Drama, Filem dan Novel Romantika Melayu
Gambar sekadar hiasan |
Untuk penggiat seni industri hiburan, pengarah atau penulis skrip filem dan drama MELAYU. Juga kepada penulis2 novel MELAYU cinta romantik yang meleleh2 tu.
Aku tahu korang hebat dalam merangka cerita, mencoret kisah. Tapi tolong! Tolong! Dan tolong! Tak perlu kot kena ada scene rogol bagai tu. Aku boleh toleransi lagilah peluk2 ni walaupun aku tak redha. Satgi ada yang cakap cerita kayu pulak kang. Kalau ada jugak nak bagitahu situasi drama/filem tu kena rogol, perlu ke kau tunjuk scene atas katil tu 2 minit, 3 minit. Kalau ingat kejap ke. Berbulu mata tahu. Aku sampai tak jadi nak tengok. Adik tanya pula dia buat apa tu. Aku nak jawab apa. Aku yang malu
Apa tujuan ada scene tu pun aku tak tau. Tak perlu. Dan jujur pada pandangan peribadi aku, tak cacat cerita korang kalau korang tak masukkan jalan cerita perempuan tu kena rogol sampai berminit2. Eeeee.. geram! Tak rugi pun kalau tak dak. Menjatuhkan maruah! Moral tiada yang boleh diambil pengajaran! Bangsa Melayu yang terkenal dengan rasa malu, sopan santun, dan beradab tinggi, ni tak masuk soal bahasa dan kata2 carutan yang rasa seperti tiada masalah untuk dijadikan dialog cerita
Novel juga tak kurang. Kau tahu, membaca itu sama ertinya kau berimaginasi dengan jalan cerita naskah yang dibaca. Aku tahu kau nak buat jalan cerita yang manis2 yang indah2 yang bersemut hitam merah koko belaka. Tapi perlu ke imaginasi aku tercemar dengan.. dengan.. erghh.. tolonglah. Tak cacat karya kalian kalau tak ada benda tu. Bahasa tulisanmu indah, jalan ceritanya menarik tapi kau silap, saat nukilan kau mencoret cerita yang begitu walau hanya dua muka, mengotorkan fikiran aku walaupun aku sudah dewasa. Hingga terkadang itu aku segan kalau ada yang mahu pinjam novel, aku risau tanggapan yang meminjam. Eh, ainou baca cerita macam ni. Dewasa bukan tiket kebebasan untuk kau bebas meninta sesuka rasamu! Dahulukan rasa malumu! Jangan terlalu berani dan rasa semuanya tidak apa2. Kau lebih hebat meninta cerita 'tanpanya'. Tanpanya cerita kau tetap uhmm!Jangan cakap dekat aku. Alah janganlah tengok drama melayu, filem melayu. Tv pun tak payah tengok kalau semua tak boleh. Kalau tak suka novel romantik macam tu, tak payah baca, tak layahlah beli
Eee.. aku cubit jugak. Aku suka membaca tanpa terlalu memilih genre mahupun penulis. Salah akukah kalau aku beli tanpa aku tahu isinya dan setelah habis dibaca baru aku tahu apa yang ditinta. Salah aku kah kalau aku mahu menyokong karya bangsa aku sendiri. Salah akukah aku mahu mendukung hasil karya seni hiburan bangsa aku sendiri. Kenapa aku dihalang untuk melihat. Aku mengkritik kerana aku rasa yang aku lihat itu tidak wajar. Tidak memberi manfaat langsung. Malah mendatangkan moral yang tidak baik. Hatta membazir tenaga, membazir masa, membazir wang yang melabur untuk merekod scene itu dan membazir dari segala macam aspek.
Aku sangat tegas mahu katakan, kalian tak rugi, tak membawa kecacatan langsung, malah karya kalian tetap hebat tanpa scene2 yang begitu. Tolonglah! Perbaikinya agar lebih indah untuk dilihat
Dahulukan malumu! Dahulukan fikir warasmu apakah apa yang kalian persembahkan itu mampu mendidik masyarakat lebih baik. Jika yang ditayang itu sudah dibuang rasa malu, tahu tak kami yang melihat dan membaca ini rasa, oh kalau mereka buat boleh mengapa tak kita. Lagi2 remaja yang lihat indah2 saja pada adegan romantik terlebih gula. Sweet semua lalu diamalkan dalam kehidupan bersama pasangan. Oh! Sangatlah menjadi contoh teladan yang baik
Aduhai bangsaku yang makin terhakis rasa malumu. Aduhai generasiku yang makin rasa semuanya okay saja hanya kerana open mind. Identiti bangsaku yang dulu tinggi dengan adab dan sopan santun. Semakin terhakis pada akhlak, laku malah bahasamu jua
Aduhai kasihan
Aduhai sedihnya
Aduhaiii
----------------------
Sekian.
Rumah Konoha,
Ain Chok,
Casablanca,
Morocco
Comments
Post a Comment