Bubble Poison Escapism 1.0
Assalamualaikum rupawan semua,
P/s:
Sebelum tu nak pesan. Kalau terjumpa perkataan Amz dekat simpang tiga tu. Itu
aku tau. Maafkanlah aku ni. Suka tukar-tukar sama samaran. Kejap saya kejap
aku. Kejap Ain, kejap Ainul, kejap Ainuo, kejap Amz. Tak tetap pendirian betul.
Ah! Peduli apa aku. Menyampah ngan aku? Pijak aku berjemaah. Habis cerita!
Tunggu aku punya bebelan dalam pos seterusnya dalam topik 'Amz dan Medsos' dan 'Sketsa nak gambar cantik'
Adios ^^,
Pagi Rabu
17 Julai 2019
Rumah Konoha
Ain Chok
Casablanca Morocco
Terima kasih | Jangan lupa komen :D
Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!
Salam Sayang | AinuoMZ
Hari ni aku nak berceloteh macam-macam. Setelah hampir 3
bulan juga aku menyepi daripada berhobi.
Aku selongkar balik aku punya blog. Sejak minggu lepas aku duk belek
blog ni sebab macam tiba-tiba je rasa nak buat. Rasa nak lebih produktif
terhadap benda yang aku suka. Kenapa? Sebelum ni aku tak produktif ka? Nanti
aku cerita deh.
!AMARAN! Bebelan yang sangat
panjang! Mohon bertabah kalau nak baca sampai habis!
Kalau perasan, mula minggu lepas aku ada update
beberapa entri baru (tak adalah baru sangat. Banyaknya aku ciluk dari insta
aku) dan juga blog aku sudah bertukar wajah. Dan ini adalah wajah paling
memuaskan bagi diri aku sendiri. Sebelum ni, dah banyak kali aku godek mencari-cari
baju yang sesuai untuk citarasa sendiri sekaligus boleh menyenangkan pembaca.
Aku harap okaylah.
1)
Baju hitam?
Kenapa baju blog aku hitam kelabu
jha? Tak rasa suram ke? Kecuali kartun tu jha lah. Comey! (puji diri sendiri
nampak)
Sini aku cerita. Disebabkan aku
ni suka blog walking dan suka membaca celoteh orang berblogging
juga. Adakala melayan hobi menghabiskan e-novel di blog2 yang aku ikut. Aku ada
satu masalah iaitu aku rasa suatu hari nanti aku akan jadi mata lalat. Wanauzubillah!
Bukan apa. Aku tak kutuk okay. Ini aku punya masalah. Kebanyakkan blog yang aku
tengok, guna background dan body blog yang cerah dan ada setengah
warnanya sangat menyengat. Aku tak nafikan ada yang suka blog comel2 ni. Warna pink,
kuning, biru, merah hatta putih suci bersih lagi. Siap ada kartun comel2. Menarik
sangat.
Tapi masalah aku, suka tengok
skrin fon atau laptop (selalunya fon sebab senang nak baca) sepanjang masa. Sampai
aku rasa mata pedih baru aku letak fon tu. Kusyuk baca. Lagi teruk tabiat susah
buang satu ni, baca dalam gelap dan tengah malam jadi burung hantu. Lagi migrain
tak buat serangan gerila dekat aku. Lagi tulah aku buat kerja tak menyihatkan
ini. Kalau migrain datang tu, insaf lah kejap tak nak buat dah. Sebab nazak
gaya nak mati. Tapi lepas sihat buat balik. Itu ke namanya insaf. Mohon pijak
aku berjemaah.
Blog2 yang jadi kegemaran aku
selalunya yang guna background gelap macam aku buat ni. Sebab kurang
sikit sakit mata. Baca tu lagi lama dan lagi puas. Sebab tak menyilau sangat
sakit mata tu. Memandangkan aku ni suka menulis juga, aku tak naklah nanti
pembaca yang datang blog aku ni pun mengalami kesulitan yang sama macam aku. Sakit
mata tengok putih bersinar sangat. Jadi, aku ambik jalan selamat. Aku puas,
pembaca pun lebih okay. Tak sakit mata sangatkan. (Kalau ada yang mengalami
situasi yang sama macam akulah, kalau tak maknanya aku syok sendiri. Cerewet!)
Itu aku punya jawaban. Tak ada
salah dengan hitam. Hitam kan elegan. Tak gitu. -,^
2)
Memaksa berhobi
Macam yang aku cakap. Aku dah
lama tak berblogging, membaca, apatah lagi menulis. Korang tahu
hilangnya nikmat hobi sendiri sangat menyakitkan. Rasa aku sangat hilang diri
sendiri. Mencari-cari arah tujuan tapi tak jumpa. Lebih tepatnya aku sesat.
Kalau kehilangan putus cinta tu boleh diibaratkan dengan hilangnya kudrat dan nikmat
yang ada dalam diri, hilangnya keinginan untuk melakukan apa yang aku suka
malah paling teruk aku benci terhadap hobi aku sendiri. Yup, aku mengaku. Aku putus
cinta. Lebih menyakitkan kenapa aku perlu benci benda yang aku suka.
Yup, itu aku. Aku mula rasa macam
benci gila nak menulis dan rasa nak berhenti dari menulis mula hujung tahun
2017. Tapi aku paksa diri aku untuk tak hilang hobi yang jadi rutin aku dari
zaman sekolah menengah. Walaupun kalau tengok pada blog archive aku tak adalah
nampak kerap sangat. Kadang-kadang tu setahun adalah dua atau tiga pos. Samada di
blog lama atau di blog baru, kerap dia tak macam blogger tegar pun. Itu
pada orang yang tak nampak.
Aku menulis. Tiap-tiap hari aku
menulis. Tapi tak semua aku pos dalam blogspot atau wattpad mahupun
blogwix aku. Kadang2 aku menulis sebagai diari harian. Kadang2 kalau tak
buat curhat pun, aku sambung menulis novel-novel aku yang masih tak tahu
bagaimana penghujung jalan ceritanya. Sekurang-kurangnya aku menulis.
Tapi aku tak sangka kali terakhir
aku menoktahkan novel2 aku pada pertengahan bulan April tahun lepas. Lepas tu
sepi sampai sekarang. Janji untuk sambung hanya tingal janji. Aku kekeringan
idea malah hilang minat. Aku fikir mungkin aku writer block. Tapi
sekurang-kurangnya sebelum ini aku akan mencari solusi untuk menghabiskan jalan
ceritanya walaupun tak update di blog. Tapi sekarang, kemahuan untuk
menyambung hampir tiada. Kadang tu rindu yang teramat sampai nak nangis rasa,
sebab nikmat untuk mencurah segala rasa di papan kekunci hanya orang seperti
aku tahu betapa nikmatnya dia. Aku rindu rasa itu tapi aku hilang rasa mahu. Mati.
Walaupun aku pujuk diri aku, aku
sekadar writer block. Aku akan dapat balik buat apa yang aku suka. Jadi,
aku bagi peluang dekat diri sendiri. Aku berhenti tulis novel. Aku fokus kepada
membaca. Tak kisah genre. Tapi banyak buku fiksyen. Disebabkan aku tak nak
hilangkan hobi menulis sampai bertahun2. Aku ambik keputusan, banyakkan review
buku yang aku baca. Yup, aku cuba. Lebih pada terpaksa. Sebab aku sayang dengan
hobi ni. Aku tak nak mati. Apatah lagi diari harian aku tak lagi berbunyi papan
kekunci untuk mencatat, aku paksa membuat konklusi pada setiap buku yang aku
baca.
Aku bukan jenis orang yang ekstravert,
bercerita pada teman mahupun keluarga setiap apa yang aku rasa. Aku memilih
sangat kepada siapa aku mahu curahkan. Kadang-kadang tu tak semua aku
ceritakan. Tapi aku bercerita pada papan kekunci. Sekurang-kurangnya aku
meluahkan. Cumanya tak terlalu berkesan. Orang cakap jangan simpan lama-lama
nanti sakit. Aku tak nafikan benda tu bukan omong kosong. Aku memang sakit. Aku
meletup yang buatkan aku hilang diri sendiri. Aku benci semua benda. Aku yang
pendiam semakin pendiam. Aku pencilkan diri dari semua orang. Kelemahan aku
sekarang, sangat takut berjumpa orang lain. Aku dalam rumah sahaja. Aku tahu
sebab apa aku jadi macam ni tapi aku tak tahu macam mana nak selesaikannya. Cuma
aku harap, rasa perit ini tak berterusan. Aku akan sembuh suatu hari nanti. Ya,
aku pasti sembuh. Aku tak akan bercerita terlalu mendalam tentang masalah aku
ni sebab aku rasa ianya sangat mengaibkan diri aku. Cukuplah aku cerita masalah
ini hampir mematikan separuh jiwa aku.
