AinuoMZ's Collections
Nampak betapa aku ni lebih layan buku fiksyen daripada bukan fiksyen 😜 Abaikan buku2 tepi yang tak termasuk tu. Buku zaman menuntut berkitab2 ha, tak muat dalam gambar.
Well, ni koleksi peribadi. Duit sendiri (sangat 😒) haha.. Kalau campur koleksi adik aku yang ramai tu, mak aku, ayah aku, dah boleh buat bilik untuk mini library ni (amin 😊)
First sekali, fav writer ranking #1 #melurjelita collection. Nampak peminat setia tu. Ahak 😉 Menanti untuk kumpul extended edition ASST 1&2 + ILUS 1&2 pula.
#2 bukan writer, tapi publisher. Padahal baru kenal @prologmed ni tak sampai 4 bulan lepas. Kerja blog walking memanjang, terjumpa satu rekomen satu blogger ni. Katanya lain dari lain. Dan2 waktu ni ada pesta buku dekat Village Mall, Sungai Petani. Rambang mata nak pilih, last2 pilih 2 buku dulu. Magisial dan ٢ (Dua). Memang tak menyesal! Teruja gila. Lepas tu kumpul duit nak beli banyak2 terus. Alang2 ada prologmed buat 3buku 70 free postage lagi. Rembat terus 4. Haha. Infiniti dan Cempaka Melati dah ada tapi ada kat orang lain. Anna Lee collection je belum beli lagi. Bukan tak nak beli, tapi niat di hati nak beli semua sekali gus. Haha, berangan. Tapi Jika Aku dah baca. Sumpah best! 👍
#3 Of course la Sara Aisha. Tapi sorry, sebelum ni duduk nombor 2 tapi jadi nombor 3 dah. Haha. Terjebak dengan Chan Rak Ter la ni. Tapi, tak semua novel @ciksara_aisha kena ngan jiwa aku. Sebab bagi aku, SA memang sesuai tulis action story. Kalau genre lain, entahlah. Bukan tak sesuai. Tak masuk agaknya dengan imaginasi penulis yang aku bayangkan walaupun aku ni gila cerita romantik jugak 🤣 sorry btw. Lagi2 bila baca review readers yang lain. (Okay, aku mangsa propaganda media 😑)
Next, @seraelya hampir semua koleksi QSS aku ada. Yang genre luar alam la (baca:action/fantasy) kecuali yang tajuk dia sweet2 tu aku tak beli. Bukan tak nak cuba. Cuma aku pun tak tau, sejak 3 tahun berhenti baca novel ni. Genre cinta romantik dah tak ngam sangat. Kerja cari action+fantasy+romantik je. Sebab tu terjebak ngan prologmed. Haha. Apapun, best jugak. Terasa escapism from reality tu. Hilang stress.
Then, #nurulainsyuhada. Cerita dia memang start dengan genre romantik. Cinta Kontrak. Awal2 dulu memang jatuh cinta dengan karya dia. Bukan sebab cerita je tapi sebab rasa umur dia muda. Rasa wahh sangat. Umur dia muda lagi tapi dah ada novel sendiri. Sebab follow blog dia sama. Rasalah macam sejiwa. Haha.. dan mungkin juga sebab waktu ni tak banyak sangat lambakan novel2 baru yang macam2 seperti sekarang ni. Sebab medsos tak up sangat kot, jadi aku pun ketinggalan sikit pasal novel2 semasa. Tunggu pergi kedai buku baru tahu wujud. Lagi2 belia remaja lagi, baru masuk sekolah menengah. Mana tahu dunia sangat pun.
(Okay dia dah merapu)
Sebenarnya nak cakap, NAS ni jadi inspirasi dekat aku untuk start menulis di usia muda. Hahaha.. Memang aku mula menulis, tapi koleksi sendiri la. Tak berani hantar publisher sebab aku sendiri rasa tulisan aku entah apa2. I malu nak bagi orang baca 🙈
Be my wife mampu baca kat blog je masa ni. Sengkek lagi takde duit. Jadi, dah terkubur idola aku sorang ni sebab dah lama tinggal. Berhenti baca novel 3 tahun pula. Tapi dijadikan cerita, aku start baca novel NAS ni balik waktu aku kat library. Novel Split. Aku masa tu, eh.. eh.. macam kenal penulis ni. Haaa sebabkan kelainan pada Split la aku gilakan balik novel NAS ni. Terus order online Dia Trouble Maker. Disebabkan NAS mampu menulis sesuatu yang lain pada Split dan Dia Troublemaker, tak macam KC dan BMW. Ceritanya agak cliche.
Tapi sebab dah addicted balik ngan karya NAS, sanggup aku cari balik Be My Wife. Preloved pun jadilah. Walaupun time ni hati dah tawar sikit ngan genre romantik lagi2 ala2 kahwin paksa ni. Aku beli juga. Minat punya pasal. Tapi, agak kecewa sebab jalan ceritanya tak seperti yang aku harapkan dan agak merelet. Hurmm.. Dendam Cinta aku tak beli sebab sinopsis memang tak kena ngan jiwa, jalan cerita sekitar kahwin paksa juga dan aku mangsa propaganda media 🤣 terpengaruh ngan reviews. Hahaha.
Anyway, aku menanti terbitan Luth Ilyas. Macam best, sebab ala2 action mind reader gitu.
Lepas tu, novels yang islamik sikit macam penulis Evelyn Rose (dah baca semua karya dia, cuba koleksi aku satu je), Hana Ilhami, Hadi Fayyadh, dan..
Teme Abdullah of course. Buku teme ni wajib bawa kalau nak pergi belajar ke atau tempat kerja ke. Rasa stress tak bermotivasi, ha bolehlah selak2 buku dia. Semua koleksi teme aku ada. Empayar je, adik aku seludup masuk asrama dia.
Then, Hamka, Asma Nadia, Kang Abik, dan Srikandi (bukan penulis novel tapi buku sejarah: well aku memang minat sejarah. Tapi untuk buku so far aku follow Srikandi je. Buku2 The Patriots tak termampu lagi nak lagi. Tapi semua penulis portal The Patriots memang best lah. Kalau aku mampu memang semua buku deme aku beli. Tapi nak buat macam mana, gila aku dengan buku fiksyen terlebih dosnya daripada buku bukan fiksyen. 😂
Dengar cerita, nov Faisal Tehrani pun best jugak. Aku pernah baca satu je novel dia, Ditektif Indigo. Rasa macam aku bijak sangat lepas baca novel tu. 😄
Dan banyak lagi sebenarnya penulis2 kesukaan aku, bukan buku fiksyen je. Bukan fiksyen pun banyak. Aku sampai ada satu folder khas untuk wishlist books aku. Haha.. Buku2 medikal pun aku minat tau sebab dulu cita2 jadi doktor tapi tak tercapai. Baca je lah mampu nak tambah ilmu kan. Huhu.. itu jelah nak cerita sebenarnya. Sekian.
Malas nak packing barang sebenarnya, tiga luggage tu kosong lagi. Esok malam dah nak fly. 😭😭😭😭 Tu yang merapu tulis panjang2 ni. Tak nak balik sanaaaa.. huhuhuhu..
----------------------
Sekian.
Kampung Halaman,
Pulau Pinang,
Malaysia.
awak nak tanya, awak nak jual tak novel kau kekasih gelapku reset?
ReplyDelete