Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi
Assalamualaikum manis ^^.
Ingatkan minggu ni, aku tak berkesempatan nak selak2 buku sebab minggu ni minggu sukan SEAS di Morocco. Tapi aku bawa jha ‘spare’ kot aku dah kebosanan tahap tak tahu nak buat apa. Maklumlah aku ni bukanlah orang sukan dan bukan juga penggemar sukan. Lagipun belakangan ni aku takut sikit nak berdebar2 atau beremosi lebih2 ni. Takut triggered. Maksud aku, aku bertukar jadi hulk bagai kena rasuk dengan hantu jin mana, terjerit-jerit2, melolong-lolong bila kena provok dengan negara lain. Ah, sukan memang selalu buat aku gila. Yang penting Malaysia menang. Tapi tahun ni tak dak pula mood nak meroyan lagi2 tengah sakit pue, aku jadi tugu jha belakang dewan tu. Menang baru aku tepuk tangan. Dek kebosanan, tak sangka den mampu habiskan novel yang aku ingat tak akan bersentuh sepanjang program ni. Well done Enull! Yeay!
Apapun tahniah kepada team Malaysia dan ultras yang melolong sampai hilang anak tekak. Untuk empat hari berlangsung kita sudah berjaya meraih 2 emas, 2 perak bagi kategori lelaki dan 2 emas, 4 perak bagi kategori perempuan. Tahniah semua walaupun aku tak menyumbang apa2 pun selain jadi tugu jha kat belakang tu. Berbaki lagi tiga hari. Semoga juara menjadi milik kita!
----------
----------
Jadi, buku yang baru jha aku habis baca hari kedua program hari tu bertajuk ‘Maia’ karya Pasha. Keluaran Prolog Media, penerbit kesukaan aku sudah tentu. Baca bab-bab awal novel ni buatkan aku rasa nak melompat, bersinar-sinar mata aku. I was like ‘where you’ve been gold’. Walaupun sebenarnya aku dah beli lama dah novel ni, cuma baru tergerak hati nak baca. Well, you know the reason (rujuk entri Bubble Poison Escapism 1 & 2). Sebab apa? Sebab aku rasa ‘Maia’ tu aku. Dari aspek personalitinya, orang panggil ‘sakit jiwa’. Tak suka bergaul dengan orang, takut, terlalu banyak persepsi dalam kepala ni setiap kali jumpa orang dan banyak lagilah. Like, that was so me. Hah! Walaupun aku tak adalah nampak perkataan pelik2 tu dekat muka orang macam Maia. Lagu mana nak nampak, nak eye contact dengan orang pun payah. Haha!
‘Maia’ mengisahkan perjalanan seorang gadis dikenakan ‘sumpahan’ boleh melihat isi hati sebenar seseorang. Macam luar nampak baik, tapi dalam? Bagi ‘Maia’ kelebihan itu merupakan sumpahan buatnya. Buatkan dia dingin dengan orang sekelilingnya, termasuk ayahnya. Dek kerana mahu melarikan diri daripada berdepan dengan hipokrit manusia, hari-hari Maia ditemani sunyi tanpa teman. Bagi Maia ‘sepi itu indah’. Kerana itu rutin Maia hanya di Pet Me, melayani kerenah kucing itu lebih menyenangkan daripada manusia.
Namun, hidup Maia yang sepi berubah saat bertemu dengan Azad. Lelaki yang kosong tanpa perkataan2 aneh yang kebiasaan dilihat Maia terhadap orang lain. Awalnya, pertemuan itu hampir membuatkan Maia panik kerana pertama kali dalam hidupnya. Namun, lama-kelamaan kekosongan Azad itu membuatkan Maia lebih selesa untuk semakin rapat dengan lelaki itu. Kerana dengan Azad, Maia yang jarang bercakap itu sangat bebas tanpa perlu tahu isi hati Azad terhadapnya.
Tapi ternyata, pertemuan Maia dan Azad itu bukanlah kebetulan semata-mata. Bermula daripada itu hari-hari Maia sebenarnya seperti sedang diburu. Azriq kah? Lelaki psiko yang obses dengan Maia. Nota ugutan, kes bunuh dan macam2 misteri yang tiba-tiba terbongkar. Aku banyak kali salah sangka siapa dalang disebalik semua yang berlaku tapi ternyata. Hah! Aku salah.
Cerita ni buat aku berdebar dan tertanya2, dan sedih waktu bab Maia terlantar di hospital dan Dato Ali yang selama ni dianggap tidak mempedulikan kewujudan Maia menangis teresak-esak di samping gadis itu. Aku paling suka dekat bab Maia dan Ayu yang mula rapat. Ibu tiri Maia dan anaknya yang buatkan hubungan Maia dan Dato Ali semakin dingin. Hubungan dingin yang bertahun-tahun akhirnya dipecahkan saat Ayu mampir di rumah Maia, lalu meluahkan isi hatinya yang terbuku selama mengenali gadis itu. Ayu tahu rahsia Maia kerana diberitahu Dato Ali. Kata Ayu, Maia itu terlalu negatif terhadap anugerah yang dimiliki. Malah Maia terlalu suka memandang sesuatu yang dilihat itu daripada sudut pandangan negatif terlebih dahulu berbanding membuat spekulasi yang baik2. Tersentak dengan luahan Ayu, namun kebenaran itulah yang mengubah Maia menjadi lebih baik.
Den terasa sebenarnya, sebab Maia macam aku sangat. Jadi bab suka bagi persepsi buruk dekat orang tu hati akulah. Dalam hati jha okey. Ye, aku hipokrit dan pentingkan diri sendiri. Bagi aku masa, dah terlalu sebati nih. Takut nak berubah, takut aku dihidang dengan pandangan yang sama. Maybe one fine day.
Apapun, walaupun jalan dia bagi aku agak perlahan tapi sebenarnya semua bab sangat berkait rapat untuk keseluruhan cerita. Jadi, aku kasi 7/10. Aku puas hati jalan ceritanya. Yang penting tak ada plot twist yang buatkan hati aku berdarah. Hahaha..
Moral cerita:
- 1) Menilai peribadi, perbuatan, dan kata-kata seseorang dengan pandangan positif terlebih dahulu sebelum membuat persepsi buruk di hati. Buruk yang dipandang, buruklah hasilnya.
- 2) Percaya dan memahami terutamanya hubungan antara ibu ayah dan anak-anak. Adik dan abang. Siapa lagi yang boleh dipercaya selain keluarga kita bukan? Kalau tak ada percaya, dendam bertunas, nyawa pun boleh tergadai
- 3) Sayang bukan obses. Obses sebenarnya memusnahkan segala-galanya. Kerana obses cinta, manusia boleh gila. Kalau sudah kesihatan mental terjejas, diri sendiri di luar kawalan sendiri. –Takut sebenarnya, sebab sedar. Mental sendiri tak berapa sihat. Takut suatu hari nanti tak terkawal.
- 4) Bersyukur. Biasa dengar kan, kadang-kadang kita dah hilang sesuatu baru kita menghargainya. Walaupun sesuatu tersebut yang bukan kemahuan sendiri tapi hakikatnya setiap sesuatu yang ditakdirkan buat kita mesti ada asbabnya bukan?
Itu jha lah. Adios!
Malam Jumaat
26 Julai 2019
Teratak Qaisara
Sale, Rabat
Morocco
26 Julai 2019
Teratak Qaisara
Sale, Rabat
Morocco
Comments
Post a Comment