Bubble Poison Escapism 2.0


1)      Enull dengan medsos


Kenapalah boleh timbul isu ni. Ada kaitan juga dengan jalan hidup aku. Yeah, semuanya sebab turning point yang ubah aku jadi orang asing. Even aku sendiri tak kenal sapa diri aku. Lepas aku stress yang terlampau stress. Aku tak berani cakap depress sebab kena ada dignosis doktor baru boleh ngaku depress. Jadi, mungkin aku hanya stress yang teruk saja kot. Mungkin.

Ingat aku cerita yang aku shut down daripada semua orang. Salah satunya aku deactive semua medsos aku. Akaun sosial yang aku ada semua aku deactive. Mula hujung bulan April. Facebook, Twitter dan Instagram. Kalau ikutkan dengan Whatsapp sekali aku nak uninstall. Tapi akak senior aku cakap jangan. Sekurang-kurangnya kalau ada kecemasan orang senang nak cari. Okay, aku dengar nasihat. Lagipun sayang jugak nombor tu. Kalau aku nak deactive lepas tu nak aktif kan balik. Nombor kod tak sampai sini sebab sim kad tak leh buat roaming luar negara. Jadi aku disable saja apps Whatsapp kat fon. Kalau rasa nak buka aku buka, kalau dak tunggulah bila aku rasa nak buka.

Walaupun aku tak deactive whatsapp. Aku banyak kali kena marah/bebel sebab orang call selalu tak jawab. Mesej susah nak balas. Selalu lambat balas. Tak terupdate cerita terkini (baca:story orang). Sampai ada orang perlilah, status boleh pula update. Kalau orang call dan mesej berzaman nak menjawab. Aku garu kepala jha bila dengar tu. Sini aku cerita sebab apa berzaman orang tunggu aku nak balas mesej atau angkat call Whatsapp.


  • 1-      Aku tutup/mute semua notifikasi group dan semua contact. Dalam kata lain, selagi aku tak buka whatsapp aku tak akan tahu ada orang mesej aku.
  • 2-      Aku silent call atau disable phone/call punya permission. Terjawab kan kenapa aku tak angkat. Aku tak tahu pun ada orang call sampai aku buka Whatsapp.
  • 3-      Aku sangat malas nak baca status orang. Kalau sapa-sapa nampak aku seen status dia, itu samada ada orang cerita pasal status dia yang membuatkan aku kena tengok ataupun aku memang tiba-tiba terajin nak tengok.
  • 4-      Kalau aku update status, waktu tu jha lah aku buka Whatsapp. Lepas dah update aku tutup Whatsapp. Tak belek pun sapa yang seen, sapa yang balas status aku. Kalau aku bukak balik baru aku balas sapa yang balas status aku.
  • 5-      Kalau yang Whatsapp aku cepat balas, itu maknanya aku tengah rajin belek Whatsapp. Tengah unmute notifikasi atau on permission untuk call. Memang tengah mood baiklah waktu ni. Dan anda pun bernasib baik. Ataupun ada urgent call yang aku kena tunggu mahupun aku nak kena call orang. Selfish sangat kan. Thank you :D

Percayalah itu rutin aku setiap hari. Mood on off. Kalau boleh pilih aku nak uninstall jha terus. Aku memang fasa ignorant pasal semua benda. Aku aktif balik Facebook ngan Instagram pun sebab apa benda entah hari tu. Pastu dah malas nak deactive. Tapi aku uninstall jha apps. Twitter jha tak aktif kan balik. Bukan tak mau aktif tapi akaun aku kena delete rasanya. Dan takleh buka. Tapi bagus juga. Aku memang malas nak ambik kisah. Kenapa? Manusia yang buatkan aku menyampah dengan kemudahan yang ada. Aku kalau dah menyampah memang aku buat bodoh jha lepas tu. Ini keputusan paling drastik pernah aku buat. Dan aku tak rasa nak ubah habit aku ni buat waktu terdekat.

Sekian. Terima kasih.

2)      Sketsa nak gambar cantik

Nampak dak 4 kaki penyibuk tu?
Pertama-tama, ucaplah tahniah kepada aku sebab aku berjaya paksa diri aku habiskan buku pertama setelah 3 bulan aku tak menyentuh sebarang buku. Tahniah Amz (big claps – ha tepuk! :P)

Alkisah sebelum ni rajin baca blog yang selalu review buku, gambar2 buku yang dia muat naik ke Instagram/Facebook/Blog semuanya lawa2. Ada susun bunga, secawan kopi, coklat mahupun lappy. Dek kecemburuan yang tak kena pada tempatnya, aku pun nak cuba nasib.

