Puisi: Jam
Di bangunan toko jam
Pelbagai aneka rangka menarik mata
Ada berkilat disalut emas permata
Bertali kulit haiwan berjenama
Disangkut di dinding atau ikat di tangan
Ada juga yang biasa sahaja
Bagi orang tidak menilai rupa
Yang penting fungsinya terbaik
Skru dan enjin dicipta
Saling membantu untuk bergerak
Tak pernah berhenti bekerja
Jarum panjang bergerak patuh
Satu dua tiga tak berehat
Rembulan diganti mentari
Pantai dihakis laut
Jika jarum jam salah tunjuk
Mujur ada butang undur
Membetulkan angka tak tepat
Kembali lurus berdetik
Pusingan semangat diputar
Ada ketika enjin rosak berkarat
Hantar ke kedai baiki
Esok elok dipakai lagi
Jam lama, perlu berkali dibaiki
Sampai masa, tenat enjin
Tak boleh dibaiki lagi
Lalu tong sampah menjadi persinggahan
Yang bernilai digadai ke kedai pajak
----------
11.20 pm | Rabu
20 Mac 2019
Rumah Konoha
Casabalanca, Morocco
Terima kasih | Jangan lupa komen :D
Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!
Salam Sayang | AinuoMZ
Pelbagai aneka rangka menarik mata
Ada berkilat disalut emas permata
Bertali kulit haiwan berjenama
Disangkut di dinding atau ikat di tangan
Ada juga yang biasa sahaja
Bagi orang tidak menilai rupa
Yang penting fungsinya terbaik
Skru dan enjin dicipta
Saling membantu untuk bergerak
Tak pernah berhenti bekerja
Jarum panjang bergerak patuh
Satu dua tiga tak berehat
Rembulan diganti mentari
Pantai dihakis laut
Jika jarum jam salah tunjuk
Mujur ada butang undur
Membetulkan angka tak tepat
Kembali lurus berdetik
Pusingan semangat diputar
Ada ketika enjin rosak berkarat
Hantar ke kedai baiki
Esok elok dipakai lagi
Jam lama, perlu berkali dibaiki
Sampai masa, tenat enjin
Tak boleh dibaiki lagi
Lalu tong sampah menjadi persinggahan
Yang bernilai digadai ke kedai pajak
----------
11.20 pm | Rabu
20 Mac 2019
Rumah Konoha
Casabalanca, Morocco
Comments
Post a Comment