Kempen jangan tak kempen!


Assalamualaikum semua!
Seperti apa yang berlaku di negara demokratik, pilihan raya akan dilakukan demi melantik bakal pemimpin yang bakal mengemudi pentadbiran sesebuah negara. Penamaan calon, berkempen dan manifesto ialah perkara yang tidak asing ketika pilihan raya akan dilakukan. Selain sebuah negara, tidak kurang juga badan-badan universiti mahupun persatuan. Oleh kerana itu, tidak terlepas juga persatuan anak-anak Malaysia di luar negara sama ada besar mahu pun kecil untuk melakukan pilihan raya demi melantik barisan pentadbir persatuan mereka.
Memandangkan persatuan di sini akan melakukan pilihan raya umum tidak lama lagi, aku terpanggil untuk menulis tentang ini daripada sudut pandang aku sebagai ahli dan mantan pemegang jawatan salah satu jabatan. Melihatkan nama-nama yang dikempen sebagai kabinet bayangan yang bakal menggantikan pentadbir-pentadbir persatuan yang bakal pencen tidak lama lagi, jujur aku katakan aku lucu dan juga kasihan. Kedua-dua atas sebab yang sama, nama yang pernah mengemudi persatuan sebelum ini dilaung kembali untuk menakhodai persatuan.
Aku tertanya-tanya sebenarnya? Adakah nama-nama yang sama ini dikempen kerana pengalaman mereka mentadbir persatuan? Disebabkan percaya terhadap mereka dan kejayaan mereka memimpin persatuan suatu ketika dahulu jadi mereka mahu dinaikkan semula?
Hahahaha.. formal gila ayat Ainul. Wek.. wek.. :P (lempang sedas)
Okay, fine. Kita terus ke point. Jadi seperti yang aku cakap kat atas, ni dari POV aku jha nah. Aku sebenarnya, kurang bersetuju dengan tindakan sebahagian ahli berkempen menaikkan mantan pentadbir. Ni mantan AMT je deh, kalau mantan ALP ni silakanlah berkempen nama mereka. Sebab apa? Sebab kesian lah. Tambah2 nama-nama yang dicalon tu tengah buat MA sekarang ni. Aku yang pernah serumah dengan pelajar MA ni, aku tahu betapa sibuknya deme ni. Ada seorang kawan aku ni, sibuk dia macam chipsmore. Tahu2 jha dah ada kat wilayah tertentu, ada kerja katanya. Nak ke library pun hari sabtu jha sebab seminggu jadual penuh. Itupun tengok keadaan. Hari Ahad tu entah rehat ke dak budak tu, ke sibuk membasuh longgokan baju yang seminggu ditinggalkan. Huhu..
Nanti ada lah yang bidas ni, menaikkan pelajar MA dalam barisan AMT adalah satu perkara yang tidak asing. Malah salah seorang AMT sekarang ni pun merupakan pelajar MA tahun akhir!
Hai lah sayang, ye den tau. Ceq tau sangat2. Lagipun tahu, alasan aku tu tak kukuh mana pun. Jadi, daripada membantah tanpa hujah tak guna juga kan?
Kenapa aku tak setuju?
1)      Apa salahnya, peluang ini diberi kepada yang belum pernah dilantik. Sebabnya, apabila kita menjadi pemimpin, kita dilatih untuk membetulkan diri sendiri. Tak mustahil akan adanya kesilapan dan tersilap langkah. Usah kesal, itu cabaran sendiri untuk kau perbaiki. Bila salah baru kau tahu apa yang perlu kau buat. Usah takut dikritik, kritikan membuatkan kita belajar melangkah dengan lebih betul.

2)      Kalau ahli selamanya menjadi ahli, kalian tak akan nampak sesuatu isu itu daripada kaca mata pemimpin. Sebab pengalaman aku, sebelum pernah diberi kepercayaan jadi ALP walaupun bukan AMT, aku mudah memberi komen kenapa begitu dan mengapa begini. Tapi lepas aku pegang jawatan, aku faham kenapa begitu dan mengapa begini. Jadi, ketidakpuasan hati sebagai seorang ahli sepanjang ditadbir oleh pemimpin lain, kenapa tidak diri tampil ke depan untuk membetulkan apa yang kurang, untuk memperbaharui apa yang tiada. Jangan takut mencuba guys. Mana tahu lebih wow bila orang baru mentadbir.

3)      Memberi peluang kepada mantan dan pemimpin yang baru saling berkolaborasi. Aku tahu, mantan2 AMT ni, malah mantan ALP pun ada tidak berpuas hati dengan diri sendiri sebab kelemahan2 yang ditinggalkan setelah melepaskan jawatan. Contoh, aku sepatutnya buat macam ni dulu/ Kenapa aku tak terfikir macam ni erk/ Ada kekurangan dekat sini, tapi tak sempat dah/ dan banyak lagi. Tapi kalau kau panggil mereka untuk kembali memimpin agar segala penyesalan dapat dilunaskan, serius tak ada yang nak. Serik wei! Hahaha (kalau ada lah aku sangat nak tepuk bahu dia lah, pastu salam dia sebab dia sangat bersemangat waja dan begitu kental orangnya. Tahniah!)

Bila macam ni, mantan2 sekalian ni boleh tampil menjadi tulang belakang (acewah) para pemimpin. Bukan tulang belakang betul, maksud aku. Yang mantan2 sekalian ni akan bagitahu kepada barisan pemimpin dekat mana perlu dibaiki dan jangan ulangi begini dan perkara ni. Dan barisan baru boleh lebih bersedia untuk memulakan pelayaran. Jangan risau, mereka yang pernah mentadbir ni akan sentiasa ada. Kalau AMT mempunyai masalah dalam hal2 tertentu, mereka ini siap untuk membantu kalau diminta bantuan. Apatah lagi persatuan kita mempunyai penasihat untuk dirujuk. Tapi meminta pandangan jangan samberono membuka soal, bijaklah memilih dan kritislah berfikir. Sistem syura jangan tinggal, komunikasi jangan pandang enteng, usah terlalu bernafsi-nafsi. Sepakat membawa berkat!

4)      Kalau orang yang sama dilantik seolah-olah sudah tak ada pelapis-pelapis baru yang lebih berkebolehan. Bukan apa, bila lagi kan nak melatih untuk menjadi pemimpin. Ada sebenarnya tapi tersembunyi mutiara-mutiara ni.

5)      Dah habis dah. Aku malas nak taip banyak2. Kalau ada tambah sendiri.
Seperti yang aku cakap tadi, ni POV aku. Ada salah ada betul. Boleh disokong boleh dibangkang. Kalau masih mahu memilih pentadbir yang sama, silakan. Mungkin kalian nampak, mereka sangat2 berkelayakan untuk dilantik. Tapi untuk aku, bukalah peluang seluas-luasnya kepada yang baru dan belum pernah memegang jawatan. Walaupun aku tengah dilema sekarang, aku masih rabun lagi (walaupun faktanya Ainul memang rabun) sebab aku tak mampu memberi cadangan nama yang sesuai. Kalau aku tahu, dah lama aku kempen weh. Semuanya sebab Ainul suka sangat bergua, tak mau jumpa orang. Jadi, tak nampak lah. Sebab tu menanti cadangan-cadangan yang ingin dikedepankan. Sebab kalau ada orang pin nama, bolehlah I gi tanya sapa2, fulan ni orang dia macam mana dan sekian.. sekian.. sekian.. macam mana. Tapi, bila nampak mantan2 AMT yang dinaikkan nama, aku mampu gelak jha lah. (minta maaf lah noh)
Aku teringat kata-kata Ustaz Farouq waktu sampaikan slot Pengucapan Awam dan Komunikasi dulu. “Jangan takut untuk memegang jawatan. Sebab sekiranya jawatan itu tidak diminta, kita akan dibantu kelak.”

Dan doa yang diajarkan ((يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين))

Selamat beramal!

--------------------

Rumah Konoha,
Casablanca, Morocco

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Puisi: Lebah dan Semut

Ye Fei Ye