Puisi - Minda Berbicara


Apa perlu dibuat?
Mindaku rancak berkata-kata
Mulut pula terkunci tiada kata

Aku penat!
Minda yang terus berbicara
Hanya gumpalan sampah
Yang tak mungkin terbuang
Pada mulut yang membisu

Aku penat!
Bicaranya tak mahu berhenti
Mata terpejam masih dia asyik berceloteh
Kegelapan dan sunyi turut tak terdaya
Membisukan minda bagai ribuan mulutnya

Aku penat!





2.00 a.m | Selasa
26 November 2019
Rumah Konoha
Morocco




Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye