Puisi - Ramuan Cinta

Credit:Google
Satu hari
Aku diminta untuk meninta tentang cinta
Lalu aku tertanya
Apa itu cinta?
.
Bagaimana rupa bentuknya?
Apa warnanya?
Apa baunya?
Apa ciri-cirinya?
Aku mahu kenal dia, bagaimana caranya?
.
Baik sekali siapa yang jawabkan
.
Cinta itu angin
Tak boleh disentuh tapi kau merasa
Cinta itu warna2 suam
Boleh pasrah boleh juga gila
Cinta itu manis baunya
Menyenangkan setiap kali menyapa
Peribadi manusia
Itu adalah cinta
Untuk mengenali cinta
Kenalilah diri sendiri
Kelak kau merasai cinta
.
Jadi untuk apa adanya cinta?
Cinta, bukti kita itu manusia
.
Lalu mengapa cinta sering dikaitkan dengan lelaki dan wanita?
Normal bukan, lelaki diciptakan untuk wanita, begitu juga sebaliknya
.
Itu bukan jawab yang aku mahukan
.
Berkelahanalah
Belajar dengan memerhati
Apa yang berlaku di sekelilingmu
Jika kau lihat dengan mata hati
Cinta itu datang dengan sendiri
.
Lihatlah pada sebuah lukisan
punya sebiji kek indah
Kuih manis menambah seri kala menyentuh lidah
Ada susunan buah oren dan strawberi
Supaya manis tidak mendominasi
Masam itu lebih baik
Untuk diri belajar untuk silap
.
Ada istana mewah
Angan-angan untuk diberikan kepada si dia
Kecil lukisnya kerana terlalu jauh untuk digapai
Tapi kado kecil terkadang lebih berpada
Ditambah kejutan sederhana cuma
Supaya dia tahu sentiasa
Kau selalu ada untuk dia
.
Juga padanya ada jam
Tanda terbatasnya waktu
Mengajar diri untuk lebih menghargai
Orang yang paling disayangi
Bila tamatnya masa
Tiada lagi yang disesali
.
Semua itu hanya pada satu genggaman
Sebuah jambakan bunga-bunga hidupan
Pada garis waktu yang entah bila
Segala yang berlaku disulami cinta
Disusun bermacam rencana terbaik
Kerana cinta itu mendidik
Mahukan yang terindah buat yang dicinta

---------------------------------------------------------------------
Sekian

Pagi Sabtu
23 Mac 2019
Rumah Konoha
Casablanca
Morocco


Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye