Puisi: Lebah dan Semut
Credit Image:Google |
Adakala sarang lebah
Melimpah madunya
Adakala sarang semut
Perit ratunya menggigit
Memori
Sarang bermadu
Kemanisan asyik berawan
Arakan tentera semut
Mencarik pelosok kalbu
Memori
Mabuk manisnya madu
Tak terlawan; kala
Ratus emut dan tenteranya
Melukakan parut basah
Memori
Parut kembali terobek
Darah duka dihisap kering
Madu pula mangsanya
Habis sirna manisnya
Bersisa perit menghitung
----------
3.59 pm | Ahad
3 November 2019
Rumah Konoha
Casablanca, Morocco
Comments
Post a Comment