Review Enovel - A Billion Stars Can’t Amount to You
Assalamualaikum, entri kali ni ulasan pasal novel YFY yang ke2.
Book: A Billion Stars Can’t Amount to You
Author: Ye Fei Ye
Country: China
Chapters: 1075
Ranking: 4.5🌟
Hero: Ji Yi
Heroin: He Jichen
Bila aku baca novel ni sebenarnya banyak persamaan dengan novel pertama YFY. Disebabkan aku dah tahu gaya penulisan YFY dan dah baca banyak reviews pasal novel ni jugak, jadi memang aku dah prepare sepsiap lah takmo terasa sangat penderaan di hati gue. Tapi bab pertama jha dah ada konflik. Adehh.
Ringkasan cerita sikit:
Diusia muda, perawakan dan kecerdikan HJ sangat menonjol buatkan dia sangat disenangi dan disayangi orang ramai. Sehingga abang kembarnya yang lumpuh, bisu dan sakit semakin dipinggirkan oleh ibu dan ayahnya. Kerana itu HJ memberontak dan menjadi pelajar nakal di sekolah. Membuli pelajar, bergaduh, ponteng sekolah dan kelas semakin menjadi2. Bertahun2 HJ memberontak berharap orang tuanya lebih berikan perhatian kepada abangnya. Sehinggalah HJ terserempak dengan seorang perempuan yang menarik perhatian HJ hanya daripada suaranya. Belum sempat mereka berkenalan, perempuan itu sudah hilang menyebabkan HJ mengeluarkan suara vetonya sebagai ketua budak nakal menyuruh anak buahnya mencari perempuan itu. Gadis yang diberi nama sebagai Cola Girl itu menjadi fenomena dan bual mulut di sekolahnya. Hingga pada suatu hari HJ terserempak dengan gadis itu di rumahnya sendiri sedang berbual dengan abangnya. Rupanya Cola Girl atau JY adalah jirannya dan sudah lama berkawan rapat dengan abangnya.
Sejak itulah, HJ yang sering pulang lewat semakin awal pamitnya. Anak buahnya diberi kuasa veto untuk melindungi JY ke mana jua dia pergi. Sekecil2 keluhan JY pada abangnya sentiasa dia yang tunaikan walaupun tanpa pengetahuna JY. Lama kelamaan mereka menjadi kawan rapat di sekolah. Rahsia hati JY ingin diluahkan ketika mereka berjaya masuk ke kolej. Namun, ketika pesta meraikan kejayaan itu HJ meniduri JY yang mabuk kerana menyangka JY turut menyukainya. Tapi ketika itu jugalah HJ kecewa kerana rahsia hati JY yang menyukai abangnya terbongkar. HJ yang patah hati, kecewa, rasa terkhianati segala kebaikan yang dikorbankan buat JY serta rasa serba salah terhadap abangnya buatkan dia sanggup menghina dan menyakiti JY yang dijaga selama ini serta mengusir JY supaya tidak muncul lagi di depannya. JY pula yang menyangka dia meniduri abang HJ kerana wajah mereka yang sangat mirip terkedu malah rasa marah dan malu dihina HJ serta rasa terkilan kerana mengkhianati cintanya langsung menghilang dari hidup HJ. JY yang selama ini tinggal dengan neneknya terbang ke ibu kota tinggal bersama keluarganya. HJ dan JY sangat rapat sebagai kawan baik selama ini terputus hubungan bertahun2.
Namun, tanpa pengetahuan JY, HJ menjadi bayang2 dalam hidup JY. Mengingkari arahan keluarga untuk meneruskan legasi keluarganya, HJ terbang ke ibu kota supaya lebih dekat dengan JY sehelai sepinggang. Tanpa apa2 HJ bersusah payah menubuhkan syarikat perfileman dengan sebab menunaikan impian JY yang mahu menjadi pelakon terkenal kelas atasan. 4 tahun kemudian HJ yang tinggal dalam bayang2 memunculkan dirinya semula dalam hidup JY. Demi menjadikan dirinya sebahagaian hidup JY, HJ sanggup mencipta perkahwinan palsu antara JY dan abangnya yang dicintai gadis itu. HJ menyamar sebagai abangnya yang sudah lama meninggal yang tidak diketahui siapa2 selain keluarganya demi menjadi sandaran JY dalam gadis itu kesusahan. Pertemuan semula JY dengan HJ dan abang HJ buatkan JY keliru dengan rasa hati sendiri. JY rasa dia mengkhianati abang HJ kerana rasa hatinya pada HJ. Dia rasa dia menyukai kedua2 kembar itu.
Okay, sebenarnya cerita ni sangat2lah romantik sebab ML sayang gila dekat FL. Tapi yang buatkan aku frust sebab ML ni terlalu over protective sangat dekat FL sampai diri dia sendiri yang terseksa. Spesis perahsia yang gila2. Suka buat benda yang buatkan FL lagi bencikan dia. Ahhh, aku macam kenapa?! Kenapa?! Kenapa?! Pastu disebabkan FL tu memamg benci dekat dia, dia guna watak abang dia supaya dapat dekat dengan FL. Pastu sanggup tinggalkan FL sebab tak mau status FL yang terkenal terpalit dengam rekod hitam ML yang ada kaitan dengan jenayah. Sedangkan semua tu ada sebab. ML cuba nak lindungi orang yang dia sayang yang disabotaj oleh kawan baik sendiri sampai koma. Impian ML cuma mahu mengembalikan segala kepunyaan FL yang dirampas kawan baiknya kembali pada gadis itu dan menjadikan FL terkenal di mata dunia.
Aku paling kesian dekat FL lah. FL ni tak adalah terlalu perahsia sangat. Dia punya watak, reaksi dan laku dia terhadap ML pun berdasarkan apa yang ML nak FL nampak pada lelaki tu. Bukan salah FL suka pada orang yang salah sebab dia tak pernah tahu segala kebaikan yang diterima disangka darpada abang ML rupanya merupakan daripada ML. Pastu ML nak FL bencikan dan jauhkan ML, FL ikut apa yang ML nak. Bila FL kahwin dengan abang ML, FL jauhi ML sebab tak mahu abang ML salah sangka. Tapi ML yang selama ni selalu kasar dan berbisa bicara dia pada FL, tiba2 semakin budiman masuk dalam hidup FL. Hubungan mereka yang selama ini dingin semakin baik. Mereka yang pernah jadi kawan rapat semakin berbaik sesama mereka. Tapi FL ni semakin keliru, segala kebaikan dan sisi budiman yang tak pernah dikenali FL buatkan FL keliru dengan rasa hati dia. Dia rasa dia suka pada ML, tapi status dia pada abang ML buatkan dia rasa bersalah pada suaminya. FL yakin dia masih sukakan abang ML tapi rasa hati dia pada ML buatkan dia semakin keliru. Dia tak tahu deme tu orang yang sama.
Ending dia sendu sob sob. Walaupun akhirnya ML dan FL bersatu jugak. Tapi cerita kehidupan mereka selepas itu memiluka hati aku. Perjalanan hidup FL yang dijaga ML penuh kasih sayang walaupun FL sakit nazak. Cerita sampai FL pergi tinggalkan ML selama2nya. Cerita macam mana kehidupan ML yang diselubung kerinduan hingga melahirkan sebuah filem yang mengisahkan perjalanan kisah cinta mereka menjadikan satu2nya puteri mereka sebagai watak utama, hari2 terakhir ML hingga hembusan nafasa terakhir ML. Huhuhu.. sedihhh. Sob! Sob!
Satu jha aku suka gila dengan gaya penulisan YFY ni. Setiap jalan cerita dan watak dia memang sangat hidup, kalau sedih tu memang betul2 terasa dekat hati, kalau jalan cerita tu buatkan rasa benci dan marah memang terasa sangat apatah lagi kalau sayang. Dalam cerita ni memang nampak, ML memang sayang sangat kat FL.
Apapun, novel kali ni lebih mendalam menginformasikan kehidupan dunia perfileman. ML tu direktor filem dan FL artis. Ada babak di universiti untuk artis, pelakon, direktor dan semua yang berkaitan dengan dunia tv dan filem. Paling tak sangka rupanya ada jugak perangai ciplak gaya belakon dalam industri ni. Huhuhu.. perangai.
Comments
Post a Comment