Review Buku - Saya Ialah Satria Dalam Cerita yang Saya Karang 1.0


Assalamualaikum semua! 
Hari ni aku nak kongsi pasal buku 'Saya Adalah Satria dalam Cerita yang Saya Karang - Khairil Idham Ismail. Ringkas jha.

Hari tu aku skrol Facebook, terlintas satu feed ni kasi review pasal buku ni. Sebab aku dah baca jadi nak tahu juga apa pendapat penulis lain pasal buku ni. Serius. Aku rasa fikiran dia ngan aku sama. Aku paling suka ayat dia yang ni:


'Ringkasnya buku ini adalah satu karya yang segar, menghibur dan pada masa yang sama, mendidik - dalam sejuta kata yang tidak mungkin difahami melainkan dengan membaca buku ini sendiri.' - Hundred Pages


Betul sangat. Setuju!


Baca buku ni dah macam nak selesaikan kajian


kes waktu belajar sains dulu. Tak mungkin dapat memahamkan orang melalui cerita mulut, buku ini meninta tentang apa. Aku hanya akan menghulurkan naskah buku untuk kau baca, supaya kau lebih menghayati telusan makna pada susunan kata yang ditinta sang penulis. Imaginasi tuan penulis buatkan aku berkerut dahi tak berhenti nak menghubungkan sel-sel otak aku memahami intisari sebenar yang mahu diceritakan. Ada jugak tak faham, terpaksa ulang baca ceritanya. Bukan sekali, berkali2. Sampai kena berhenti kejap sebab tepu, rasa macam baca buku teks sejarah zaman sekolah dulu.

Setiap bab mendatangkan cerita yang berbeza dan

makna ceritanya juga terlalu luas. Tapi sedap nak baca, mencabar minda dan emosi. Macam selesaikan kuiz pun ada. Mungkin sebab aku tak terlalu terdedah dengan penulisan macam ni. Jadi, proses nak faham lambat. Yang pasti, buku ini tidak ditulis sia2. Kritikan sosial yang ditekankan memang terasa ke jantung. Pedas kalau dah faham. Walaupun gaya penulisan dia, santai saja. Kelakar pun ada. Hakikatnya, mengutuk aku 😅 Eh, mendidik sebenarnya. Cumanya, siapa makan cili terasalah pedasnya kan?

Tapi sungguh, nikmat membaca tulisan sastera macam ni. Rasa kenyang. Imaginasinya sangat kreatif tapi tidak kosong. Lagi seronok bila ada ilustrasi grafik. Seronok belek lukisan dia. Unik! Ingatkan komik pendek ke apa. Rupanya salah satu bab dalam buku ni diterjemahkan ke bentuk lukisan supaya pembaca lebih faham. Menarik!


Semoga suatu hari nanti, aku dapat menjadi penulis yang mengesankan pembaca. Bukan hanya sekadar meninta buku tebal tapi tiada apa2. InsyaAllah. 😊


Bertambah penulis kegemaran I. Tengoklah, kalau rajin nanti aku buat review yang lebih terperinci pasal buku ni. Walaupun tak tahu macam mana nak fahamkan orang apa yang ditulis. Haha.


#instabook #bookstagram #bibliophile #ulatbuku #pencintabuku #pembacabuku  #kakibuku #bookobsessed #klworldbook #malaysiamembaca #khirilidham #katapilarbooks


Sekian

Pagi Rabu | 
26 Jun 2019
Rumah Konoha
Casablanca Morocco
Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Puisi: Lebah dan Semut

Ye Fei Ye