Puisi: Kembali
Credit Image: Google |
Sejuk malam menggigit
Bertebar mimpi menyelimut
Bayu memanggil laksanakan rindu
Meninggalkan selimut panas
Bertebar mimpi menyelimut
Bayu memanggil laksanakan rindu
Meninggalkan selimut panas
Dingin embun membasahi tubuh
Dua per tiga kelam mulakan detik
Hembusan bisikan takbir bergema
Alunan kalam Ilahi bersuara
Dua per tiga kelam mulakan detik
Hembusan bisikan takbir bergema
Alunan kalam Ilahi bersuara
Saat penyerahan yang seluruh
Isi dunia tiada nilai
Rasa terselindung di cerah mentari
Dicurahkan rahsia hati, pada
Selindung balik gelap rembulan
Isi dunia tiada nilai
Rasa terselindung di cerah mentari
Dicurahkan rahsia hati, pada
Selindung balik gelap rembulan
Mutiara bercucuran tidak terasa
Aduan anak kecil berteriak
Dosanya jangan dirotan azab
Salahnya jangan ditinggal sesat
Merayu dipimpin jemari kerdil
Tiada hijab kebenaran diikut
Salah sentiasa tahu dihindar
Aduan anak kecil berteriak
Dosanya jangan dirotan azab
Salahnya jangan ditinggal sesat
Merayu dipimpin jemari kerdil
Tiada hijab kebenaran diikut
Salah sentiasa tahu dihindar
Melekat dahi berbekas pasir
Esakan masih berbunyi
Rengekan rindu disampai terus
Agar tidak tumbuh besar sang bayi
Sifatnya insan diampun Tuhan
Hingga hari disingkap hijab Al Izzah
Manis nikmat kalahnya madu
Esakan masih berbunyi
Rengekan rindu disampai terus
Agar tidak tumbuh besar sang bayi
Sifatnya insan diampun Tuhan
Hingga hari disingkap hijab Al Izzah
Manis nikmat kalahnya madu
Pekikan hati bermunajat
Hati terpasak tak terpesong
Masa bodoh Tuhan ditinggalkan
Bagai neraka ciptaan tangan
Melecur rentung ditambah kayu
Marak api bahagia jadi derhaka
Hati kilat legam dibakar ujub
Sedia menjadi santapan ular di tanah
Hati terpasak tak terpesong
Masa bodoh Tuhan ditinggalkan
Bagai neraka ciptaan tangan
Melecur rentung ditambah kayu
Marak api bahagia jadi derhaka
Hati kilat legam dibakar ujub
Sedia menjadi santapan ular di tanah
Kerna Allah Rahman wa Rahim
Saat abu jasad juga roh
Hampir hilang ditiup sangkakala sesat
TanganNya menghulur
Menempa habuk abu menjadi bayi
Kembali ke pangkuan Ilahi
Dibebas jiwa terpenjara
Saat abu jasad juga roh
Hampir hilang ditiup sangkakala sesat
TanganNya menghulur
Menempa habuk abu menjadi bayi
Kembali ke pangkuan Ilahi
Dibebas jiwa terpenjara
Lalu dengarkan Rabb
Bercucuran air mata ini
Buat dipadamkan api sana
Atas dosa-dosa lalunya
Bercucuran air mata ini
Buat dipadamkan api sana
Atas dosa-dosa lalunya
Dirayu isi hati
Tidak sesat lagi mencari jalan
Walau buta mata
Usah hati turut dibutakan
Celik selalu biar nampak, mudah
Dipilih satu dari tujuh puluh tiga
Utuh aqidah pewaris Sunnah
Seorang bayi srikandi Islam
Menjadi malaikat di malam pekat
Singa mengaum di terang siang
Tidak sesat lagi mencari jalan
Walau buta mata
Usah hati turut dibutakan
Celik selalu biar nampak, mudah
Dipilih satu dari tujuh puluh tiga
Utuh aqidah pewaris Sunnah
Seorang bayi srikandi Islam
Menjadi malaikat di malam pekat
Singa mengaum di terang siang
-----
19:32 pm | 24 Februari 2019
Rumah Konoha
Casablanca, Morocco
-----
P/S: Puisi ini pernah menyertai Puisi Islam ASEAN 2019. Memandangkan puisi ini tidak berkelayakan untuk menang jadi ke sinilah tempatnya bersauh untuk tontonan yang mahu memaknainya. :D
Comments
Post a Comment