Selamat Tahun Baru

Asslamualaikum wbt..

Apa khabar semua? Sihat ke..? Dah masuk tahun baru mestilah semangat pun baru. Jadi, aku sebagai penulis blog ni yang sekejap timbul sekejap tenggelam, sekejap ada sekejap ghaib tak mahulah lepaskan peluang untuk wish Happy New Year!


Orang cakap, tahun baru azam pun mesti baru. Sebelum merangka azam-azam yang baru. Azam-azam yang lepas dah okey. Hehe.. sibuk la Ainul ni. Jangan marah ye. Saja tanya. Cuma nak cakap, azam tu azam juga. Hanya realiti hidup kita perlu sentiasa sedar. Azam dunia kita ingin kejar, apakata azam akhirat kita seimbangkan juga. Ada solat yang tertinggal, kita ganti dan penuhkan. Solat akhir waktu sering kita lakukan, kita baiki sama-sama untuk menyahut seruannya di awal waktu. Apa-apa sahajalah kan.

Jadi, sibuk-sibuk tanya azam orang lain ni azam kau apa Ainul? Heee.. azam aku.. Azam aku.. Azam aku.. Moga menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya, moga lebih istiqamah tanpa culas, sifat-sifat munafik yang menjadi darah daging ingin dikikis sampai licin. Yang penting setiap langkahku biarlah redha Allah itu mendahului segala-galanya. Apabila Allah dah redha, hubungan dengan manusia sedang. Hablum minal Allah wa Hablum Minan Annas. Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Harapan yang tinggi biarlah ada tempat berpaut. Andai tak tercapai harapan itu walaupun sudah terlalu tinggi kita mendaki, sekurang-kurangnya jika jatuh, tempat berpaut itu ada untuk menyambut kita. Hati-hati ya, tempat berpaut itu biarlah kukuh. JIka rapuh nanti, kecewa kita bertimpa-timpa. Kerana itu, pesanku. Tempat berpaut biar kukuh. Yakni bukan sahaja berpaut pada manusia, pemilik alam semesta ini lebih daripada cukup.

Sepatutnya, sebelum masuk tahun baru hari tu aku dah niat nak post bab baru. DLI ataupun M:LF.. Mana yang sempat la kan. Tapi, merancang tak selalunya terlaksana. Namun, usaha untuk post tu tetap ada. Jadi, seperti yang aku niatkan. adalah hadiah daripada DLI. sikit. Hehe.. Ada sesiapa menunggu sambungan DLI ke. Yang menunggu tu, moh le sini. Kita baca ramai-ramai. Sedikit teaser..

>>>>> Tanpa menyahut, aku sekadar menyangguk sebagai isyarat. Jururawat itu tersenyum dan mula melangkah pergi. Namun, belum sempat langkahnya jauh,  lelaki yang terbaring di depannya tiba-tiba  menggilgil hebat. Tangannya menggeletar dan mula meronta-ronta. nafas yang tadinya teratur, dihembus  kasar dan tercungap-cungap.  Bola matanya kelihatan meliar gerlisah walaupun tertutup rapat. Aku yang tadinya tenang  menjadi cemas melihatkan keadaan lelaki itu lantas segera memanggil nurse yang terhenti langkahnya dengan beriak wajah yang sama seperti aku.  Seperti memahami akan apa yang perlu dibuat, jururawat itu pantas menekan butang kecemasan dan cekap memeriksa lelaki itu tanpa putus memanggil pesakit. Tindakannya tangkas dan cekap sekali seprti sudah terbiasa dengan situasi seperti itu.

"Encik..."

"Encik dengar suara saya..?

"Encik.."

Pesakit yang tidak diketahui namanya itu terus-terusan dipanggil berharap agar ada tindak-balas daripada pesakit sehinggalah doktor yang bertugas bersama beberapa orang jururawat yang lain datang dengan tergesa-gesa beberapa minit kemudian. Masing-masing cekap bertindak cuba menenangkan pesakit.  Bacaan  pada tekanan darah dan  degupan jantung meningkat mendadak membuatkan aku semakin resah di tempat aku berdiri. Hati terus-terusan berbicara dan merayu agar semuanya baik-baik sahaja. Melihatkan keadaan semakin cemas, seorang jururawat segera menarik tirai untuk meutupi pesakit daripada pandangan umum. Aku digesa untuk menunggu di ruang yang disediakan agar kerja mereka tidak diganggu. Gelisah yang semakin mencengkam, kegawatan yang semakin kelam-kabut, suara arahan daripada doktor tegas diberi, bunyi bip yang  semakin pantas semakin mencemaskan  semua orang di situ. Namun, segala kekalutan itu  terhenti tiba-tiba apabila insan yang sepertinya sedang bertarung nyawa sebentar tadi membuka matanya dan segalanya kembali seperti sedia kala. Mesin yang tadinya pantas berbunyi mula bernada perlahan dan bacaannya kembali bernada normal. Melihatkan itu dicelah tirai yang tidak ditutup dengan sempurna terburu-buru aku menghampiri sambil cuba menggambarkan situasi di sebalik kain itu. Mendengarkan suara jururawat yang masih belum berhenti memanggil disahut si empunya diri membuatkan aku semakin tidak sabar ingin melihat apa yang terjadi.

"Encik..."

"Encik..." 

"Sa.. sa.. ya.." Sahutan yang lemah menyebabkan aku nekad menyelak tirai yang tidak ditutup dengan sempurna itu.

"Encik nampak saya..?" Pertanyaan diganti doktor yang bertugas. Lelaki itu mengangguk perlahan sebagai riaksi.

"Boleh saya tahu nama encik?" 

"Fa.. fa.. qir.." <<<<<

Baca versi penuh di sini

Minta maaf ye semua kalau lambat sangat. Exam masih belum habis. Masih ada 5 subjek lagi. huhu.. Kalau siapa-siapa tunggu sambungan M:LF. InsyaAllah, jika ada waktu aku post. Kalau bab sambungan yang bertulis tangan dah banyak bab. Tapi nak menulis balik dalam blog. Kalau menulis di blog, nak habiskan satu bab tu bukan macam menulis dalam satu muka surat kertas. Kadang-kadang tiga jam menulis pun belum habis. Ini fakta okey. Bukan auta. Hehe.. bersabarlah semua. Jika ada, muncullah di blog kalau tak ada teruskan menanti. Walaupun aku tahu penantian itu suatu penyiksaan. Hehe.. Aku pun dah tak larat nak dengar kawan aku suruh update post baru. Tapi, itulah. Penat tahu dak nak menulis ni. Eh Ainul, mengeluh je kau! Apa-apa pun Selamat Tahun Baru, Moga hari esok lebih baik dari hari ini dan semalam. Merancanglah agar baik kesudahannya. Hingga bertemu lagi di post yang lain. Bye. Assalamualaikum.

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye