Review Novel - The Architecture of Love
Assalamualaikum rupawan cantik kacak!
Bismillah, seperti yang dijanjikan di pos yang lalu. Aku nak
buat ulasan pasal sebuat novel yang baru saja aku habis baca beberapa jam yang
lalu dalam masa satu hari. Dari siang sampai malam aku menghadap novel yang tak
terlalu tebal. Hanya 300 halaman sahaja. Walaupun jenuh berperang dengan suara
nista yang menghasut aku supaya berhenti apa yang aku buat, apapun kalau sudah
memaksa akhirnya berjaya juga. Itu bukti aku mampu lawan suara tu kan? Kan? Tahniah
Amz.
Buku yang berjudul The Architecture of Love (aku akronimkan
TAoL ye sebab panjang tajuk dia) karya ke enam Ika Natassa. Penulis Indonesia
yang terkenal di negara seberang. Beruntungnya aku ada ahli rumah seorang dari
Indonesia; Khilda namanya tapi aku selalu panggil Kak Hilda, novel2 dia memang
dah banyak kali menggamit kerlingan mata aku untuk membaca. Tapi jiwa sakit ni
selalu mematikan niat aku nak membaca semua. Sia-sia katanya. Tak guna kan!
Berbalik pada novel TAoL, kalau jujurnya pendapat aku
tentang gaya penulisan bahasa memang menggunakan bahasa Indonesia Jakarta kalau
melihatkan pada dialek susunan bahasanya. Bahasa yang biasa pada era modenisasi
kini. Aku tak akan kategorikan novel ini sebagai novel Melayu. Mungkin kategori
IndonesiaJakarta/MelayuRojak? Haha, maafkan aku suka hati mencipta istilah
sendiri. Apa yang aku nak cakap, Ika Natassa memang menggunakan bahasa moden Indonesia
yang bercampur Indonesia dan Inggeris. Alah, senang cakap macam budak-budak KL
cakap. ‘Like you know what (dialog Melayu)/ Like seriously (dialog Melayu)/
Then after that (dialog Melayu). Percampuran bahasa yangs sangat ketara. Maaf,
aku sangat skeptikal di sini. Aku masih menjunjung karya Tere Liye, Kang Abik, Asma
Nadia apatah lagi Hamka yang penggunaan bahasa walaupun agak baku tapi masih
sedap dibaca, tidak terlalu berat campuran bahasanya dan masih kekal identiti
Indonesia walaupun tak guna campur Inggeris yang banyak.
Apapun itu soal bahasa kan. Tak ada yang kisah sekarang ni.
Malah hakikat ini di Malaysia pun buku dan novel Melayu jarang meninta dengan
bahasa baku berbunga-bunga. Malah terlalu straight to the point dan tak
nafikan juga campuran bahasanya kan. Namun aku tak nafikan, jalan cerita
penulis2 kita sangat melimpah idea dan bernas jalan ceritanya. Tak semua cliche.
Cumanya aku harap masih ada penulis yang masih mengekalkan penulisan sastera
asli atau istilah lain gaya lama. Ada saja cuma kurang menjadi pilihan dalam
lambakan novel2 di Malaysia.
Sekali lagi, berbalik pada novel TAoL. Aku sangat suka pada
jalan ceritanya. Sangat menarik. Menurut apa yang aku tahu tentang karya2 Ika
Natassa, jalan cerita novel beliau kebanyakkannya memang menampilkan kisah yang
sememangnya berlaku pada masyarakat kita. Misalnya, soal penceraian yang berlaku
tanpa asbab yang munasabah, insan yang membawa diri dek penyesalan masa lalunya
dan semua itu memang berlaku dalam masyarakat kita. Iya, penulisan seperti
inilah yang membuka minda sesetengah daripada kita agar tidak terlalu disogok
dengan cerita yang terlalu fantasi dan penuh angan-angan. Watak yang
didatangkan juga memang daripada orang kebanyakan. Tidak terlampau kaya dan juga
tidak terlampau miskin. Dek jatuh hati dengan latar belakang dengan watak-watak
inilah buatkan aku mahu terus menyusuri kisah hidup mereka
Watak utama dalam TAoL mendatangkan seorang penulis novel yang
kehilangan inspirasi dalam menulis novel dan seorang jejaka yang membawa diri
dari masa lalunya menemukan mereka di kota New York. Seorang Raia dan River.
Raia, seorang penulis novel yang terkenal di tanah air.
Membawa diri ke New York kononnya mencari inspirasi buat novel barunya setelah
dua tahun menyepi daripada dunia penulisan. Diceraikan oleh sumber inspirasinya, dia ketandusan
idea mahu menulis lagi sehingga diselubung rasa takut dia tak mungkin boleh
menulis lagi.
River,
sang arkitek yang meninggalkan tanah air membawa diri. Lari dari masa lalu yang
menyebabkan dia terus-terusan menyalahkan diri sendiri. Menganggap dirinya
pembunuh. Lantas itu, dia melarikan diri ke New York. Kota yang tidak pernah
sunyi. Dia perlukan kota yang bising itu demi mendiamkan suara serba salah yang
acap kali berbisik ke telinganya.
Kedua-duanya
mati jiwa dan sedang mencari inspirasi untuk kembali hidup. Harapan mereka di
New York segala yang mereka harapkan bakal tercapai. Dek dua-duanya memiliki
kesunyian jiwa yang sama membuatkan mereka lebih memahami tanpa bicara. Pertemuan
tanpa sengaja buat pertama dan kedua kalinya menjadi titik mula keakraban
mereka
Raia
kembali mendapat inspirasi melalui cerita-cerita River tentang
bangunan-bangunan bisu yang masing-masing mempunyai sejarahnya sendiri. River
yang biasanya sering menempel wajah dingin dan jarang bercakap itu semakin seri
senyuman berlesung pipit juga semakin panjang patah bicaranya. Kedua-duanya
tanpa sedar mengubati fasa patah hati yang sangat sukar dihakis.
Namun
dek terikat dengan masa lalu. Si Penulis yang masih terlalu rawan hatinya
mengenangkan jawaban yang tak terjawab ditinggalkan suami. Sang Arkitek yang
masih diikat kenangan dan rasa sayang buat arwah isterinya. Membuatkan salah
satu antara keduanya sukar untuk melepaskan masa lalu walaupun hati
masing-masing lebih mengakui sedang terdampar rasa untuk menyatukan mereka.
Cuma
masa lalu, tak mudah untuk melepaskan bukan? Bagaimana pengakhirannya? Raia
berjaya menerbitkan ‘bayi’ barunya yang hampir tiga tahun mencari inspirasi?
River berjaya pulang ke tanah air yang dihindari kerana di situlah segala suka
duka kenangan yang ingin dijauhkan? River berjaya sedar Raia itu masa depannya?
Raia akhirnya mahu meluahkan rasa cinta terhadap River? Rumit kisah cinta mereka. Tapi rumit itu yang menyatukan. Mereka hanya perlu lebih yakin dan dengar kata hati mereka.
Walau
macam mana pun, aku masih tak boleh nak ikut sangat norma hidup yang terasa janggal pada jiwa aku menurut latar masyarakat dalam TAoL. Maksud aku norma hidup
yang terlalu kebaratan sedangkan bangsa dan bahasanya malah agamanya sangat dekat dengan aku.
Kombinasi yang masih terlalu asing buat aku. Apapun, aku kasi novel TAoL ni 6/10.
Puas hati sebab mampu buatkan aku tak putus asa daripada berhenti membaca.
Terima kasih TAoL menjadi kunci untuk buku yang berikutnya.
Kata-kata
yang paling aku suka dalam TAoL saat River cuba memberi semangat kepada Raia
ketika
wanita itu mengadu dia tidak boleh lagi menulis:
‘Saya
cerita ini mau nunjukin ke kamu bahwa benda mati seperti gedung saja punya
cerita, Ya. That’s the most fascinating thing about architecture, for me. Dan kalau
buat saya ceritanya itu ya memang sudah ada sejarahnya, buat kamu yang penulis
malah lebih enak lagi. Imaginasi kamu pasti lebih cekap daripada saya tukang
gambar ini. You can see mailbox on the street, and you can find and make up
stories from it, right? Jadi jangan bilang kamu tak bisa nulis, Ya’ – River Jusoh
Bila
terlintas jha ayat ni, aku rasa macam River tengah cakap dekat aku. Tiba-tiba
rasa sebak. Writer block memang dah lama gila. Terima kasih River atas
percikan kata-kata semangat buat aku juga. Semoga aku boleh kembali menulis dan
dilimpahi idea yang bernas. InsyaAllah.
Adios! ^^,
Pagi Rabu
17 Julai 2019
Rumah Konoha
Ain Chok
Casablanca Morocco
17 Julai 2019
Rumah Konoha
Ain Chok
Casablanca Morocco
Comments
Post a Comment