Cukuplah aku berhenti menulis
novel dan diari aku. Aku harap lepas aku balik Malaysia mungkin aku akan lebih
baik. Memang ada peningkatannya. Ada dah mula rasa nak menulis balik. Itupun banyaknya
review buku. Aku banyak baca dan baca. Bila balik sini balik, aku mula
curhat yang berkaitan masalah awam. Tak banyak. Tapi sekurang2nya aku menulis
selain review walaupun masih kekeringan idea untuk novel aku. Jadi, aku
balik sini aku fikir semuanya akan baik-baik saja. Sampailah bulan April yang
lalu. Di situ aku berhenti membaca dan aku berhenti menulis. Aku terus shut
down. Ada pressure yang buatkan tolak semua benda. Mimpi ngeri yang
saban hari. Insomia yang tak terbilang jari. Aku penat tanpa bekerja. Ingatan aku
semakin lumpuh, aku semakin melupakan. Aku tak boleh fokus. Terlantar di katil
bagai orang sakit. Tapi aku tak suka orang tahu aku sakit. Tahniah kepada diri
sendiri! Aku menjadi pelakon dan pembohong. Aku baik2 saja dunia! :D Walaupun
segala perancangan yang aku atur untuk tahun ni. Hancur berantakan semua.
Tahniah sekali lagi.
Sampailah sekarang. Aku rasa
sesak sangat. Macam tak leh nafas. Sebab lama sangat tak menulis dari hati.
Bulan 5 aku ada tulis. Puisi. Itu pun sebab cuba2. Ada pertandingan. Dan hujung
bulan 6, aku tulis review buku terakhir aku baca bulan 4 hari tu. Dah lama
baca sampai aku ingat2 lupa. Aku ternampak ada orang buat ulasan pasal buku tu
di Facebook. Terima kasih kepada penulis tersebut kerana dia aku paksakan diri.
Menulislah Amz. Tolonglah! Itu saja satu-satunya sebab kau itu seorang Amz. Itu
identiti kau. Kau tak sakit Amz. Kau boleh. Demi suara yang samar-masar di
pelosok hati yang meronta, aku menulis daripada sekelumit memori yang aku ada
pada buku tersebut walaupun hampir berbulan ditutup tak bersentuh lagi.
Lepas tanggal tu, aku tak menulis
lagi. Tak tahu mahu menulis apa. Mahu mengulas, buku yang tersusun belum
dibaca. Mahu mencurah rasa hati tidak mahu. Mahu menyambung novel, sudah lama
terkubur. Lalu aku sepi lagi. Terkelip-kelip mata mencari diri. Seminggu berlalu.
Dua minggu berlalu dan hadirlah tanggal satu minggu yang lalu. Rindu itu makin
mencengkam. Kala ini aku sangat bersyukur dihadirkan rindu. Rindu yang
menyakitkan. Memaksa aku keluar dari raksasa ini. Jadi, aku mula misi
menyunting blog aku kasi cantik. Baru puas aku nak berceloteh. Aku naikkan pos2
lama dari Instagram dan Wattpad ke blog. Edit balik pos lama yang tak memuaskan
(akan perasan ada pos yang sama diulang naik). Dan hari ni, aku sedang bebas
mencoret.
Congrates Amz, I know you can
do this. Kau adalah milik diri kau sendiri! Ingat tu!
Jadi, doakan aku. Sekurang-kurangnya
hobi yang sangat aku sayang ni. Tak mati. :D
Adios ^^,
Pagi Rabu
17 Julai 2019
Rumah Konoha
Ain Chok
Casablanca Morocco
Comments
Post a Comment