Review Enovel - Living With a Temperamental Adonis: 99 Proclamations of Love




Assalamualaikum semua, novel ke3 YFY.

Book: Living With a Temperamental Adonis: 99 Proclamations of Love
Author: Ye Fei Ye
Country: China
Chapters: 1083
Ranking: 3.5🌟

Hero: Su Zhinian
Heroin: Song Quanchun

Apa yang aku tahu cerita ni diinspirasikan daripada kdrama My Love from Another Star. Antara kdrama kegemaran aku juga. Hehe.. sebab tu awal2 tahu tu rasa teruja sangat nak baca. Lepas tu sinopsis dia tak kontroversi. Walaupun begitu, sinopsis rupanya misrepresented. Bukan main aku harap bergula cerita dia rupanya nak menunggu scene yang ada dalam sinopsis tu sampai nak dekat ending baru ada.

Ringkasan cerita sikit:

SZ dilahirkan dengan keupayaan yang tidak ada pada manusia normal. Dia boleh baca fikiran orang kalau disentuh anggota tubuh mereka. Dia boleh mengawal minda seseorang dan melupakan memori orang itu. Sayangnya, jika orang yang dikawal itu mendatangkan cedera pada diri mereka turut mencederakan diri SZ dengan luka dan sakit yang sama. SZ hidup bersama ibunya tanpa tahu siapa ayahnya. Kebolehan SZ di waktu kecil buatkan dia dipinggir dan dipanggil gila oleh orang sekeliling. Ibunya sendiri tidak mempercayai SZ hingga SZ dihantar ke sanitarium. Di situlah SZ mendapat trauma alergik pada perempuan kerana hampir dicabul. SZ yang dikelilingi dengan orang yang tidak percayakan dirinya rasa teruja ketika dirinya terserempak dengan seorang budak perempuan yang hampir menjadi mangsa sindiket penculikan. Kerana tahu akan niat hati penculik itu, SZ beritahu kepada budak itu bahawa lelaki itu bertujuan jahat walaupun dia tidak ada bukti. Namun ternyata, tanpa ragu2 budak perempuan itu percaya kata SZ. SZ yang selama ini dituduh gila dan penipu terharu dan teruja dengan kepolosan budak itu mempercayainya tanpa was2. Tingting namanya.

Ternyata hari itu adalah pertama kali dan terakhir SZ tersempak dengan Tingting. 10 tahun mencari tidak ditemui. Sehinggalah SZ di sekolah menengah ketika dia berpindah ke sekolah lain. SZ bertemu dengan seorang gadis yang sangat mirip dengan budak perempuan 10 tahun lalu. Rupanya nama gadis itu bukan Tingting tapi SQ namun SZ yakin SQ adalah Tingting. Walaupun kecewa kerana SQ sudah ada lelaki yang disukai tapi SZ tetap tidak berputus asa mencipta angan mahu menjadikan SQ sebagai isterinya. Kerana itulah SZ bersetuju ketika ibunya yang sakit meminta kawan lamanya menjaga SZ kerana kawan ibunya itu merupakan ayah SQ.

Setelah sekian lama tinggal di rumah SQ, hubungan SQ dan SZ menjadi pasang surut. Kadang baik kadang gaduh. SZ lah suka mula dulu. Tapi itu pun sebab dia cemburu dengan SQ yang suka dekat orang lain. Tapi cemburu dia ni sampai bawa padah. Disebab kan marah, kecewa dan cemburu dengan SQ yang mungkir janji untuk keluar makan sebab utamakan lelaki yang SQ suka, SZ mabuk hingga meniduri SQ. Kerana rasa serba salah, SZ cuba untuk melamar SQ walaupun SZ tahu SQ bencikan dia. Tapi satu rahsia terbongkar buatkan segala angan dan harapan SZ musnah. Konklusinya SZ tak akan pernah boleh bersama dengan SQ. Jadi, dengan cara membuatkan SQ benci padanya merupakan satu2nya solusi untuk memutuskan segala hubungan yang pernah mereka ada. SZ pergi meninggalkan SQ.

Untuk novel yang kali ni, aku punga jiwa tak penat sangat. Sebabnya ML boleh baca segala isi hati FL jadi tak ada misunderstanding daripada kedua2 pihak. Kalau ada FL jha lah, tak faham dengan tindak2 ML. Walaupun ML tahu FL selalu salah faham dengan dia tapi dia tak ada rasa untuk menjernihkan salah faham tu sebab motif ML, dia memang nak FL tu benci jha dekat dia. Dan aku agak suka dengan personaliti FL, disebab dia kecundang dengan cinta pertama dia hanya sebab dia terlalu berahsia rasa hati sendiri, jadi bila dia tahu dia suka dekat ML dia teris rangka strategi untuk luahkan perasaan dekat ML. Maknanya dia tak takut kena tolak. Bukan sekalilah dia luahkan perasaan dia dekat ML. Semua kena reject dengan cara paling sakit hatinya lah. FL ni sampai keliru, kalau betul ML tu tak sukakan FL tapi kenapa ML selalu ada bila FL dalam kesusahan. Sampai sanggup gadaikan nyawa sendiri semata2 nak selamatkan FL. Berapa kali masuk hospital dah laki tu. Sebab tu FL terus try and error untuk dapatkan ML. Tapi lepas rahsia yang ML tahu tu salah info terus happy ending lah. Cuma nak tunggu ke klimaks terbongkarnya cerita disebalik rahsia tu. Jenuh wehh.

Apapun, aku agak enjoy dengan novel ni. Antagonis dalam novel lagi ekstrim lah. Sebab banyak kali ada scene bunuh2 ni. Tapi sampai ending baru tahu sapa dalang dia. Aku tak terlalu trigger sangat setiap kali ada situasi begitu sebab tak tahu sapa dalang dia dan tak ada provokasi yang lebih2 pun. Tengah santai2 tiba2 jha ada orang nak bunuh dia. Just enjoy the flow. Cuma, bila kerap sangat tu buatkan aku tertanya2lah sapa dalangnya. Banyak nama aku list tapi mujur betul. Haha.. terasa macam detektif kejap.

Happy Ending. Cuma, cerita lepas happy ending tu jha buatkan aku agak bosan sebab meleret2 sangat. Tapi jujur juga lah gaya penulisan cerita ni dari awal sampai habis agak melewah. Terlalu banyak berulang2 flashback yang sama. Buatkan aku nak skip. Haha.. Sedih dan sakit hati tu ada, tapi tak makan dalam sangat. Nak nangis pun setitik dua air mata jha. Haha.. Apa yang aku suka sebab ada babak2 yang buatkan aku terimbau kenangan, cehhh.. teringat babak dalam cerita My Love from Another Star tu. Agak nostalgik lah kat situ.






Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Puisi: Lebah dan Semut

Ye Fei Ye