Puisi - Memori Itu

Assalamualaikum..
Just nak post puisi lama..
Tak ada lama mana..
Usia tak sampai sebulan pun..
Asalnya tak punya nama..
Tapi aku letak jha lah
Memori Itu (Sebab kaitan dengan memori kot?)
#PracticeCiptaPuisi
#MisiMerepekAinul
AMARAN! Tak best pun jangan baca!
Mueehehe..

-----------------------------------------------------------------
Sorry kecik, hasil 2x screenshot
Dari whatsapp ke twitter ke lappy
He he he (hambar)
Dikepala sebutir Ainul
Tidak terhitung ingin dikisahkan
Kepengen hati sudinya telinga untuk disua
Bibir teruja berkata, pasti

Momen terukirnya saraf senyum
Hingga murung sebaknya sukma
Hanya satu hari tempohnya
Mampu mengadukkan warna2 rasa

Ah, misteri emosi! Ajaib!
Ajaib lagi pencipta sempurn pada sang alpa manusia
Eh, kuasaNya usah disoal
Insan saja menjulang angkuh
Oh, Ku lupa!
Insani itu lupa

Hanya terketuk kalbu yang memujuk
Tidak semua patut diwayang
Indahnya rahsia
Ia tetap khazanah
Kerna mahal tidak cukup taruhan dunia
Berharga nilai
Dikejar manusia untuk dibongkar

Sayangnya tidak disimpan
Koyak bibir tidak berjahit
Melaung kata ini khazanah mahal!
Membisik telinga ini rahsia
Jangan buka!

Alahai!
Rahsianya tinggal jadi lelongan
Busuk aib diambil bau
Cantiknya dijamu mata
Sudahnya buruk juga dinilai dua2
Lelongan kan namanya

Kerna itu
Ku pujuk batin
Shhh.. Memorimu
Berahsialah!

Rahsia itu indah
Aibmu terkurung untuk mengajarmu
Sedihmu pelindung untuk kuatmu
Ceriamu pemujuk ini dunia!
Jangan tertipu

Kelamkan risau biar karam
Sendirian tidak mungkin terjadi
Tuhanmu ada
Gemersik membisik
Memori itu
Cukup Aku dan kamu

-



Sekian.

6 Julai 2017
Rumah Konoha,
Casablanca, Morocco

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye