan seseorang dari belakang cukup membuatkan aku terkejut lantas membantutkan langkahku yang tiada arah tujuan. Tanpa sedar ternyta saat itu aku sedang berdiri di tengah-tengah laluan kenderaan kampung. Aku hanya mengalihkan kepalaku untuk memandang siapa yang memanggilku. Mak Milah, jiran sebelah rumah aku kelihatan cemas menggawangkan tangannya sambil terlolong menjerit namaku berulang kali. Orang kampung di sekeliling juga kelihatan cemas dan mula memanggil namaku juga. Aku bingung, kenapa mereka berkelakuan demikian? Kenapa memanggil namaku? Adakah sesuatu berlaku kepada ibu? Ibu… arhh! Biarkan, ibu sudah tidak sayang aku. Tanpa menghiraukan jeritan Mak Milah dan orang kampung, aku kembali memandang ke depan untuk menyambung langkahku. Tapi, langkahku terhenti melihat kereta-kereta laju dipandu di depanku. Kakiku kaku takut untuk bergerak.

“Pin!! Pin!! Pin!!”

Bunyi hon bertalu-talu menambahkan gentar aku. Dalam gentar, kepalaku dipaling sedikit ke kananku. Terjegil mataku melihat sebuah pacuan empat roda laju membelah angin menuju ke arahku. Kegusaran dan ketakutan yang menguasai diri aku membuatkan otakku berhenti tidak mampu berfikir, jangtungku berdegup kencang membuatkan lelahku kembali menyerang. Mataku mula kabur kerana nafas yang tersekat menyukarkan aku bernafas. Tidak tahu untuk melakukan apa, aku memejamkan mata sambil erat memeluk Jolie, teddy bearku. Dalam beberapa saat tubuhku terasa melayang.

Namun, duniaku terasa terhenti saat jeritan orang kampung sudah tenggelam dari pendengaranku. Kereta yang lalu lalang juga terasa berhenti daripada bergerak. Adakah begini rasanya mati? Peliknya, mengapa tubuhku tidak terasa sakit seperti yang sepatutnya terjadi. Malah aku merasa tubuhku erat dipeluk dalam kehangatan seseorang. Jolie, kaukah itu? Hatiku bertanya kepada teddy bear yang aku peluk. Tapi akalku laju mencerna. Joliekan patung! Mana mungkin Jolie ada haba. Dalam menahan sesakan nafas yang semakin menjadi dadaku mula sesak dan sakit seperti dipijak.

Mataku buka perlahan memastikan sama ada aku masih hidup atau telah tiada. Walaupun tidak dapat mendengar suasana riuh orang yang mengerumuniku tetapi dengan pandanganku yang samar aku yakin tubuhku sedang dibaringkan di atas riba seorang lelaki. Tidak dapat menahan kesakitan sesak nafas yang terlampau mataku kembali terpejam. Walaupun dalam separuh sedar, aku tahu lelaki itu sedang membantu aku untuk bernafas dengan memberi bantuan pernafasan melalui mulutku berulang kali. Agak lama mencuba, akhirnya aku lega, nafasku mula teratur seperti biasa. Aku terbatuk kecil sebelum membuka mataku perhalan. Aku memerhatikan seorang demi seorang di sekeliling, Mak Milah sudah menangis gembira melihat aku selamat disambut perasaan lega orang sekeliling. Pandanganku terpaku pada wajah lelaki cina yang sedang meribaku di atas ribanya. Dia tersenyum manis melihat aku memandangnya.

“Nah, teddy bear adik.” Dia menghulurkan Jolie kepadaku. Agak kotor bulu birunya mungkin terlepas dari genggaman aku tadi. Aku menyambut perlahan. Lelaki cina itu perlahan membangunkan tubuh kecil aku. Cuba seimbangkan tubuhku aku bergerak menjauh dari lelaki cina yang tidakku kenali itu. Belakang Mak Milah aku sorokkan tubuh daripada dia, aku hanya curi-curi memandangnya di sebalik Mak Milah. Dia ketawa kecil melihat ketakutanku.

“Ish apa kamu ni Ain. Terima kasih dekat uncle sebab selamatkan kamu.” Arah Mak Milah apabila melihat kelakuan anehku.

“Tak apalah Kak Milah. Saya datang jumpa mak saya tadi. Saya pun nak kena pergi ni, dah lambat nak pergi ambil Fateh.” Lelaki itu beritahu.

“Terima kasih Hamid tolong selamatkan Ain. Kalau tak ada kamu tadi tak tahulah apa Kak Milah nak jawab dengan ibu dia. Kak Milah pun nak pulang hantarkan Ain ni. Nanti tercari ibu dia.”

“Tak ada apa. Dah jadi tanggungjawab saya untuk membantu. Nah coklat untuk adik. Adik jaga diri tau.” Dengan sleng melayu campur cina lelaki itu menghulurkan Cadbury kepadaku. Walaupun ragu-ragu, aku sambutnya juga. Lelaki itu tersenyum lalu mengusap kepalaku.

“Kak Milah pergi dulu ye. Assalamualaikum.” Mak Milah menarik tangan kecilku meninggalkan lelaki itu. Orang-orang kampung yang mengelilingiku tadi juga turut beransur kehaluan masing-masing. Aku berpaling memandang ‘hero’ku tadi. Lantas hati terdetik. Ya Allah, Ain pun nak hero muka cina macam tu juga. Ain nak dia jadi pelindung Ain nanti. Boleh kan?
*****

“Hey perempuan! Bangun! Sampai bila kau nak tidur hah?” Aku terjaga saat suara bak halilintar itu menyapa pendengaranku. Tubuh yang basah kuyup akibat disimbah air hanya mampu aku biarkan. Apa kuasaku untuk membalas amarah Mak Ina. Aku bangun daripada baring memandang Mak Ina yang sedang berdiri bercekak pinggang sambil menjegilkan matanya. 

“Kau tak payah buat muka kesian macam tulah. Kau ingat aku nak cair. Hey, aku tengok muka kau buat aku bertambah meluat tahu. Kau dengan ibu kau sama saja. Menyusahkan!” Sekali lagi seperti pagi-pagi sebelumnya kepalaku ditolak kasar. Aku hanya membiarkan. 

Tanpa menghiraukan bebelan Mak Ina yang tidak akan pernah berhenti apabila melihat aku, dalam menahan kesejukan pagi yang mencengkam ditambah lagi tubuhku yang basah kuyup, aku gagahkan diri pergi ke dapur menyiapkan apa yang patut. Jam di dinding aku pandang. Baru jam empat pagi. Tapi sememangnya itulah rutin harianku. Dikejut seawal pagi dengan cara kasar untuk menyiapkan sarapan beserta lauk pauk untuk makan tengah hari ibu tiriku, Mak Ina dan kakak tiriku, Aina. Aku melihat kelibat Mak Ina menonong ke biliknya sambil melontarkan jelingan tajam buatku. Aku menghiraukannya sambil meneruskan kerjaku. Sudah tahu, Mak Ina hanya bangun jam begini untuk mengejutkan aku kemudian dia akan kembali menyambung lenanya. Agaknya bagi Mak Ina tidak senang duduk melihat aku enak dibuai mimpi.

Aku Ain Farhani Bt. Zaidi. Umur aku 17 tahun dan sudah tentu calon SPM tahun ini. Walaupun aku hidup dalam banglo mewah milik arwah ayahku tapi kenyataannya setelah kematian ayahku, aku dijadikan pembantu rumah agam ini. Melayan dua orang ‘mam’ besar yang tidak pernah tenang apabila melihat wajah aku. Penderitaan hidup aku telah bermula saat usiaku 10 tahun semenjak ayah kahwin lain dengan Mak Ina. Aku pun tidak tahu kenapa. Tetapi semenjak Mak Ina menjejakkan kaki di rumah kami, hidup aku tidak seperti kanak-kanak lain ibu pula tidak sebebas dahulu. Aku dan ibu sentiasa perlu melayan Mak Ina dan Aina seperti puan besar. Tambahan pula ayah jarang pulang ke rumah. Kalau ayah pulang itu sememangnya nikmat besar buatku dan ibu untuk terlepas daripada cengkaman harimau Mak Ina. Sebabnya, Mak Ina akan melayan kami bak permaisuri apabila ayah ada. Talam dua mukalah katakan.

Dulu ibu selalu memarahiku sekiranya aku cuba melawan Mak Ina. Sehingga pernah ibu merotanku disebabkan aku memasukkan julap dalam minuman ‘Mak Lampir’ itu. Akibatnya aku dirotan sehingga berbirat dan aku menjauh berkeliaran di luar kerana marahkan ibu. Saat itu berlakunya peristiwa aku hampir dilanggar dan diselamatkan oleh lelaki cina. Tapi aku agak kecewa dengan takdirku tika itu, kan bagus kalau aku betul-betul mati. Tak perlu aku menghadapi semua penderitaan ini. Namun, kalau dibandingkan penderitaan aku dan ibu, ibu lebih teruk dikerjakan oleh Mak Ina. Pernah ibu sengaja ditolak jatuh dari tangga sehingga terseliuh kaki ibu. Kenapalah Mak Ina benci sangat dengan kami? Hurmm..

Sebut sahaja ibu, mesti korang tertanya mana ibu kan? Ibu terpaksa pergi meninggalkan aku sewaktu aku masih berumur 12 tahun. Mak Ina fitnah ibu ada hubungan sumbang dengan lelaki lain dan jaja khabar palsu ni kepada orang kampung. Setelah ayah pulang dari luar Negara, berita ini sampai ke pengetahuan ayah. Teruk ibu dipukul oleh ayah sampai ayah ceraikan ibu. Ayah halau ibu keluar dari rumah banglo ini dan sekarang aku tak tahu di mana ibu berada. Masih hidup atau telah tiada. Perubahan nasibku semakin buruk setelah ibu pergi, layanan Mak Ina dan Aina terhadapku semakin teruk. Bertambah buruk apabila ayah meninggal akibat sakit jantung tiga tahun lepas. Fikir aku setelah ayah meninggal nasib aku juga seperti ibu, akan dihalau oleh mereka. Tetapi aku ‘disimpan’ mereka kerana aku satu-satunya waris yang akan warisi semua harta ayah seperti yang diwasiatkan. Dan pindaan harta hanya boleh dibuat apabila umurku menjangkau 21 tahun. Korang pun mesti faham apa maksudnya kan. Sekarang Mak Ina menerima wang belanja bulanan melalui pendapatan syarikat ayah yang diambil alih buat sementara oleh orang kepercayaan ayah. Dan syarikat akan menjadi milik aku setelah umur aku 21 tahun. Tapi, rasanya tak kot. Mak Ina awal-awal lagi siapkan anak dia untuk ambil alih syarikat. Aku hanya kambing hitam saja.

Tapi, aku tak kisah semua itu. Asalkan aku boleh bebas daripada mereka, itu sudah lebih daripada cukup. Sekarang, aku akan terus bersabar sebagai manusia yang diberi ujian. Rutin harian aku lakukan sebaik mungkin sambil menghitung hari. Bangun seawal empat pagi dikejutkan dengan cara yang paling kasar oleh ‘Mak Lampir’, aku akan menyiapkan sarapan, makan tengah hari, membasuh dan menyidai baju, membersihkan seluruh banglo dan segalanya yang sesuai digalas oleh pembantu rumah. Setelah selesai semua kerja barulah aku akan bersiap untuk ke sekolah. Selalunya sebelum subuh aku terpaksa keluar dari rumah kerana jarak sekolah dan rumah adalah jarak yang sangat jauh. Dan aku hanya menaiki basikal sahaja. Bukan seperti Si Putri Aina tu, setiap hari pergi sekolah pemandu arwah ayah yang hantarkan. Kalau ada can aku akan tinggal basikal dekat rumah Mak Milah dan ambil motorsikal yang Pak Udin, suami Mak Milah belikan buat aku. Mereka sudah sedia faham nasib aku hidup dengan Mak Ina. Malah semua orang kampung tahu, tapi masuk campur urusan Mak Ina sememangnya bukan sesuatu yang baik. Aku akan singgah di surau Asy-Syakirin untuk solat subuh lalu terus ke sekolah kesayangan aku SMA Imam Nawawi. Selalunya aku akan berada seharian di sekolah dan pulang sebelum maghrib bersama nasi dan lauk untuk ‘mam’ dua orang tu makan. Aku juga bekerja part time di kedai makan depan sekolah untuk belanja harianku. Nak harapkan Mak Ina? Jangan haraplah. Tapi asbab asalnya, malas nak balik awal sebab aku malas mengadap Mak Ina dan peluang yang ada aku siapkan kerja sekolah di sekolah. Faham-faham sahajalah, jejak sahaja kaki di rumah banglo itu maknanya tiada waktu rehat untuk aku selagi belum pukul satu pagi. Hurmm.. bilalah waktunya takdir aku akan berubah? Adakah apabila umurku telah menjangkau 21 tahun nasib aku akan benar-benar berubah? Tak apa Ain, Allah ada dan Dia sentiasa ada untuk kau. Yeah! Gambate!
*****
“Weyh Ain!”

Dari jauh sudah dengar suara sahabat aku, Nurul Anisa melolong namaku. Hurmm.. apa lagilah Si Anis ni terjerit-jerit, adalah tu yang di teruja tak ingat dunia. Aku gagahkan tubuhku yang agak keletihan kerana kurang rehat. Tambahan pula semalam Aina buat hal tak mahu makan makanan yang aku bawa balik seperti selalu. Entah tiba-tiba datang taste barat dia. Tak pasal-pasal aku terpaksa pecut ke Giant malam tadi belikan apa yang Si Putri tu nak. Untung je Mak Milah ada, satu-satunya wanita yang sudah aku anggap seperti ibu aku sendiri.

“Apa dia Anis, kau ni tak sakit tekak ke terjerit-jerit nama aku?” Aku bertanya apabila Anis sudah terpacak di depan aku sambil buat muka kerek. Anis buat kerang busuk sambil mengambil tempat di sebelah aku.

“Ustazah cakap form five ada lapan orang terpilih ke program PDCA bawah PERDA dengan ZAKAT. Kali ni program motivasi dekat X Resort di Kedah dan tarikh dia lusa ni. Tiga hari dua malam. Wakil pelajar sekolah seluruh Penang pergi.” Dengan semangat Anis bercerita. 

“So?” Tanpa perasaan aku bertanya dan dah tahu riaksi Anis macam mana. Buat muka seposen dia bila kena macam tu.

“Ish kau ni. Spoile mood aku betul. So, aku terpilih and kau juga terpilih dan wajib pergi, tak boleh tarik diri.” Nonestop Anis sampaikan maklumat. Macam tahu-tahu saja aku akan tarik diri. Dengarkan sahaja berita tersebut, aku menyembamkan muka pada meja. Aduh, bala! Bala! Bala besar sudah mari!

“Kau ni! Tak bersyukur langsung kau terpilih. Budak kelas kita ramai lagi nak pergi program ini. Kau tahu, kita ada lagi empat atau lima lagi kem bawah PDCA. Dengar kata tak boleh tukar orang. Subjek pula, Sains, Math and BI. Dan beruntungnya, budak sastera saja yang terpilih. Kau ingat senang ke budak sastera nak dapat kem macam ni.” Ha sudah di start dah. 

“Anis.. kau tak faham keadaan aku macam mana? Macam mana pun aku rasa kena tarik diri juga la.” Dengan suara sayu aku beritahu apa yang ada di hati. Anis terdiam mendengarkan suara sayu aku. Seperti dia baru tersedar siapa aku dan bagaimana hidupku sebenarnya. Aku tidak semudah orang lain untuk keluar dari sangkar emas.

“Tapi, aku dah cakap dengan Ustaz Roshidi hal ni. Kau tahu kan Ustaz Roshidi macam mana, mana boleh pujuk dah. Sudah la dia handle urusan pergi balik kita sepanjang setiap kem PDCA ni. And aku pun dah cakap dengan Kaunseling, Ustazah Nadiah cakap dia akan try slow talk dengan Mak Ina kau.”

“Kau biar betul Anis?” Aku pandang Anis tak percaya. Jangan mak cik ni pergi bongkar segala kisah sulit aku sudah. Tapi aku percaya Anis, tak pernah lagi di ceritakan rahsia aku dekat orang lain. 

“Betul lah.” Aku mengeluh.

“Agak-agak apalah yang bakal Mak Ina buat dekat aku ye?” Aku berkata sayu lagi. Tapi lebih nak kenakan Anis. Hehe.. Hurmm.. kalau Mak Ina lepas kali ni memang nikmat besar lah. Kem sebelum ni pun aku minta senang saja dia cantas.

“Ish kau ni janganlah cakap macam tu. Kau doa-doalah Mak Ina kau lepaskan kau. Rugilah kau tak pergi, dah la kau satu-satunya best student dari kelas sastera. Kalau kau tak pergi, rugilah.” Anis menampar bahu aku geram. Dah tahu aku lebih suka think negative. Minta-mintalah aku terlepas kali ini.
*****

Aku berdiri tegak mengadap Mak Ina yang sedang tajam memandangku sambil enak duduk berlapikkan empuk sofa yang ribuan harganya itu. Aina di sisi tersenyum-senyum sinis melihatkan aku. Dah tahu apa yang minah tu fikir, seronok la tu mama kesayangan dia ni nak marah aku. Sambil penyapu yang masih di tangan aku cuba beranikan diri memandang Mak Ina yang bila-bila masa akan menyinga. Tapi aku rasa baik aku start dulu mana tahu dia boleh sejuk sikit.

“Maaf Mak Ina. Kalau Mak Ina marahkan Ain fasal kem tu, Ain minta maaf. Ain tahu Mak Ina tak izinkan, nanti Ain beritahu cikgu sekolah yang Ain tak boleh pergi.” Dengan suara selembut mungkin aku cuba mengambil hatinya. Agak-agak berjaya tak? King-berhasil. Kong-mati. Mana satu?

“Lepas tu kau cakaplah yang aku ni dera kau. Makan harta anak yatim la apa la. Hey perempuan apa lagi yang kau beritahu cikgu-cikgu kau dekat sekolah buruk kau tu?” Pantas sahaja tangan besar Mak Ina menarik rambut aku. Terteleng kepala aku dek cengkaman kuat Mak Ina. Aku menahan perit. Yes, Kong! Hish, tulah kau Ain berani tak bertempat. Tak fasal-fasal dia ungkit sekolah kau. Tahulah anak dia sekolah elit pun.

“Ampun Mak Ina. Ampun. Ain tak beritahu apa-apa pun. Ain cuma cakap dengan cikgu Ain tak boleh pergi tapi cikgu suruh Ain pergi juga. Tak boleh ganti orang lain. Ain tak cerita benda lain Mak Ina. Betul..” Aku cuba pertahankan diri dengan suara yang sendu menahan sakit.

“Hey! Menjawab kau ye.” Tubuh aku ditolak kuat. Perit terasa saat tubuh aku menghentam hujung meja kopi di ruang tamu itu. Aku menahan sabar. Sabar Ain, sabar! Ingat, Allah ada. Mak Ina menerkam aku, rahang daguku dicengkam kuat. Mukaku dengan kasar dipaksa memandang wajahnya yang bengis.

“Maaf Mak Ina.”

“Maaf! Maaf! Kau ingat aku luak dengan maaf kau tu.” Mak Ina menolak kepalaku kuat ke lantai. Arh, sakit! Lebam lagi. Apa pula alasan aku nak beritahu ustazah dekat sekolah esok. Tak apa Ain, sabar!

“Kau dengar sini baik-baik. Aku lepas kau kali ni. Kau jangan ingat dengan guna nama sekolah kau boleh lepas dari aku. Disebabkan aku ada urusan saja aku lepaskan kau kali ni. Kalau tak jangan harap! Dah blah!” Usai berkata demikian Mak Ina menunjul-nunjal kepalaku. Dengan penuh kebencian Mak Ina merengus kasar lalu laju pergi meninggalkan aku yang terjelopok di atas sejuk lantai. Aina ketawa seronok, penyapu yang terjatuh dipungut lalu sengaja dilontarkan ke arah aku. Dengan penuh sinis Aina melambai-lambai aku teruja lalu pergi.

“Lusa aku nak sebelum aku bangun semua dah siap dan aku tak nak tengok muka kau! Blah cepat sikit. Bagus juga kau pergi. Tak adalah aku sakit hati mengadap kau tiap-tiap hari. Jangan kau tak balik sudah. Kalau tak tunggulah nasib kau.” Bagai guruh, suara Mak Ina bergema di seluruh banglo memberitahu. Aku hanya menunduk merenung nasib diri. Ya Allah, kau teguhkan hati aku untuk menghadapi dugaan ini. Tapi, syukur juga Kau beri peluang buatku untuk keluar dari sangkar emas ini.
*****

“Eh Ain, kau okey?” Anis menegur saat melihat dahi aku yang lebam. Aku buat tak endah. Aku tahu, sejauh mana aku cuba mengelak dari Anis, Anis akan perasan juga. Kelmarin sengaja aku ponteng walaupun aku keluar dari rumah. Pergi pantai yang menjadi destinasi kegemaran aku dikala aku memerlukan ruang untuk meluahkan apa yang tersirat. Lagipun kelmarin lebam aku ketara sangat, malas nak datang. Nanti banyak sangat wartawan. Pagi ini pun aku tak join pdp sekolah macam biasa. Setelah siapkan rutin harian aku seperti biasa di rumah, aku bawa barang-barang kem terus ke Masjid Y, tempat budak-budak kem berkumpul, mendaftar dan bertolak pergi dengan bas. Sepanjang perjalanan aku hanya tidur sahaja, setelah sampai di X resort baru Anis perasan keadaan aku.

“Aku okey. Dah kau jangan nak banyak tanya. Macam tak biasa tengok aku macam ni.”Aku hentikan tangan Anis yang mula ingin membelek keadaan wajahku. Dek terlalu melayan kedegilan Anis ditambah pula berat beg baju yang dibawa, aku tidak sedar ada manusia lain di hadapanku. Dan seperti boleh korang agak.

“Mak!!” Selamat aku mendarat atas anak orang. Nak-nak pula manusia itu merupakan seorang lelaki. Malu siot dipandang pelajar-pelajar lain, pantas aku bangun mendapatkan Anis yang terlopong tengok aku jatuh atas orang. Mak cik punya Anis, sebab kaulah aku jatuh. Tanpa memandang wajah lelaki yang dikerjakan oleh aku, laju sahaja aku menarik Anis pergi meninggalkan mereka semua di belakang. Malu weh! Malu! Kenapalah destinasi nak ke dorm lelaki dengan perempuan satu lorong yang sama? Kalau jatuh atas perempuan aku boleh lagi buat muka tak malu minta maaf. Ini tak, atas anak siapalah aku jatuh! Baru datang tempat macam ni dah malang menimpa. Haila! Nasib! Nasib!

-------

Ish! Kenapa mata aku rasa kelabu ni. Aku pakai cermin mata kot. Tangan aku menonyoh-nonyoh mataku yang terasa kelabu. Dan tak sampai seminit aku berhenti daripada berbuat demikian. Oh no! Pantas tangan aku meraba-raba wajahku, disambung ke semua poket yang ada pada baju dan seluar. Oh tidak! Beg galas kubuka menyelongkar apa yang patut. Tak cukup dengan itu beg baju juga aku selongkar. Di kawasan katil aku ditempatkan sebagai alas tidur sudah bersepah dengan barang-barang aku. Anis yang baru balik dari bilik air untuk bersihkan diri berkerut-kerut dahi dia melihat keadaan aku.

“Hoi! Kau ni dah kenapa? Apa yang kau cari sampai macam tu?” Pertanyaan Anis aku tak endahkah. Sudahlah perlu teraba-raba mencari, maklumlah tak nampak. Anis tolong memahami sekarang. Jangan tanya banyak boleh. 

“Ish kau ni! Suka buat bodoh bila aku tanya. Cuba kau beritahu aku apa yang kau carinya. Cermin mata kau mana? Kau nampak ke tak pakai glass?” Itu dia, apabila Anis bersuara. Bertubi-tubi dia tanya. Aku pandang Anis.

“Anis, sekarang kau pakai tudung. Jom ikut aku pergi tempat aku accident tadi. Glass aku jatuh rasanya.” Tanpa sempat berbuat apa, laju sahaja aku sarungkan tudung ke kepala Anis. Kira-kira cun dah muka Anis, aku tarik tangan dia keluar dorm.

Dalam keadaan tak nampak aku berlari ke tempat tadi. Agak-agak dapat cam tempat tadi, aku cuba meraba-raba jalan tar untuk mencari cermin mata aku. Anis pun usyar-usyar sekeliling tolong carikan harta karun aku yang satu itu. Ya Allah bagilah jumpa, sesungguhnya aku tak boleh hidup tanpa benda alah itu. Semakin lama semakin jauh aku bergerak untuk mencari, batang hidung Anis pun sudah tak kelihatan. Ish! Mana ni? Kaki yang terasa lenguh membuatkan aku duduk sebentar di kerusi batu yang berhampiran. Berdasarkan amatanku dengan suasana sekeliling, aku tahu tidak lama lagi azan maghrib akan berkumandang. Pasti semua pelajar sudah berkumpul di surau seperti yang diminta penyelaras kem. Aduh! Minta-minta dapat jumpa sebelum gelap. Dan sebelum aku kena denda sebab lewat masuk surau. Itulah kau Ain, cuai lagi!

Aku kembali menunduk cuba mencari cermin mata aku. Walaupun agak teraba-raba, aku tetap yakin aku dapat jumpa. Sia-sia aku datang sini kalau aku tak boleh tengok apa-apa.  Pandangan yang kabur sememangnya menyukarkan lagi aku untuk mencari. Walaupun rimas mula bertandang di hati, tapi aku kembali yakinkan hati. Ain! Kau boleh jumpa walau kau tak nampak. Usahaku mencari cermin mata terhenti apabila seseorang berdiri di hadapan aku menghulurkan sesuatu. Dengan keadaan mataku yang rabun aku cuba fokuskan figura kecil yang dipegang orang di depanku itu. Cermin mata aku! Riang tidak terkata aku pantas berdiri daripala melutut lalu menyambut huluran tersebut. Laju aku tenggekan pada batang hidung. Hah! Jelas dan terang pun. Alhamdulillah, mujur ada hero aku seorang ni. Eh, siapa erk? Aku pandang sisi di mana manusia berjasa yang tolong aku tadi berdiri. Erk? Hero aku? Lelaki cina? Gulp! Ragu-ragu aku nak ucapkan terima kasih.

“Hurmm.. hurmm.. terima kasih.”

“Sama-sama. Tadi awak tercicir time awak langgar saya.” Erk! Tercekik!? Jujur je dia bagi jawapan. Macam ada ura-ura nak kenakan aku je dia ni. Aku pandang dia atas bawah. Dia menjongkit bibir ke kiri. Cuba tenangkan diri aku beranikan diri untuk menjawab

“Owh, sorry fasal tu. Saya tak sengaja tadi.” Muka aku pun dah membahang, dah macam udang bakar rasanya. Sambil memintal-mintal hujung tudung, aku sengih kerang busuk cuba menutup rasa gemuruh di hati plus nak tutup malu. Segan pun ada jugak.

“It’s okey. Dan sorry to say, but I think you should go now. Rasanya awak dah masuk zon larangan wanita di sini.” Erk! Sekali lagi aku tercekik!? Ragu-ragu aku pandang sekeliling. Terbuntang mata aku melihat semua lelaki di situ! Tengok aku atas bawah, pelik. Huarrr… apakah ini? Sudah terkenakah aku? Tanpa mengucapkan apa-apa aku terus blah dari situ dengan pecutan 100m per jam. Bertambah laju mendengarkan gemuruh ketawa mereka. Ades jadi bahan ketawa akhirnya. Agaknya memang hari ini hari malang aku rasanya. Ain! Ain! Careless betul! ANISA TOLONG AKU!!! AKU MALU!!!
*****

Dua bulan telah berlalu semenjak kejadian itu. Namun, apabila aku teringakan wajah cina dia pasti aku tak boleh nak halang diri aku daripada terus berasa malu. Dan aku berharap aku tak akan berjumpa dengan dia lagi. Tapi, rasanya permintaan aku itu akan terkubur sebab untuk kali ini merupakan kali kedua lapan orang pelajar dari SMA Nawawi termasuk aku dihantar untuk join kem PDCA di Bukit X. Of course sekolah seluruh Penang terpilih. Ades! Dia mestilah ada kan. Untuk kem kali ni, rasanya tiga subjek yang Anis sebut haritu BI, Sains dan Math selama tiga hari dua malam. Memikirkan lelaki cina itu terdetik juga tak mahu pergi, takut kalau terserempak atau terjumpa dia. Oleh sebab itu, mulalah aku berdoa Mak Ina tak lepaskan aku pergi. Tapi sayang beribu kali sayang aku dilepaskan pergi juga kali ni. Mudah sekali! Aku pun tak tahu kenapa. Walaupun layanan Mak Ina terhadap aku macam biasa apabila aku mohon izin Mak Ina tapi senang sahaja Mak Ina beri keizinan. Malah Mak Ina siap beri keizinan untuk aku pergi mana-mana kem lain yang perlu aku pergi. Pelik b. Ajaib kan? Tapi itulah kenyataannya, dengar kata dari Pak Abu, pemandu peribadi arwah ayah yang selalu bawa Si Putri tu. Mak Ina kena selesaikan fasal wasiat yang ayah tinggalkan. Jadi, dia sibuk sikit. Aku hanya jongkit bahu saja mendengarkan itu. Apa-apa sahajalah. Entah-entah memang dia muak kot tengok muka aku, agaknya la.

Tiba sahaja di Bukit X, kami ditempatkan di surau tempat kami semua berkumpul sebelum mengambil kunci untuk masuk ke apartment. Piwit! Apartment tuuu, haritu dorm biasa je. Kali ni grand sikit dapat. Ko ade? Keluar sahaja dari surau aku mencari geng bilik aku. Sedih sikit sebab terpisah dengan geng sekolah. Setelah dicampur bahagi, aku ditempatkan di bilik asing bersama dengan budak sekolah lain. So, aku dengan kawan-kawan sudah tentulah terpisah. Tengok muka Anis, aku tahu dia serba-salah untuk berpisah dengan aku. Hehe.. relek Anis. Nanti dekat sekolah kau berkepitlah dengan aku ye. 

Aku berdiri di luar surau sambil memeluk tubuh memerhati sekeliling sementara menunggu geng bilik aku yang lain menunaikan solat asar. Aku melihat satu persatu bas memasuki kawasan surau. Agaknya masih ramai yang belum sampai. Sekolah seluruh Penang namanya pun, mestilah ramai. Saat terpandangkan sekumpulan pelajar lelaki turun daripada bas yang terakhir aku terpaku. Dia! Budak cina. Erk! Aku terpukau sekejap melihatkan kerenah dia dengan rakan-rakan. Riuh suara mereka apabila bertemu rakan-rakan lain. Mesra betul dia. Leka aku memerhati di sebalik kaca mata aku yang berkanta gelap. Apabila tersedar dia beralih pandang ke arah aku cepat-cepat aku mengalihkan wajahku ke arah lain. Pura-pura tiada apa-apa. Mujur geng bilik aku sudah selesai menunaikan solat, laju sahaja aku menghampiri mereka bersama beg di tangan. Mereka tiga orang semuanya dari sekolah yang sama akan menjadi roommate aku selama tiga hari di sini, sedihnya aku seorang sahaja pendatang asing. Hehe.. tak apa. Aku tak kisah pun, bagi aku bercampur dengan sekolah lain lagi bagus. Boleh bertukar-tukar pengalaman. Kan? Kan? Kan?

Kami seiring bergerak keluar dari kawasan surau dan membawa beg masing-masing ke apartment yang agak jauh. Berjalan kaki untuk ke sana agak menyebalkan hati kami. Terkumat kamit mulut kami berempat merungut. Mujur sahaja mereka mudah mesra dengan aku, tak adalah aku rasa kekok. Hai, mengah yang terasa cuba aku kuatkan dengan semangat dan asal tujuan aku ke sini. Sabar Ain, untuk menuntut ilmu perlu siap sedia untuk berkorban dengan segala kesulitan. Dalam riuh kami bertukar nama dan latar belakang, perhatian aku terganggu apabila berselisih dengan budak cina itu, mata aku gatal saja ingin reling ke arah dia. Tidak tahu kenapa? Terasa suka pula tengok wajah dia yang putih itu. Amboi kau Ain! Sedar sikit muka kau tu kalau banding dengan dia macam kuali hitam dengan cawan putih tahu. Haritu beria-ria kau minta tak nak datang sini. Malu nak jumpa dialah kononnya, so? Apakah ini? Bibir derhaka dari hati ke? Hehe.. tak adalah. Tapi betul tak tipu, haritu aku betul-betul tak nak datang kot. Tapi tengok gelagat dia tadi terasa mencuit hati pula. Hilang terus rasa malu nak berselisih dengan dia. Lagipun hal dulu dah berlepas, dia pun dah lupa agaknya. Apapun, dekat dia ada sesuatu yang buatkan aku tertarik nak tengok. Macam magnet gitu. Duniaku terasa terhenti saat dia mencemarkan matanya mereling ke arah kumpulan kami. Hashu! Terbersin aku. Astaghfirullahalazim! Ain, jaga mata kau! Korek karang.

Menjadi hobi aku pulak duduk dekat Bukit X ni, nampak dia saja mesti nak tengok. Bukan tengok sampai nak terkeluar biji mata tu. Pandai-pandai la cover. Kadang-kadang kerenah lelaki cina tu buat aku ketawa seorang diri. Hurmm.. Ain! Ain! Tapi cop! Jangan salah faham. I belum jatuh cinta tau. Sorry la cintan cintun ni. Tak main la! Semak tahu tak! Tak ada dalam senarai hidup. Cuma suka saja tengok keindahan ciptaan Allah. Sejuk mata tengok. Siapa tak suka tengok benda cantik kan. Allah pun suka sesuatu yang cantik. Inikan pula aku yang manusia biasa. Nak-nak pulak orang handsome. Betul tak? Eleh tak ngaku. Asalkan ada batasnya, ingat prinsip aku yang satu ini. Tapi, aku terasa pelik pulak dengan diri aku sendiri. Sepanjang hidup aku, bab memuji manusia yang berkaum adam ini tersangatlah susah. Melainkan aku betul-betul suka dan kagum. Tapi kali ni senang pulak aku menilai dia. Sedangkan kalau Ain Syafinaz yang sebenar perlu mengambil masa yang lama untuk menilai seseorang sebelum melontarkan segala pujian. Hurmm.. tapi apa yang aku boleh buat? Fitrah kan, apabila hati ingin memuji, pujilah dia. Kalau tak mahu, handsome macam Mario Maure pun aku tak pandang. 

“Weh kau tengok laki tu. Muka dia macam cina kan?” Saat aku khusyuk mewakafkan telingaku mendengar kuliah maghrib yang disampaikan seorang ustaz daripada ZAKAT, bisikan Anis mengganggu fokus aku. Khusyukan aku terbabas terpandangkan lelaki yang ditunjuk oleh Anis. Dia lagi. Bila masa lelaki cina tu duduk saf depan aku ni? Tapi disebabkan Anis yang telah mencemarkan kekhusyukan aku, fokus aku mula lari kepada dia. Apa yang disampaikan ustaz pun sipi-sipi masuk dalam kepala. Ades! Anis kau sedarkan aku dah kenapa? Haih! Tapi, rezeki pula lelaki cina tu duduk depan kami. Hurmm.. rezeki siapa ni?

“Boleh la. Mungkin dia mixblood kot. Kau try tengok dia punya rambut. Rasa-rasanya kalau budak sekolah kita kena cantas dah. Sekolah diorang tak ambil tindakan ka?” Ramah pula aku cakap fasal dia. Memang betul-betul lari dari tajuk kuliah malam ni. Fasal rambut pun boleh jadi isu aku. Tapi aku suka rambut dia sebab tu aku cakap. Hehe.. Hai Ain! Sesuatu ni. Apa? Tak ada apa okey. Orang minat sahaja. Fullstop! 

“Entah.. ya la kot.” Pendek jawapan Anis.

Sepanjang berada di Bukit X, walaupun aku tahu aku dengan Anis agak terpisah disebabkan bilik kami yang berjauhan. Cuba bayangkan, bilik aku and the gang merupakan satu-satunya bilik yang duduk area pelajar lelaki yang lain. Pelajar perempuan semua berada di tingkat atas daripada tingkat kami. Nasib kami ditempatkan di sini, ada jugalah kena kacau dengan diorang. Minta gula la, teh la, ketuk pintu la, paling sadis ada orang call housekeeping tapi bilik kami yang kena, lagi best bila restoran call bilik kami cakap kitaorang ada tempah set makanan. Tak patut siapa yang buat macam tu. Jenuh roommate aku menjawab. Hurmm.. tapi apa yang aku nak ceritanya adalah tentang Anis. Pelik pulak aku tengok dia semenjak malam dia tanya fasal lelaki cina tu dekat aku. Tengok aku sahaja pasti Anis tersenyum-senyum. Sampai ke sekolah tabiat dia macam tu. Bila aku tanya dia, mulalah keluar ayat kias berbunga dia. Haish Anis ni, macam something-something saja senyuman dia tu. Menyeramkan betul!
*****

Setelah penat menyelesaikan tugas mengemas rumah, aku kembali ke bilik pembantu yang berada di ceruk dapur. Hari ini agak sunyi dengan suara Mak Ina sebab sudah tiga hari Mak Ina pergi ke KL selesaikan urusan wasiat yang aku tak rasa macam nak selesai. Aina pula selepas Mak Ina pergi KL, dia terus keluar dari rumah. Pergi rumah kawan katanya. Aku pula malas nak halang, lagipun selalunya Aina akan lapor ke mana dia pergi kepada Mak Ina, jadi tak perlulah aku pula nak semakkan kepala risaukan ke mana Si Putri tu pergi. Dia pun dah besar panjang, pandai keluar pandailah dia balik. Mujur Mak Milah ada temankan aku tiga hari ni, dialah yang banyak bantu aku selesaikan kerja rumah. Tiga hari ketiadaan Mak Ina, cukup untuk aku merehatkan tubuh secukupnya. Alhamdulillah. Tapi, aku tak boleh tidur lagi. Baru sebentar tadi aku menerima panggilan dari Mak Ina, dia akan sampai ke rumah tak lama lagi. Jadi aku perlu tunggu dia tiba di rumah barulah aku boleh rehatkan diri.

Kesempatan yang ada ini, aku menghabiskan nukilan terakhirku bagi Story Opie dan Auqie untuk diupload ke blog peribadi aku. Walaupun terkurung di dalam rumah agam ini, sekurang-kurangnya aku boleh hilangkan penatku dengan hobiku yang satu ini. Mujur sahaja arwah ayah ada pasang wifi dekat rumah, walaupun ayah dah tak ada Mak Ina tak potongkan sebab dia pun nak guna jugak. So ada wifi ni, selain mudahkan aku untuk cari bahan belajar aku juga boleh gunakan internet untuk hobi aku. Seperti sekarang. Well, minat aku menulis jangan persoalkan. Walaupun tak setanding dengan penulis-penulis terkenal yang lain, tapi mana tahu suatu hari nanti boleh buat novel sendiri kan. 

Setelah mengupdate bab 20 bagi e-novel aku, aku mengambil kesempatan untuk membuka Facebook sekejap walaupun sudah pukul 1 lebih. Lagipun, Mak Ina pun belum sampai lagi. Terpaksalah aku tunggu. Mujur esok hari cuti, walapun aku tahu esok hari yang meletihkan buat aku melayan kerenah Mak Ina yang pastinya terlalu ‘rindu’ untuk mengenakan aku, tapi selepas sahaja menunaikan solat zohor. Sekurang-kurangnya aku boleh keluar untuk ke library. Biasalah, wanita bergaya seperti Mak Ina pasti sibuk dengan bermacam-macam persatuan. Jadi, dia pergi persatuan dia, aku pun dilepaskan dengan aktiviti aku. Selalunya aku akan lepak di rumah Anis. Dekat rumah dialah satu-satunya rumah yang aku boleh rehat kalau tak ke library. Sebelum maghrib baru aku pulang ke rumah. 

Okey balik fasal facebook tadi, disebabkan sudah terlalu lama aku tak online so alang-alang aku on ladtop  baguslah kiranya aku buka sekejap facebook aku ni. Nak usyar jugak facebook aku yang dah bersarang tu, entah apa jadi. Seperti yang diagak, disebabkan sudah berbulan-bulan aku tak online jadi news pun dah berates-ratus. Inbox lagi, friend requet banyak la jugak. Lebih 20 orang kot. Jom kita tengok siapa yang teringin sangat nak jadi rakan Facebook aku ni? Kalau aku kenal beruntung kau aku approve kalau tak maafkan saya ye, saya hanya approve orang yang saya kenal sahaja. Bukan tak nak approveyang lain tu, tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Monolog aku memohon ampun kepada nama-nama yang aku ‘reject’ dengan sopan. Hehe.. Mouse aku terhenti bergerak saat melihat salah satu friend request yang gambarnya agak aku kenal. Aku tekan pada nama dia Muhammad Fateh untuk melihat timelinenya. Melihatkan sahaja gambar pemilik timeline tersebut, aku terhenti daripada berbuat apa-apa. Dia! Mata aku kaku memandang photo dp yang terdapat gambar dia. Terfikir antara ingin terima atau tak akhirnya aku terima. Seperti tabiat aku sebelum ini, bagi sesiapa yang aku approve requestnya pasti akan distalk oleh aku sehabis-habisnya maklumat yang ada. Setelah agak lama aku stalk yang mana patut, barulah aku tahu rupanya dia ni rapat juga dengan budak sekolah aku. Berderet je kawan-kawan aku jadi friend dia. Apa-apa sajalah. Aku bersandar pada kerusi memikirkan lelaki itu. Fateh… sedap nama dia. Sangat sesuai dengan orangnya...

Semenjak aku approve Fateh menjadi rakan Facebook aku, hari-hari aku seperti agak berubah sebabnya aku akan ambil masa walaupun sekejap untuk stalk dia melalui Facebook walaupun dah lewat malam tak kira letih atau tak. Hari demi hari berlalu pergi, minggu berganti minggu, aku masih setia untuk menjadi stalker yang begitu setia pada satu account. Tanpa aku sedar dengan perubahan diri aku dan tabiat baru aku ini, ternyata ada sesuatu yang tak pernah aku alami seumur hidup aku telah menjadi rutin wajib harianku. Usyar gambar dia, senyum seorang diri. Hurmm.. Ain? Haish! Sesuatu betul! 

Hai apa kena dengan Ain ni? Nak tahu? Tunggu post cerpen ‘Tuhan Jadikan Dia Jodohku II’ nanti. Jangan lupa baca! Thanks for landing me your eyes to read my story. I appreciate it! 

By AMZ

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye