Istiqomahlah Enull 😄

Masih tertanya, betul2 ke Ainul ni?

Setelah sekian lama, rindu nak mencari dan membelek. Akhirnya aku di sini. Rasa lain sikit sebab port aku dah berubah duduk tang sini. Seingat aku port yang aku suka berdiri lama2, belek tajuk, penulis, fihris satu buku ke buku berjam2 tu (sangat😒) kat almari depan lagi. Tapi dah ubah ke sinilah.

Ye ke? Ke aku yang lupa ingatan. 🤔 Ah, apa2 jelah.

Tapi lepas ni kalau datang sini, aku dah tak berdiri kat sini dah. Bahagian Ulum Quran: Qiraat. Sebab dah niat nak tukar tajuk. Sebelum ni bahas pasal Qiraat tapi entah kenapa hati ni kuat sangat nak tajuk baru ni. 😑 Harap sangat, Ainou tak hangat2 tahi ayam. Kalau tak, tolong sapa2 basuh budak ni cukup2. Minta tolong la ye bagi dia sedar sikit.

Tapi, tetap rasa sayu. Sebab sebelum ni berkobar2 nak buat tajuk ni. Sebab dapat inspirasi daripada umi. Sebab selalu tengok umi ngajar pasal Qiraat, rasa teringin nak buat bahas pasal Qiraat. Qiraat ni unik tahu. Lagi aku baca lagi aku nak tahu. Kaedah yang rumit, perubahan sebutan dan huruf digabung dan dihilangkan. Rumit bukan. Tapi tetap ianya bacaan mutawatir dari Nabi SAW. Tujuh wajah, tujuh huruf. Indah kalau lebih mahu mengkaji.

Tapi ujian. Jiwa sakit mematikan keinginan itu. Aku rindu tapi tidak mahu. Aneh Ainul ni. Taraddud sentiasa. Kata abah, ambik yang mudah2 sudah. Jadi, aku berfikir. Apa yang perlu dipilih? Sudahnya masalah المرءة yang aku juga sering keliru, aku pilih untuk mencarinya sendiri. Aku tahu sudah ada penjelasan fiqh, sudah pastinya terlalu banyak perbahasan ulama' tentangnya. Tetapi kurangnya aku membaca dan mengkaji, jadi aku tidak tahu. Lalu sering persoalkan. Betulkah begini? Mengapa pendapatnya begitu, aku begini? Berapa banyak perbezaan pendapat dalam tajuk ini? Aku mahu tahu. Moga manfaatnya bukan untuk aku saja. InsyaAllah.

Jadi, doakan. Aku istiqamah dengan pilihan ini. Mudah urusan aku nak mencari musyrif yang aku pun tak tahu siapa yang masih berbaki (idarah suruh settle ngan rais maslak, tapi rais maslaknya ngak ketemu. Kena datang hari ustaz ada kelas je. Dan kelas itu hari Isnin je)

Doakan aku saja. Ainul, istiqamahlah. Jangan taraddud. Jumpa aku, pesan itu pada aku ye 😊

----------------------

Sekian.

Rumah Konoha
Ain Chok
Casablanca Morocco
Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye