Puisi - Batu Sejuk

Credit Image: Google
Batu sejuk
Gigil tangan menyentuh
Hati-hati diambil
Jatuh berkecai – tak tersambung
Diambil yang lain
Berselerak batu dilap kain
Kering, tak bertemu lagi

Batu sejuk
Berkilat dan berasap
Campur air tambah gula
Dititis pencelup merah
Menyirna panas membakar
Tenang kepuasan

Batu sejuk
Berpeluk diambil
Mencari disuntik
Hangat mentari senyum
Panas lelangit atas
Melalui anak tekak
Bersatu sebati daging kecil

-----------------------------

Sekian

Petang Ahad
17 Mac 2019
Bas Rabat – Casa
Morocco



Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Puisi: Lebah dan Semut

Ye Fei Ye