Maroc: Love Footprint 2

Assalamualaikum wbt..

Belakangan ni rajin pula aku menulis. Padahal banyak lagi kerja lain nak dibuat dan lebih penting daripada menghadap blog ni. Tapi, itulah sebabnya aku malas nak menulis. Bila dah start menulis tu, susah sikit nak berhenti. Tapi tak apalah, rezeki koranglah bagi siapa-siapa yang ternantikan M:LF.. Cumanya, jalan cerita kureng sikit sebab aku paksa otak aku berjalan mencari idea.. kalau nak santai-santai biasanya idea on the spot.. hehe, alasan!

Aku ada terfikir nak jadikan M:LF ni bersiri. Maksudnya, bila-bila pun aku boleh update walaupun dah sampai ending. Tapi, biarlah dulu. Macam-macam nak dibuat. Lain yang penting lain yang dibuat. Study dah ke laut. Tak ada siapa marah. Aku buat suka hati jha.

So, bab kali ni Sharqawi cemburu..? Cemburu ke? Ke mengejar merpati? Hilda pula, sedang menyejukkan gunung berapi yang nak meletus. Berjaya ke tidak Hilda ni? Ingatkan, boleh la jalan cerita sampai masuk rumah baru. Tapi, itulah! Kan aku dah cakap, aku kalau menulis.. tak reti-reti nak buat pendek. Dia nak tulis jugak panjang-panjang. Ha! kan dah nak bebel ni.

Dah, jangan baca apa yang aku bebelkan tu. Actually, ada dua point yang cuba aku nak sentuh dalam bab ni. 1) Menipu 2) Cara wanita menghubungi @ jawab telefon dengan lelaki bukan mahram Baca; riaksi muka dan lenggok suara. Nak huraikan lebih panjang. Tapi, aku fikir sikit-sikit dululah. Tak mahu serentak dalam satu masa. Cumanya, niat aku bila point ni aku ketengahkan. Aku cuma berharap pembaca berfikir baik buruk dua benda ni. Pada pandangan kita kecil, tapi sebenarnya ada negatif dia terutamanya tentang hati dan iman, hubungan dengan Allah itu lebih tepatnya. Jadi, sama-sama kita fikir ye..!

Panjang pula intro aku, padahal nak paste jha apa yang aku 'mengopi' tadi. Jom, baca teaser M:LF2 sikit. Selamat memaca..

>>>>> Akhirnya, tanpa bertanya lagi Hilda membuat keputusan sendiri. Nombor Hakim, Penghulu Wilayah Casablanca dihubungi. Ingin memaklumkan kepada Hakim akan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu. Sememangnya, setiap wilayah yang mempunyai anak-anak Malaysia di Morocco dilantik seorang *masuul atau penghulu bagi menjaga kemaslahatan student Malaysia walaupun bilangan student bagi setiap wilayah tidaklah begitu ramai seperti pelajar Malaysia di Mesir dan Jordan. Tidak sampai 50 orang pun dan ada wilayah yang 1 orang sahaja. Jeda beberapa detik, panggilannya bersambut. Hilda senyum lebar, ceria memberi salam dan bertanya keberadaan Hakim ketika itu. Ingin menutup gelisah di hati sebenarnya tapi lain pula tafsir jejaka di depan Hilda. Tidak senang duduk Sharqawi melihatkan perubahan wajah Hilda yang cerianya luar biasa sekali. Ada bibit cemburu bergayut dihati. Sharqawi memasang telinga, mendengar butir bicara Hilda

"Saya nak beritahu ni, ada saudara saya datang dari Malaysia. Katanya ingin melancong di Morocco. Tapi, datangnya gamble. Trip perjalanan pula belum dirancang lagi. Hotel pun belum ditempah." Sharqawi jungkit kening. Diperli depan-depan nampak. Jelas-jelas dirinya dikritik tidak puas hati oleh Hilda. Tapi, Sharqawi buat tak endah. Tidak makan saman dengan sindiran Hilda. Lagi ditambah lebar inci senyumannya kerana Hilda ambil tahu tentangnya. Perasan!

"Oh yeke, berapa orang yang datang?" 

"Seorang saja, ustaz."

"Sekarang Hilda dekat mana?" 

"Sudah dalam train. Rasanya 10 minit lagi sampai." Hilda beritahu sambil meninjau saujana di luar. Memastikan navigasi mereka sekarang.

"Hilda nak saya ambil dia dekat L'Oasis ke? Banyak tak barang yang saudara awak bawa tu?"

"Eh, tak perlu. Tak banyak pun barang dia. Dia boleh angkat sorang-sorang." Perli lagi.

"Jadi, Hilda nak suruh dia tumpang rumah kitaorang ke?"

"Eh, lupa pula saya. Itu tujuan saya telefon ni. Cadang saya macam itulah ustaz. Dia pun tak tempah mana-mana hotel lagi. Itulah saya nak tanya, boleh ke tidak dia tumpang di rumah *ikhwan? Berapa lama saya pun tak pasti. Nanti ustaz bincang la dengan dia."

"Saya *marhaban je. Nanti saya maklumkan dekat ahli rumah. Oh ye, siapa nama saudara awak tu?"

"Ahmad Sharqawi Bin Muhammad, ustaz."

Hakim terdiam. Kedengaran seperti Hakim katakan sesuatu separuh berbisik. 'Macam pernah dengar je nama?' Monolog tanpa jawapan itu jelas pada pendengaran Hilda. Hilda mula pelik dengan desus Hakim. Serentak itu bola matanya memandang Sharqawi yang setia mendengar bicaranya. Persoalan tanpa jawapan itu segera ditanyakan kepada Hakim.

"Ustaz kenal dia ke?" Sharqawi berubah wajah. Anak matanya yang bertembung dengan Hilda dilarikan ke luar tingkap. Menyembunyikan sesuatu. <<<<<

Baca versi penuh di sini.

--------------------------------

Selamat membaca ye semua. Kalau ada manfat yang boleh kita fikirkan jangan siakan. Terima kasih kerana meluangkan masa di sini. Jumpa lagi semua.


Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye