Tak tahu tajuk apa hehe

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua.. aku harap semua pengunjung blog ini sihat2 selalulah hendaknya. wah, dah lama betul tak update blog ni.. minta maaf kalau ada yang ternanti2 sambungan SODA.. actually, aku dah lama endingkan SODA.. dah try hantar ke publisher.. tapi, bukan rezeki aku untuk dibukukan untuk jadi novel..bila baca2 balik.. yeah, mungkin aku sorang jha yang masuk bakul sendiri.. baru sedar, banyak yang tak betul dari betul.. heee.. komen publisher, too much kesalahan bahasa, tatabahasa, grammar of course, and tak banyak conflict.. hee.. mungkin sebab aku memang tak berapa suka konflik jadi bila nak menulis pun malas nak buat banyak konflik ni.. hee..

So, apa jadi dengan SODA..? nak buat pekasam boleh..? hee.. Aku fikir nak baiki sikit, dan ubah jalan cerita sikit2, fakta yang perlukan kesahihan tu nak kaji lebih sikit2, dan kalau dah agak puas hati nak try la hantar ke publisher.. mungkin publisher yang lain pulak.. kalau rajin aku post teaser untuk siapa2 yang nak tahu perkembangan SODA.. cumanya, cepat atau lambat tu aku tak dapat janji sebab menulis ni just hobi, not my priority.. kalau rajin aku menulis kalau tak rajin aku tak menulis.. jadi, aku minta maaf awal2 la kalau blog aku ni dari dulu, sekarang dan selamanya tak bergerak2..

Tak habis lagi SODA, gatal betul tangan ni nak menulis cerita lain. Dalam kepala otak aku ni dah macam2 idea menulis mari, tajuk cerita pula lain2, rangka jalan cerita 'contengan' baru aku Perfume Cinta dah try conteng2 plotnya serba-sikit, tak nyempat2 PC mari pula cerita baru dan kalau nak masuk plot ni dalam PC, tak masuk langsung ! jadi, nak tak nak macam kena buat cerita baru.. hee.. ngada kan aku.. tapi, tak terfikir pun nak jadikan novel yang ber'bab-bab' .. tajuk pun belum terlintas.. cerpen saja kot.. masalahnya, aku ni kalau menulis tak pandai nak buat cerita pendek, nak tulis jugak panjang2.. but, never mind. i'll try my best to make it short.. sebab dah niat dalam hati nak kongsikan pengalaman aku stay dekat bumi Maghribi ni dekat pembaca.. sebab setahun menyepi di sinilah yang boleh muncul cerita samar2 ni dalam otak.. jadi, boleh kot cerpen ni aku selit serba sedikit tentang Morocco.. masih niat jha, bila nak buat tak tahulah lagilah.. doa2kanlah aku kembali rajin menulis macam dulu..

Btw, just nak inform.. blog ni aku memang khususkan untuk share something atau nak bercerita pengalaman atau nak luah perasaan dan review or teaser my new story about novel, cerpen dan etc yang aku tulis.. tapi full storynya aku asingkan ke web lain.. sebab tak nak campur celoteh aku yang entah apa2 tu dengan nukilan yang tak berkualiti tu dalam satu blog.. kiranya satu lagi web tu memang aku khaskan untuk 'contengan2' aku yang sudah tentulah tersangkut2 macam kereta rosak.. hehe.. cumanya, nak tegaskan sekali lagi.. menulis just hobi sampingan.. belum niat nak ceburi bidang ni secara serius.. harap memahamilah.. jangan marah aku tau kalau cerita tak habis tu.. ((peace)).. so, here we are:-
https://aisyaainsyirah.wixsite.com/ainulzaidiamz


Sedikit teaser yang dah lama tulis.. 'contengan' yang TERtulis lepas balik dari PLKN.. macam biasa, belum ada endingnya.. tapi, jemput baca ye semua.. moga ada manfaatnya..

<<<< "Kalau macam tu naik belakang abang.” Terjegil mata aku mendengar suruhannya. Ceq ni berat you tahu tak?

“Humaira’ beratlah.” Ringkas ku harap dia mengerti. Lebihnya aku kasihankan dia.

“Naik...” Abang Syazwan sudah duduk bertinggung menanti aku duduk dibelakangnya. Aku teragak-agak.

“Cepat...” Bila dah dengar suara lembutnya yang mengalahkan sutera. Tak relalah hamba nak menderhaka suruhannya. Dalam ragu-ragu aku merapatkan tubuhku ke belakangnya. Aku melingkarkan tanganku di lehernya. Dia berdiri dan menampungku di belakangku dengan kedua-dua belah tangannya. Aku menjerit gayat sehingga terpejam mataku. Dek kerana terkejut, tak sedar tanganku terangkat memeluk kepalanya. Dia ketawa kelucuan.

“Awak! Turunkanlah tangan awak tu daripada mata saya. Macam mana saya nak jalan. Nanti masuk laut.” Tersedar kerana kekhilafanku segera tanganku turunkan ke lehernya walaupun mata masih terpejam. Agak lama aku mula selesa dengan kedudukanku lalu membuka mataku. Aku merapatkan wajahku dengan wajahnya. Daguku sangkut di atas bahunya dan merapatkan pipiku ke pipinya. Dia tersenyum bahagia. Aku? Lagilah bahagia.

“Bila keadaan macam ni, abang teringat satu kisah. Ada suatu hari ketika Saidatina Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : ‘Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW’. (Bukhari dan Muslim)”

Aku tersenyum mendengar ceritanya lagi. Itulah dia suamiku, selalu menghidupkan suasana mesra di antara kami mengikut gaya hidup Rasulullah dan isteri-isteri baginda. Kami tersenyum dalam kebisuan mengusuri persisiran pantai. Adakala dia bercerita itu dan ini. Adakala aku turut mencelah menceritakan kepadanya perkara yang menarik perhatianku. Setelah agak lama berjalan dia berhenti dan menurunkanku. Mungkin dah lenguh mengendungku. Kasihan sekali dia. Tapi, wajahnya tidak menunjukkan keletihan malahan senyuman bahagia terukir di bibirnya.

Splash! Tiba-tiba aku basah kuyup tanpa awan hitam di langit yang menyimbahi airnya ke bumi. Blur sekejap aku melihatkan baju yang basah kuyup dek air yang entah daripada mana. Mendengar ketawa mengekek seseorang membuatkan aku berpaling ke arahnya. Dia, suamiku bersama timba kecil yang ditinggalkan untuk membina sand castle digunakan dia untuk menceduk air dan menjadikan aku mangsanya. Tak sempat bertindak buat kali kedua sekali lagi. Splash! Aku ternganga tak terkata. >>>>

-----------------------------------

So, sebenarnya.. nak tulis sikit cerita yang aku cakap nak buat cerpen tu.. just beginning yang tak tahu hujung pangkalnya lagi.. jadi, selamat membaca semua...

-----------------------------------

Suasa lengang di luar Muhammad V International Airport, Casablanca membuatkan Hilda gelisah sendiri. Setelah setahun berada di bumi Morocco ini, inilah kali ke-2 dia menjejakkan kaki di Aeroport Muhammad V ini. Bukan untuk pulang ke tanah air buat selamanya-lamanya. Tetapi, menyambut seorang anak tanah airnya yang tidak Hilda tahu siapa. Dalam berdebar menanti gerangan yang ditunggu, jam casio dipandang sekilas. Angka sudah bergindak ke 8.30 pagi waktu Morocco. Tapi, insan yang ditunggu belum menunjukkan tanda-tanda ingin munculkan diri.

Hilda pandang kiri kanannya, hari Isnin yang lengang. tidak ramai orang yang sedang menunggu bersamanya di ruang menunggu itu. Sudah semestinya berniat yang sama sepertinya, menyambut kepulangan insan tersayang, atau kenalan yang ingin berkunjung ke bumi yang pernah diperintah oleh beberapa Kerajaan Islam dan sekarang disambung oleh keturunan Kerajaan Islam yang terakhir iaitu Muwahhidin hingga sekarang. Ruang menunggu itu agak kurang selesa, kerana masing-masing terpaksa menunggu di luar airport di bawah beberapa khemah yang dipasang. Semuanya kerana sistem imigration morocco yang semakin ketat. Bukan sebarang orang yang boleh menjejak kaki ke dalam airport. Hanya yang memagang buku merah dilepaskan pengawal. Itupun nasiblah. Kadang-kadang bukti boarding pass juga ingin dilihat. Jika itu yang diminta, kecewalah mana-mana gerangan yang berpura-pura menunjukkan passport berharap untuk lepas ke dalam tetapi tidak ada bukti tiket. Begitulah rungutan rakan-rakan Hilda yang sering ditahan apabila ingin menghantar student yang ingin pulang ke Malaysia sahaja, tapi dihalang daripada memasuki ke dalam airport dek bukti passport sahaja tidak mencukupi.

Hilda mengeluh kecil, kerana berita mengejut daripada ummi jugalah dia terpacak di sini awal pagi. Usai sahaja solat subuh tadi, panggilan telefon yang berangka negara asing mengerutkan dahi Hilda. Apabila dijawab, tahulah dia umi yang menghubungi. Kata umi, whatapps yang dihantar bertalu-talu tidak dibalas buatkan uminya bertindak mengubunginya tanpa menunggu. Hilda hanya tersengih menutup salah, kerana Hilda sememangnya tidak akan membuka data internet di pagi hari jika tidak ada keperluan. Setelah bertanya khabar dan bertukar cerita sedikit, umi mengerahkannya supaya segera bersiap dan bergegas ke Aeroport Muhammad V kerana ada kenalannya yang akan sampai pagi itu. Apabila ditanya siapa, umi sekadar menjawab anak kawan umi yang sedang bercuti sekarang. Alang-alang bercuti di Morocco, dia ingin menziarahi Hilda katanya. Semakin pelik Hilda, tidak kenal siapa gerangan itu tetapi kata-katanya seperti sangat mengenali Hilda gayanya. Apabila ditanya pukul berapa ketibaan si dia itu, umi beritahu pukul 3.45 petang waktu Malaysia. Setelah ditolak 8 jam waktu Morocco yang lebih lambat dari Malaysia, mata Hilda membulat sendiri. Flight sampai pukul 7.45 pagi  Jam telefon bimbitnya dilihat. 6.50 pagi ! Dia betul-betul sudah lewat. Sudahnya, terkocoh-kocoh Hilda bersiap ala kadar. Teman serumahnya diberitahu dengan sekali laungan, setiap penjuru rumahnya dengar. Apa lagi, terkejut semua bertanya itu ini kepada Hilda. Mereka yang tidak tahu apa-apa itupun terkejut, apatah lagi Hilda yang mendengar sendiri daripada mulut uminya.

Dalam kelam-kabut mencabai beg galas, passport, bitoqoh watoni (Morocco IC), Zenphone, dan beg duitnya diperiksa. Duit dikira agar mencukupi. Apabila kepalanya teringatkan kelas bersama Ustaz Dhoif pagi itu, Hilda berpesan pada teman sekuliahnya supaya merakam dan ambil nota penting daripada usraz. Terpaksalah dia ponteng kelasnya. Teksi Soghir ditahan, L'Oasis menjadi destinasi. Zenphone dicapai dan laman ONCF dibuka. Waktu train ke Aeroport diperiksa untuk dipastikan train paling awal dalam waktu terdekat itu. Jam 7.20 paling hampir. Jam di dashbord teksi dilihat. 5 minit lagi ! Berbelit-belit Hilda bercakap *Darijah campur Arab dan Prancis agar pak cik teksi itu pecut ke La Gare L'Oasis. Sampai sahaja, tak berpijak tanah Hilda ke kaunter tiket. Cun-cun juga train sampai, setelah tempat duduk tepi tingkap dipilih barulah Hilda bernafas lega. Setelah 25 minit menanti train bergerak akhirnya tingkat bawah Aeroport Muhammad V dijejak dan segera bergegas ke tingkat atas. Jam sekarang 7.53 pagi. Sempatlah menunggu sementara si dia selesai urusan imigration dan menunggu beg bagasi. Paling lama satu jam mungkin.

Zenphone yang di'vibrate' bergetar berkali-kali membuatkan Hilda pantas membuka aplikasi whatapps. Notifikasi daripada umi yang bertanyakan si dia Hilda sekadar balas masih menunggu. Baru dia teringatkan sesuatu, demi memudahkan urusannya. Nama penuh si dia bersama gambar diminta daripada umi. Sekumpulan manusia yang keluar dari pintu masuk airport membuatkan Hilda turut bangun berdiri. Matanya meninjau-ninjau mencari gerangan yang dia tidak tahu siapa dan bagaimana rupanya. Ah, kalau wajah ala-ala orang melayu itu pasti dia orangnya. Bisik hati Hilda. Serentak itu,bola mata Hilda menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang berseluar jeans dan berT-shirt Polo berkolar biru laut tersarung di tubuhnya. jaket kulit hitam disangkut pada lengan kanannya sambil tangan kirinya menarik bagasi peti bewarna biru gelap. Rambutnya hitam kelam agak bersepah ditiup angin, mata yang diselindung sebalik ray ban, hidung tinggi, mulut nipis berkumis dan berjanggut sejemput. Hilda tersedar sendiri dengan kenakalan matanya memeriksa setiap inci tubuh si lelaki. 

Zenphone yang bergetar kembali dilihat. Nama, Ahmad Sharqawi Muhammad. Lelaki? Kenapa aku tak tanya umi tadi lelaki ke perempuan. Kalau aku tahu lelaki boleh juga aku bawa siapa-siapa temankan aku. Hilda mengetuk kepala sendiri. Tidak berfikir sebelum bertindak, sudah tahu baru terngadah. Padan muka ! Gambar di muat turun. Gambar lelaki yang sedang tersenyum itu diperhatikan. Eh, lelaki tadi. Segera lelaki tadi diperhatikan semula. Dan serentak itu mata mereka bertembung. Zup! Terus menusuk ke jantung Hilda membuatkannya bergetar hebat. Tubuh membeku, nafas terhenti dan lidah terkelu saat melihat lelaki itu melangkah menghampiri Hilda seperti dia telah sedia maklum ketibaannya dinanti Hilda. Dan seperti dia telah mengecam Hilda tanpa pernah mereka berkenalan. Setelah lelaki itu benar-benar berdiri di hadapan Hilda, kepalanya sedikit terdongak ke atas kerana ketinggian lelaki itu melebihi dirinya. Dia tersenyum manis lalu menanggalkan ray ban yang tertenggek di batang hidungnya lalu disangkut pada t-shirt.

"Assalamualaikum.." Dia menyapa. dengan salam. Hilda masih terkebil-kebil. Tidak tahu ingin beriaksi bagaimana.

"Hilda...?" Suara garaunya menyentak Hilda. Hilda menggigit bibir sendiri. Sudah kenapa aku gemuruh tanpa sebab ni.

"Err.. waalaikumussalam. Em.. en.. Encik Sharqawi kan..?" Dia tertawa lucu saat pertanyaan itu terluncur keluar dari bibir Hilda. Tidak pasti apa yang lucu, mungkin panggilan namanya yang diletak 'encik' di depan. Hilda jungkit bahu.

"Kelakar la Hilda ni. Dengan abang pun nak ber'encik' bagai. Hilda apa khabar?" Berlapis dahi Hilda mendengarkan Sharqawi membahaskan dirinya 'abang'. Dan tanpa disangka tangan dihulur mengharap Hilda menyambut untuk menyalaminya. Bertambah-tambah lapisan di dahi Hilda. Ewah, anak siapa ni? Tidak tahukah dia hukum bersalam dengan bukan mahram? Tangan yang tidak bersambut Hilda membalasnya dengan tangan di dada dan menunduk sedikit sebagai tanda hormat. Kini Sharqawi pula yang berkerut dahi.

"Kenapa tak nak salam?"

"Bukan mahram kan. Mana boleh salam." Dan Sharqawi ketawa lagi. Hilda terkebil-kebil. Sekali lagi dia tidah tahu apa yang menggelikan hati lelaki di depannya itu. Dalam ketawa yang masih bersisa, mata Sharqawi galak memerhati raut wajah Hilda yang sudah lama tidak dilihat itu. Masih sama seperti dulu, cuma rautnya agak matang. Sesuai dengan umurnya yang menuju ke arah kedewasaan. 

"Hilda belum tahu? Umi dan abah masih belum bagitahu Hilda lagi ya?" Sharqawi tersenyum lebar, laju sahaj tangannya mengusap kepala Hilda yang dibalut tudung bawal berona ungu lembut dipakai bersama kemeja labuh ke lutut dan slacks longgar bewarna hitam. Kerana terkejut, mata Hilda membulat dan serentak tangan Sharqawi ditepis. Kaki Hilda berundur beberapa langkah ke belakang menjauh. Cuba mencipta jarak. Berani betul lelaki ni. Anak siapa ni? Hilda mula tidak senang duduk. Sharqawi tidak marah tetapi tersenyum lebar dengan tindakan Hilda. Bagus, ada prinsip !

Zenphone bergetar lagi. Beberapa notifikasi yang ditulis abahnya dalam group whatapps family mereka cukup membuatkan nafas Hilda kembali tersekat, matanya membulat besar. WHAT?

-Sorry baru maklumkan, tapi abah akadkan dia untuk Hilda sah di sisi syarak.
-Hilda layan Abang Qawie baik-baik tau.
-Because he's your husband.

Membuatkan Hilda bertambah rasa seperti ingin pengsan, Sharqawi peluk tubuhnya erat tanpa isyarat !

"I miss you so much, dear wife !"

-------------------------
*Darijah: bahasa ammiah morocco/bahasa pasar morocco
-------------------------

Okey dah cukup. Ini saja plot yang tiba-tiba terangka dalam kepala. Bila nak sambung tak tahu lagi.. hehe..
Terima kasih sebab baca. Jumpa lagi nanti. 

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye