Bubble Poison Escapism 1.0

Assalamualaikum rupawan semua,

Hari ni aku nak berceloteh macam-macam. Setelah hampir 3 bulan juga aku menyepi daripada berhobi.  Aku selongkar balik aku punya blog. Sejak minggu lepas aku duk belek blog ni sebab macam tiba-tiba je rasa nak buat. Rasa nak lebih produktif terhadap benda yang aku suka. Kenapa? Sebelum ni aku tak produktif ka? Nanti aku cerita deh. 

!AMARAN! Bebelan yang sangat panjang! Mohon bertabah kalau nak baca sampai habis!




Kalau perasan, mula minggu lepas aku ada update beberapa entri baru (tak adalah baru sangat. Banyaknya aku ciluk dari insta aku) dan juga blog aku sudah bertukar wajah. Dan ini adalah wajah paling memuaskan bagi diri aku sendiri. Sebelum ni, dah banyak kali aku godek mencari-cari baju yang sesuai untuk citarasa sendiri sekaligus boleh menyenangkan pembaca. Aku harap okaylah.

P/s: Sebelum tu nak pesan. Kalau terjumpa perkataan Amz dekat simpang tiga tu. Itu aku tau. Maafkanlah aku ni. Suka tukar-tukar sama samaran. Kejap saya kejap aku. Kejap Ain, kejap Ainul, kejap Ainuo, kejap Amz. Tak tetap pendirian betul. Ah! Peduli apa aku. Menyampah ngan aku? Pijak aku berjemaah. Habis cerita!


1)      Baju hitam?
Kenapa baju blog aku hitam kelabu jha? Tak rasa suram ke? Kecuali kartun tu jha lah. Comey! (puji diri sendiri nampak) 

Sini aku cerita. Disebabkan aku ni suka blog walking dan suka membaca celoteh orang berblogging juga. Adakala melayan hobi menghabiskan e-novel di blog2 yang aku ikut. Aku ada satu masalah iaitu aku rasa suatu hari nanti aku akan jadi mata lalat. Wanauzubillah! Bukan apa. Aku tak kutuk okay. Ini aku punya masalah. Kebanyakkan blog yang aku tengok, guna background dan body blog yang cerah dan ada setengah warnanya sangat menyengat. Aku tak nafikan ada yang suka blog comel2 ni. Warna pink, kuning, biru, merah hatta putih suci bersih lagi. Siap ada kartun comel2. Menarik sangat.

Tapi masalah aku, suka tengok skrin fon atau laptop (selalunya fon sebab senang nak baca) sepanjang masa. Sampai aku rasa mata pedih baru aku letak fon tu. Kusyuk baca. Lagi teruk tabiat susah buang satu ni, baca dalam gelap dan tengah malam jadi burung hantu. Lagi migrain tak buat serangan gerila dekat aku. Lagi tulah aku buat kerja tak menyihatkan ini. Kalau migrain datang tu, insaf lah kejap tak nak buat dah. Sebab nazak gaya nak mati. Tapi lepas sihat buat balik. Itu ke namanya insaf. Mohon pijak aku berjemaah.

Blog2 yang jadi kegemaran aku selalunya yang guna background gelap macam aku buat ni. Sebab kurang sikit sakit mata. Baca tu lagi lama dan lagi puas. Sebab tak menyilau sangat sakit mata tu. Memandangkan aku ni suka menulis juga, aku tak naklah nanti pembaca yang datang blog aku ni pun mengalami kesulitan yang sama macam aku. Sakit mata tengok putih bersinar sangat. Jadi, aku ambik jalan selamat. Aku puas, pembaca pun lebih okay. Tak sakit mata sangatkan. (Kalau ada yang mengalami situasi yang sama macam akulah, kalau tak maknanya aku syok sendiri. Cerewet!)

Itu aku punya jawaban. Tak ada salah dengan hitam. Hitam kan elegan. Tak gitu. -,^

2)      Memaksa berhobi

Macam yang aku cakap. Aku dah lama tak berblogging, membaca, apatah lagi menulis. Korang tahu hilangnya nikmat hobi sendiri sangat menyakitkan. Rasa aku sangat hilang diri sendiri. Mencari-cari arah tujuan tapi tak jumpa. Lebih tepatnya aku sesat. Kalau kehilangan putus cinta tu boleh diibaratkan dengan hilangnya kudrat dan nikmat yang ada dalam diri, hilangnya keinginan untuk melakukan apa yang aku suka malah paling teruk aku benci terhadap hobi aku sendiri. Yup, aku mengaku. Aku putus cinta. Lebih menyakitkan kenapa aku perlu benci benda yang aku suka.

Yup, itu aku. Aku mula rasa macam benci gila nak menulis dan rasa nak berhenti dari menulis mula hujung tahun 2017. Tapi aku paksa diri aku untuk tak hilang hobi yang jadi rutin aku dari zaman sekolah menengah. Walaupun kalau tengok pada blog archive aku tak adalah nampak kerap sangat. Kadang-kadang tu setahun adalah dua atau tiga pos. Samada di blog lama atau di blog baru, kerap dia tak macam blogger tegar pun. Itu pada orang yang tak nampak.
Aku menulis. Tiap-tiap hari aku menulis. Tapi tak semua aku pos dalam blogspot atau wattpad mahupun blogwix aku. Kadang2 aku menulis sebagai diari harian. Kadang2 kalau tak buat curhat pun, aku sambung menulis novel-novel aku yang masih tak tahu bagaimana penghujung jalan ceritanya. Sekurang-kurangnya aku menulis.

Tapi aku tak sangka kali terakhir aku menoktahkan novel2 aku pada pertengahan bulan April tahun lepas. Lepas tu sepi sampai sekarang. Janji untuk sambung hanya tingal janji. Aku kekeringan idea malah hilang minat. Aku fikir mungkin aku writer block. Tapi sekurang-kurangnya sebelum ini aku akan mencari solusi untuk menghabiskan jalan ceritanya walaupun tak update di blog. Tapi sekarang, kemahuan untuk menyambung hampir tiada. Kadang tu rindu yang teramat sampai nak nangis rasa, sebab nikmat untuk mencurah segala rasa di papan kekunci hanya orang seperti aku tahu betapa nikmatnya dia. Aku rindu rasa itu tapi aku hilang rasa mahu. Mati.

Walaupun aku pujuk diri aku, aku sekadar writer block. Aku akan dapat balik buat apa yang aku suka. Jadi, aku bagi peluang dekat diri sendiri. Aku berhenti tulis novel. Aku fokus kepada membaca. Tak kisah genre. Tapi banyak buku fiksyen. Disebabkan aku tak nak hilangkan hobi menulis sampai bertahun2. Aku ambik keputusan, banyakkan review buku yang aku baca. Yup, aku cuba. Lebih pada terpaksa. Sebab aku sayang dengan hobi ni. Aku tak nak mati. Apatah lagi diari harian aku tak lagi berbunyi papan kekunci untuk mencatat, aku paksa membuat konklusi pada setiap buku yang aku baca. 

Aku bukan jenis orang yang ekstravert, bercerita pada teman mahupun keluarga setiap apa yang aku rasa. Aku memilih sangat kepada siapa aku mahu curahkan. Kadang-kadang tu tak semua aku ceritakan. Tapi aku bercerita pada papan kekunci. Sekurang-kurangnya aku meluahkan. Cumanya tak terlalu berkesan. Orang cakap jangan simpan lama-lama nanti sakit. Aku tak nafikan benda tu bukan omong kosong. Aku memang sakit. Aku meletup yang buatkan aku hilang diri sendiri. Aku benci semua benda. Aku yang pendiam semakin pendiam. Aku pencilkan diri dari semua orang. Kelemahan aku sekarang, sangat takut berjumpa orang lain. Aku dalam rumah sahaja. Aku tahu sebab apa aku jadi macam ni tapi aku tak tahu macam mana nak selesaikannya. Cuma aku harap, rasa perit ini tak berterusan. Aku akan sembuh suatu hari nanti. Ya, aku pasti sembuh. Aku tak akan bercerita terlalu mendalam tentang masalah aku ni sebab aku rasa ianya sangat mengaibkan diri aku. Cukuplah aku cerita masalah ini hampir mematikan separuh jiwa aku.

Cukuplah aku berhenti menulis novel dan diari aku. Aku harap lepas aku balik Malaysia mungkin aku akan lebih baik. Memang ada peningkatannya. Ada dah mula rasa nak menulis balik. Itupun banyaknya review buku. Aku banyak baca dan baca. Bila balik sini balik, aku mula curhat yang berkaitan masalah awam. Tak banyak. Tapi sekurang2nya aku menulis selain review walaupun masih kekeringan idea untuk novel aku. Jadi, aku balik sini aku fikir semuanya akan baik-baik saja. Sampailah bulan April yang lalu. Di situ aku berhenti membaca dan aku berhenti menulis. Aku terus shut down. Ada pressure yang buatkan tolak semua benda. Mimpi ngeri yang saban hari. Insomia yang tak terbilang jari. Aku penat tanpa bekerja. Ingatan aku semakin lumpuh, aku semakin melupakan. Aku tak boleh fokus. Terlantar di katil bagai orang sakit. Tapi aku tak suka orang tahu aku sakit. Tahniah kepada diri sendiri! Aku menjadi pelakon dan pembohong. Aku baik2 saja dunia! :D Walaupun segala perancangan yang aku atur untuk tahun ni. Hancur berantakan semua. Tahniah sekali lagi.

Sampailah sekarang. Aku rasa sesak sangat. Macam tak leh nafas. Sebab lama sangat tak menulis dari hati. Bulan 5 aku ada tulis. Puisi. Itu pun sebab cuba2. Ada pertandingan. Dan hujung bulan 6, aku tulis review buku terakhir aku baca bulan 4 hari tu. Dah lama baca sampai aku ingat2 lupa. Aku ternampak ada orang buat ulasan pasal buku tu di Facebook. Terima kasih kepada penulis tersebut kerana dia aku paksakan diri. Menulislah Amz. Tolonglah! Itu saja satu-satunya sebab kau itu seorang Amz. Itu identiti kau. Kau tak sakit Amz. Kau boleh. Demi suara yang samar-masar di pelosok hati yang meronta, aku menulis daripada sekelumit memori yang aku ada pada buku tersebut walaupun hampir berbulan ditutup tak bersentuh lagi.

Lepas tanggal tu, aku tak menulis lagi. Tak tahu mahu menulis apa. Mahu mengulas, buku yang tersusun belum dibaca. Mahu mencurah rasa hati tidak mahu. Mahu menyambung novel, sudah lama terkubur. Lalu aku sepi lagi. Terkelip-kelip mata mencari diri. Seminggu berlalu. Dua minggu berlalu dan hadirlah tanggal satu minggu yang lalu. Rindu itu makin mencengkam. Kala ini aku sangat bersyukur dihadirkan rindu. Rindu yang menyakitkan. Memaksa aku keluar dari raksasa ini. Jadi, aku mula misi menyunting blog aku kasi cantik. Baru puas aku nak berceloteh. Aku naikkan pos2 lama dari Instagram dan Wattpad ke blog. Edit balik pos lama yang tak memuaskan (akan perasan ada pos yang sama diulang naik). Dan hari ni, aku sedang bebas mencoret.

Congrates Amz, I know you can do this. Kau adalah milik diri kau sendiri! Ingat tu!
Jadi, doakan aku. Sekurang-kurangnya hobi yang sangat aku sayang ni. Tak mati. :D

Tunggu aku punya bebelan dalam pos seterusnya dalam topik 'Amz dan Medsos' dan 'Sketsa nak gambar cantik'

Adios ^^,

Pagi Rabu
17 Julai 2019
Rumah Konoha
Ain Chok
Casablanca Morocco



Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Review Enovel - A Billion Stars Can’t Amount to You

Puisi: Kolam Kenangan

Puisi - Ramuan Cinta