Bahan-bahan:
1- Kain baju raya (sebab cantik aku ambik hattu – perasan jap)
2- Secawan Nestum Milo
3- Lampu liplap Kak Hilda
4- Sepasu kaktus
5- Watak utama – buku yang baru habis dibaca
6- Coklat Milka Aina (Tak jadi)

Masa:
- Projek berjalan setelah helaian terakhir buku dinoktahkan (Baca: pukul 1 pagi – lebih sikit)

Misi bermula:
1- Disebabkan lapar. Aku ke dapur dulu nak goreng ayam, panaskan lauk Fifah masak, rebus ikan untuk Oyen (Oyen meragam takmo makan makanan dia belakangan ni – jadi aku pun baik hati rebus dekat dia), panaskan air nak buat Nestum Milo. Sementara menanti semua tu siap, aku kembali ke bilik.

2- Kain baju raya di longgokan baju yang belum aku lipat aku hamparkan di lantai. Aku susun cantik-cantik. Sudah tu, aku tinggal kejap. Ke dapur. Ambik ikan rebus Oyen, letak dalam mangkuk dan kasi ke dia. Aku tinggal. Aku ke ruang tamu, ambik lampu liplap Kak Hilda dan ke dapur semula untuk bancuh Milo Nestum. Kembali ke bilik.

3- Kejutan bermula! Nasib baik tak terlepas cawan Nestum Milo aku tau. Tak guna punya Oyen! Aku cantik2 taruk ikan rebus dalam mangkuk kasi kau makan sedap-sedap. Kau boleh angkut ikan tu makan tempat lain. Tepatnya, KAU MAKAN ATAS KAIN BAJU RAYA AKU YANG CANTIK TU!! Meroyan kejap aku. Nasib baik tak gempar satu rumah dengar aku menjerit pagi-pagi buta cenggini. Tarik nafas kejap aku tenangkan diri. Aku letak air aku atas meja dengan lampu liplap, lepas tu syuh! Halau Oyen beserta tamparan di punggung gemuk dia. Menangis kejap aku usap-usap kain yang sudah tercemar. Namun, misi harus tetap diteruskan. Aku terbalikkan jha kain tu guna dekat sebelah yang tak kotor. Alah! Nak ambik gambar saja pon. Walaupun kain yang baru saja aku basuh tu aku kena basuh semula. Terima kasih Oyen menambahkan kerja aku.

4- Sambung balik. Aku ke dapur kejap. Taruk nasi, lauk dan ayam goreng aku dalam pinggan dan kembali semula ke bilik. Lepas tu, proses menyusun. Berkali-kali susun atur, barulah aku nak lilit eh – keliling lampu liplap tu sekeliling susun atur kaya seni aku. Di sinilah cabaran sekali lagi bermula apabila suis lampunya aku buka. Klip! klip! klip! klip! Dan mata Oyen pun membesar ingatkan mainan dia. Puas juga aku kuis dia dengan kaki aku tak nak dia masuk gambar. Sibuk betul. Berkali-kali dicuba dan diusir Oyen yang nak menggigit lampunya. Akhirnya aku berjaya walaupun aku tahu. Apalah sangat. Jauh nak setaraf dengan mereka-mereka yang lagi hebat berfotografi. Apa pun, bolehlah. Sekali sekala kan. Selesai, masa untuk aku makan.
Ni tak ada kerja namanya. Membuli Oyen -kredit gambar: Kak Huda

Sekian aku membebal pasal Oyen dan gambar. Nak cantik punya pasal. Cantiknya tak pun. Nak tengok hasil gambarnya, tunggu pos aku yang seterusnya. Aku kasi review pasal novel The Architecture of Love karya Ika Natassa. Si peninta yang lumayan terkenal di Indonesia. Kalau susah terkenal, pastilah semua novelnya berada di carta paling laris di kedai-kedai buku kan. Nantikan ulasan aku ya. 

Adios! ^^,

Pagi Rabu
17 Julai 2019
Rumah Konoha
Ain Chok
Casablanca Morocco




Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Puisi: Lebah dan Semut

Ye Fei Ye