Review Enovel - Bringing the Nation's Husband Home


Assalamualaikum, hai! Hai! Hai! Semuaaa.. sihat kee..?

Macam yang aku cakap dekat pos yang lepas, kali ni aku nak bercerita pulak lah sedikit sebanyak pasal novel2 yang aku baca dari app Webnovel. Antaranya novel2 Ye Fei Ye. Aku pernah ceritakan pasal dia di pos yang lepas. Aku akan cerita satu entri satu novel.

Book: Bringing the Nation's Husband Home
Author: Ye Fei Ye
Country: China
Chapters: 973
Ranking: 4🌟

Hero: Lu Jinnian
Heroin: Qiao Anhao

Novel pertama YFY yang aku baca yang memang sangat2 menghancur remukkan hati aku. Bukanlah maksud aku ending dia sedih. Jalan cerita dia tu. Sepanjang baca cerita ni, sumpah seranah tu tak payah cakap. Berkepuk2 dalam hati ni.

Sedikit ringkasan cerita:

LJ suka dekat QA ni dari zaman sekolah dan sama juga QA. Sama2 suka tapi tak berani luahkan. LJ kelas A sengaja gagal exam sebab nak duduk kelas yang sama dengan QA, QA pulak belajar sungguh2 dengan tujuan yang sama. Tapi tak berjodoh. Bertahun2 cuba sampai ke universiti. QA cuba mohon universiti yang sama dengan LJ tapi LJ pula mohon universiti lain sebab QA pernah cakap nak ke universiti tu. Sekali lagi, tak berjodoh. Tapi mereka layan sesama mereka macam kekasih cuma tak meluahkan. Bila dah masuk universiti, jarak semakin jauh tapi cuba juga untuk jumpa.

QA datang daripada keluarga berada, LJ pula anak luar nikah yang kehilangan ibu dan tak diterima oleh ayah kandungnya hidup dengan nenek dia sebatang kara. Demi menaikkan taraf hidup dia LJ bekerja dari zaman sekolah mengumpul duit dan mencipta nama pada mata dunia dengan menjadi pelakon sehingga dia dapat menubuhkan syarikat perfileman sendiri di usia yang sangat muda. Di saat namanya memuncak mendapat anugerah pelakon terbaik dan dikenali di seluruh China, LJ persiapkan hadiah dan kad ucapan untuk meluahkan perasaan dia pada QA pada hari lahir gadis itu.

Tapi di sini bermulanya kemusnahan angan2 LJ saat mendengar khabar daripada ibu tiri yang bencikan dia bahawa QA bakal bertunang dengan abang tiri dia. Jadi, hubungan yang akrab antara LJ dan QA terus jadi orang asing. Bertahun2 tak jumpa, sampailah satu hari ibu tiri dia suruh dia kahwin dengan QA sebab abang tiri LJ kemalangan dan koma. Demi selamatkan huru hara syarikat keluarga kerana satu2nya waris utama syarikat disangka mati, ibu tiri LJ suruh LJ menyamar sebagai abang tiri dia dan kahwin dengan QA. Semenjak itu bermulalah hubungan LJ dan QA yang macam puting beliung. Hate love relationship  yang penuh dengan salah faham dan alasan. Berdalih, ketidakjururan, berahsia dan macam2 lagi mengundang marah dan sakit hati sesama mereka. Adakala menjadi baik tapi sebentar cuma kemudian hanya kerana andaian2 kata hati masing2 tanpa bertanya kebenaran daripada kedua2 pihak salah faham berikutnya bertambah. Sehingga salah seorang pergi meninggalkan hubungan mereka barulah segala rahsia dan salah faham terungkai. Apabila berjumpa kembali percaya itu hampir tiada untuk membina hubungan yang serius.

Aku cerita pasal ML dulu. Sebab watak ML ni lah aku paling sakit hati daripada FL. ML ni boleh cakap tapi macam orang bisu. Perahsia sangat. Aku label si ML ni 'coward' dekat dia. Sebab dia ni pengecut gila nak luahkan perasaan dia dekat FL. Lepas tu dia selalu buat andaian sendiri apa yang ada dalam hati FL seolah2 kalau diaa buka mulut sikit memang dia kena reject terus. Bukan tu jha, kadang2 tu andaian dia tu melampau sangat sampai buatkan dia bertindak di luar kawalan dia yang mana akan menyakitkan hati atau mencederakan FL tu. Paling teruk dia selalu paksa diri dia bergaul dengan FL tanpa kerelaan hati FL, kononnya dia mencipta ilusi fikiran negatif dia tu salah jadi dengan cara merogol FL dia anggap FL tu terima dia. Bodoh kan!

FL ni pun satu jugak. Walaupun FL ni tipikal watak FL yang lengkap pakej. Subjektif tu dah tentulah meletup2. Watak tu, mesti yang lemah dan terima jha apa saja. Dia tak ada 'strong desire' untuk dia realisasikan kemahuan hati dia. Kalau kena tindas dengan ML, dia terima saja kononnya sebab alasan dia suka ML tu. Tapi dah kau banyak kali kena rogol tu adehhh. Penat mak! Ini pun spesis perahsia sebab takut kena reject jugak. Sama jha perangai dua2 ni. Perahsia, pengecut, suka buat andaian negatif, tak pernah nak cuba minta penjelasan apa2 daripada ML,  jenis bisu dan macam2 lah. Ahh, walaupun dah lama habis baca cerita ni masih terasa geram dia tuu.

Muncul watak antagonis lah paling buat aku meroyan. Antagonis yang paling menonjol dalam novel ni mak tiri ML. Ya Allah jahat dia tak tahu nak cakap macam mana. Dia punca wujudnya salah faham antara FL ngan ML. Sampai ke sudah kerja nak buat jahat jhaa.

Tapi apa yang aku suka dalam cerita ni ML ni memang sayang gila dekat FL. Jadi apa2 dekat FL, ML mesti ada dekat situ. Walaupun dia yang akan sakit dan cedera dia akan selamatkan FL. Dalam diam dia cukupkan keperluan dan kemahuan FL. Impian FL dia cuba tunaikan walaupun FL tak tahu. Dia sanggup malukan diri sendiri demi bersihkan nama FL. Tapi sayang, semua tu dia rahsiakan. Apapun lepas rahsia hati diorang sama2 terbongkar sweetness overload dia, potong kaki weh. Tapi puas dia terasa sangat bila semua salah faham yang terkumpul berkepuk2 tu dilepaskan sedebuk terus. Macam mana tak potong kaki.

Baca versi komik pun lebih kurang jha. Cumanya komik banyak potong babak dalam cerita sebenar. Agak tak puas di situ. Abaikan itu, yang penting komik dia cantik dan comei.

Last but not least, novel ni sangat realistik dan logik. Penulis sangat mengkaji untuk menjadikan setiap watak, tempat dan jalan ceritanya sangat hidup. Sangat informatif untuk aku sebab latar watak, latar masyarakat merupakan lingkungan hidup seorang pelakon. ML dan FL pelakon. Jadi aku yang tak tahu sangat pasal dunia hidup pelakon ni sangat didedahlan situasi belakang set. Dark world dalam industri, dengki dan dendam merupakan kebiasaan untuk kekal bertahan dalam industri ni. Jadi, informasi ni sangat membantu aku untuk faham kehidupan seorang pelakon. Tak kurang juga tentang depresi yang semakin tak asing lagi, memberi kesedaran sedikit sebanyak tentang bahaya depresi jika tak dibendung dari awal.





Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye