Resensi Ebuku - Cara Asyik Review Buku, Senjata Ulasan yang Tuntas

Assalamualaikum para pengunjung setia. Hehe.. kabare?

Kalau korang perasan belakangan ni aku ada kongsi beberapa entri pasal resensi buku. Walaupun dua tiga pos sebelum ni sekitas puisi saja tapi ada beberapa resensi buku yang telah aku ulas dalam entri sebelum2 ini. Sebenarnya aku sedang mencuba-cuba membiasakan diri mengulas buku2 yang aku baca. Supaya aku boleh rujuk semula isinya dan manfaat yang aku peroleh daripadanya ataupun mengimbas semula intisari perjalan cerita.

Sepanjang mencuba dan semberono meninta sesedap rasa, aku teragak2 adakah benar caraku? Adakah orang yang membaca penulisan aku dapat memahami pengisiannya? Adakah terlalu panjang mahupun terlalu ringkas? Adakah aku terlalu asyik bercerita hingga membongkar semua isi cerita?

Satu hari aku terjumpa post di ig @adi_wahyu_adji yang sangat pemurah berkongsi pengalaman dan tips dalam ebooknya, 'Cara Asyik Review Buku'. Aku mendapatkan ebook ini secara percuma di akaun instagram beliau. Selain ebook ini, terdapat dua ebook lain yang boleh dimanfaatkan. One Week One Book dan 30 Tips Membaca.

Setelah membaca beberapa contoh ulasan buku yang ditulis yang didatangkan di akhir ebook, gaya bahasa penulisannya santai tapi mengesankan membuatkan aku semakin teruja mahu mengetahui tips penulisan beliau. Aku suka cara penyampaiannya, lewah yang sangat mampan dengan poin2 penting dari buku yang dibaca. Uniknya ulasan2 beliau bagai magnet membuatkan aku mahu membeli dan membaca buku yang diulas.

Justeru itu, bantuan ebook beliau ini sangat memberi manfaat besar kepada aku yang masih bertatih. Dimulai pemilihan tajuknya saja sudah perlu memikat seperti tagline berita kontroversi. Diajar juga cara mencoret badan penting (konten) untuk sesebuah ulasan buku dengan cara yang menarik dan sistematik. Diselit juga tips memotret buku agar menawan untuk ditatap (walaupun jujurnya inilah kelemahan aku yang paling membuatkan bahu aku melorot jatuh) Namun tak dinafikan, foto yang cantik itu lebih menarik mata-mata untuk memandang. Visual itu sangat memainkan peranan besar dalam psikologi manusia bukan?

Tidak cukup dengan itu, ebook ini juga membekalkan aku beberapa tips untuk mengulas sesebuah buku seperti membuat catatan bacaan. Kalau aku, aku selalunya akan buat catatan poin2 penting dekat fon ataupun kalau rajin sikit buat mind map (tapi kalau yang ni kena kasi effort lebih sikit lah sebab peta minda aku kena ada colour2, sebab tu jarang buat). Paling malas, aku highlight jha poin atau quotes yang menarik, ataupun aku menconteng. Bagi yang meminjam buku aku, minta maaf deh kalau terganggu dengan pelbagai tanda dan warna. Habit degil tu. Heheheh.. Yang penting catatan inilah yang menjadi bekal utama untuk diselitkan ketika membina ulasan yang bakal ditulis.

Saranan penulis untuk memilih konten tertentu dan mengehadkan beberapa patah kata dalam penulisan sebenarnya juga menjadi masalah buat aku sebab aku ni spesis nak cerita semua benda yang ada dekat dalam buku yang aku baca. Lagi2 buku tu memang aku suka gila. Banyak je draf resensi buku yang masih tergantung untuk disambung taip sebab masih bersusun plot yang mahu aku sentuh dan ulas. Sudahnya tergantung sepi di pojok folder laptop tak bersentuh. 😓 Aku faham akan tujuan pemilihan konten dan aturan 300 kata itu tujuannya untuk lebih mesra media sosial malah lebih menarik minat untuk dibaca. Cumanya kelemahan aku terkadang tu terlalu suka melewah dengan kata2 yang tidak penting. 😖 Sebab tu aku memilih blog berbanding ig kalau mahu dikongsi penulisan aku.

Itu antara tips yang mempengaruhi keberkesanan sesebuah ulasan buku untuk dibaca. Selain itu, penulis juga menyarankan agar menyajikan penulisan kita di media sosial supaya lebih banyak yang melihat dan merespon. Memang media sosial memainkan peranan besar sesebuah ulasan tersebar luas. Sedangkan media sosial bagi aku merupakan medium yang agak terhad dek tidak terlalu aktif dan kouta perkataan yang ditetapkan. Namun itu bukan alasan tidak menyebarkan bukan? Setelah memahami setiap tips yang digariskan, aku lebih jelas akan kelemahan2 yang terdapat pada aku yang perlu diperbaiki dan dipraktikan dengan lebih kerap.

Usai menoktahkan bacaan, aku mengeluh lega. Bukan sebab dah habis baca tetapi kerana manfaat yang aku peroleh daripada isinya. Sekurang2nya serba-sedikit aku mendapatkan gambaran awal bagaimana ulasan buku yang efektif dan membuatkan pembaca turut terkesan dengan buku2 yang diulas. Benarlah, penulisan yang tidak rasmi itu kadang2 lebih dekat dengan pembaca untuk terus dibaca. 

Walaupun begitu, aku masih mencari kaedah2 penulisan ulasan buku yang lebih formal. Sekurang2nya aku tahu format yang betul sekiranya berpeluang untuk menghantar ulasan2 aku di majalah2 ataupun mana2 kompetisi yang dianjurkan. Haha, berangan2 penulisan sendiri layak dipaparkan di media cetak sebenarnya. Biarpun karya sendiri tak dapat ditinta, setidak2nya secebis ulasan berjaya diterbitkan sudah memadai.

Apapun, ebook yang sarat dengan saranan yang bernas dan mudah untuk dipraktikan. Semoga aku selepas ini aku lebih rajin menulis, yang pastinya menulis dengan ilmu dan lebih yakin dengan apa yang ditulis.

"Review buku yang bagus adalah review buku yang selesai 😊." - Adi Wahyu Adji

Sekian, Adios
-----

Pagi Jumaat | 22 Nov 2019
Rumah Konoha
Casablanca
Morocco



Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye