Posts

Showing posts from July, 2019

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Image
Assalamualaikum manis ^^. Ingatkan minggu ni, aku tak berkesempatan nak selak2 buku sebab minggu ni minggu sukan SEAS di Morocco. Tapi aku bawa jha ‘ spare’  kot aku dah kebosanan tahap tak tahu nak buat apa. Maklumlah aku ni bukanlah orang sukan dan bukan juga penggemar sukan. Lagipun belakangan ni aku takut sikit nak berdebar2 atau beremosi lebih2 ni. Takut  triggered . Maksud aku, aku bertukar jadi hulk bagai kena rasuk dengan hantu jin mana, terjerit-jerit2, melolong-lolong bila kena provok dengan negara lain. Ah, sukan memang selalu buat aku gila. Yang penting Malaysia menang. Tapi tahun ni tak dak pula  mood  nak meroyan lagi2 tengah  sakit pue , aku jadi tugu jha belakang dewan tu. Menang baru aku tepuk tangan. Dek kebosanan, tak sangka den mampu habiskan novel yang aku ingat tak akan bersentuh sepanjang program ni.  Well done Enull! Yeay! Apapun tahniah kepada  team  Malaysia dan ultras yang melolong sampai hilang anak tekak. Untuk empat hari berlangsung kita sudah berj

Review Antologi - Tales From The Arabian Sahara

Image
Assalamualaikum yang manis menawan,  Seperti biasa, kalau sudah ada buku aku khatamkan pastilah ke sini jua aku berkunjung untuk berkongsi pandanganku terhadap naskah yang ditinta. Disebabkan bukunya nipis sangat, jadi   cepatlah aku naikkan ulasan tentang buku ni. Nama diberi Tales From the Arabian Sahara ditulis oleh Afif Khudairi yang juga merupakan penulis cerita Eighth Voyage of Sinbad. Aku tak pernah baca novelnya, tapi aku pernah tengok ceritanya. Siri animasi. Itupun tak habis pun. Tapi agak menarik ceritanya.  Buku ini adalah buku terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Indonesia. Merupakan sebuah buku himpunan 17 cerita pendek yang berlatarbelakang hidup masyarakat orang Arab. Menurut penulis, kisah2 didalam buku ini merupakan himpunan cerita2 rakyat yang sering diceritakan dalam masyarakat orang Arab. Selain sengaja menghimpun cerita-cerita pendek ini, tujuan penulis juga mahu memperbaiki persepsi buruk terhadap gaya hidup masyarakat Arab dulu2 tidaklah semuan

Review Novel - The Architecture of Love

Image
Assalamualaikum rupawan cantik kacak!  Bismillah, seperti yang dijanjikan di pos yang lalu. Aku nak buat ulasan pasal sebuat novel yang baru saja aku habis baca beberapa jam yang lalu dalam masa satu hari. Dari siang sampai malam aku menghadap novel yang tak terlalu tebal. Hanya 300 halaman sahaja. Walaupun jenuh berperang dengan suara nista yang menghasut aku supaya berhenti apa yang aku buat, apapun kalau sudah memaksa akhirnya berjaya juga. Itu bukti aku mampu lawan suara tu kan? Kan? Tahniah Amz. Buku yang berjudul The Architecture of Love (aku akronimkan TAoL ye sebab panjang tajuk dia) karya ke enam Ika Natassa. Penulis Indonesia yang terkenal di negara seberang. Beruntungnya aku ada ahli rumah seorang dari Indonesia; Khilda namanya tapi aku selalu panggil Kak Hilda, novel2 dia memang dah banyak kali menggamit kerlingan mata aku untuk membaca. Tapi jiwa sakit ni selalu mematikan niat aku nak membaca semua. Sia-sia katanya. Tak guna kan! Berbalik pada novel TAoL,

Bubble Poison Escapism 2.0

Image
1)       Enull d engan medsos Kenapalah boleh timbul isu ni. Ada kaitan juga dengan jalan hidup aku. Yeah, semuanya sebab turning point yang ubah aku jadi orang asing. Even aku sendiri tak kenal sapa diri aku. Lepas aku stress yang terlampau stress . Aku tak berani cakap depress sebab kena ada dignosis doktor baru boleh ngaku depress . Jadi, mungkin aku hanya stress yang teruk saja kot. Mungkin. Ingat aku cerita yang aku shut down daripada semua orang. Salah satunya aku deactive semua medsos aku. Akaun sosial yang aku ada semua aku deactive . Mula hujung bulan April. Facebook, Twitter dan Instagram. Kalau ikutkan dengan Whatsapp sekali aku nak uninstall . Tapi akak senior aku cakap jangan. Sekurang-kurangnya kalau ada kecemasan orang senang nak cari. Okay, aku dengar nasihat. Lagipun sayang jugak nombor tu. Kalau aku nak deactive lepas tu nak aktif kan balik. Nombor kod tak sampai sini sebab sim kad tak leh buat roaming luar negara. Jadi aku disable saja apps