Posts

Showing posts from April, 2019

Puisi - Batu Sejuk

Image
Credit Image: Google Batu sejuk Gigil tangan menyentuh Hati-hati diambil Jatuh berkecai – tak tersambung Diambil yang lain Berselerak batu dilap kain Kering, tak bertemu lagi Batu sejuk Berkilat dan berasap Campur air tambah gula Dititis pencelup merah Menyirna panas membakar Tenang kepuasan Batu sejuk Berpeluk diambil Mencari disuntik Hangat mentari senyum Panas lelangit atas Melalui anak tekak Bersatu sebati daging kecil ----------------------------- Sekian Petang Ahad 17 Mac 2019 Bas Rabat – Casa Morocco

Review Buku - Impian Jalanan

Image
Assalamualaikum wbt, Bismillahirrahmanirrahim, kala langit sedang rancak mencurahkan isinya yang melimpah, jemariku pun menoktahkan helaian terakhir #ImpianJalanan hasil ke-3 Teme Abdullah. Entah bagaimana aku mahu simpulkan, perasaanku berkecamuk. Hati aku hampir terasa mahu pecah dek sakit yang menyapa kala lembaran bab-bab di tengah naskah semakin jauh aku selak. Tertawa aku sendiri kerana tak terduga rasa suka kepada si peninta memberi kesan hingga sebegitu rupa terhadap diriku. Meletakkan angan-angan kosong yang aku tahu tak akan pernah tercapai. Sungguh lucu saat terkenangkan, aku hampir menoktahkan bacaan sebelum ke lembaran belakang kerana tak sanggup meneruskan bacaan. Iyalah, risau aku terduduk menangis kecewa tanpa punca. Tak pasal dipandang aneh ahli serumah. Permainan perasaan. Seperti selalu, hari aku menghabiskan cucian longgokan pakaianku merupakan hari aku menghabiskan buku lama ataupun memulakan bacaan buku baru. Malam semalam mula membasuh menggunakan m

Puisi - Memori Itu

Image
Assalamualaikum.. Just nak post puisi lama.. Tak ada lama mana.. Usia tak sampai sebulan pun.. Asalnya tak punya nama.. Tapi aku letak jha lah Memori Itu (Sebab kaitan dengan memori kot?) #PracticeCiptaPuisi #MisiMerepekAinul AMARAN! Tak best pun jangan baca! Mueehehe.. ----------------------------------------------------------------- Sorry kecik, hasil 2x screenshot Dari whatsapp ke twitter ke lappy He he he (hambar) Dikepala sebutir Ainul Tidak terhitung ingin dikisahkan Kepengen hati sudinya telinga untuk disua Bibir teruja berkata, pasti Momen terukirnya saraf senyum Hingga murung sebaknya sukma Hanya satu hari tempohnya Mampu mengadukkan warna2 rasa Ah, misteri emosi! Ajaib! Ajaib lagi pencipta sempurn pada sang alpa manusia Eh, kuasaNya usah disoal Insan saja menjulang angkuh Oh, Ku lupa! Insani itu lupa Hanya terketuk kalbu yang memujuk Tidak semua pat