Review Novel - Kombo Que Sera Sera

Assalamualaikum wbt..

Sorry. Bukan sebarang update pasal my novel. Huhu. Btw, aku derhaka ni. Pergi buat cerita baru. Tajuk: Persiapan Seorang Wife-to-be. Mohonlah search di Karya Ilham Karangkraf or my Wattpad. Sedekahkan vote sekali please. Hehe. Dan maafkan la hamba yang derhaka ini. Janganlah disumpah diri ini menjadi batu. Kelak kerkuburlah angan2 hamba mahu menjadi penulis.

Bawah ni ada repekan sedikit.

#reviewnovel

Genre Action Thriller Fantasy Romance. Aku baru berjinak2 dengan genre ni mungkin start dua tahun lepas. Kat sana novel english susah dapat dan mahal, novel france yang tak tahu apa tu yang bersepah. Jadi Satu cara aku tak meroyan sensorang dan nak lepas gian baca novel, e-novel solusi aku dan aku terjerat dengan dua blogger e-novel fantasi yang sumpah best gila karya diorang. Snow Queen dan Angah. Tak caya try baca. Betul2 terasa escapism from reality tu. 😂

So disebabkan soul aku dah terjerat dengan karya fantasi. Taste genre aku berubah. Dulu bukan main jiwang karat. Sekarang aku pandang sebelah mata je. Haha.. tapi still. Walaupun dah berubah taste, aku still nak novel yang aku baca ada percikan romance di situ. Well, aku pompuan anyway. 



So, here i am. Baru habiskan kombo Que Sera Sera dalam masa dua hari. 😎 Umi hanya mampu geleng kepala tengok anak dia berburung hantu dengan novel. Sorry umi, melepas gian ngan novel baru. 

First time baca tulisan QSS. Not bad. Kalau sesetengah bab tu QSS elobrate lagi jalan ceritanya. Lebih detail kejadian mula sampai habis, mungkin aku akan lebih teruja dan terkinja2. Dan satu lagi, rasa pening dan sedikit tak puas hati sebab tiga2 novel ni saling berkait. Watak AATP ada dalam Athena dan DSE. Nasib baik aku beli tiga terus tau. Kalau aku beli satu jha, terpusing2 aku tak jumpa jalan keluar. 🤣

Macam Athena, aku terpaksa stop bab 50 sebab tak faham. Suruh rujuk AATP kalau nak tau situasi sebenar. Nak tak nak AATP aku khatam dulu baru sambung Athena. Baru puas nak menelaah sebab dah tahu pangkal cerita. Anyway, aku still berpuas hati sebab memang kena dengan taste genre aku. Tak logik tu yang buat aku lagi nak baca tau! Kena pulak puing2 sentuhan hati. Lagi I suka. 

Jadi aku tarik balik komen aku. Tak patut betul aku marahkan penulis sebab kaitkan watak novel tu dengan novel lain. Kalau aku baca novel2 QSS ikut tahun terbitan secara turutan, tak ada punya aku bersongeh macam ni. Lagi aku teruja ada.

Dan rasa menyesal sebab baca DSE last sekali. Sebab aku kureng suka kalau ada twist plot hero bertukar ni. Tak tahu kenapa. Kalau aku kecewa dengan satu cerita. Dada kiri aku sakit gila. Sumpah tak tipu. Sampai aku kena stop kejap buat kerja lain baru sambung. Terlebih menghayati agaknya aku ni. 🤣

But still, aku sangat berharap keajaiban berlaku. Tup2 aku dah muka surat terakhir. Nak meraung, rasa sia2 sebab ending dia tak sesuai nak nangis. Menyesal sebab kalau aku kecewa mood aku terbawa2 sikit. Kalau aku baca DSE dulu, baru sambung Athena or AATP tak terbawa2 sangat sakit ni sebab dua novel ni ada lawan2 lebih sikit. Aku pun rasa nak lawan sama haa. Even DSE ada lawan2 jugak tapi twist dia.. huaaaaa..

So, keseluruhan cerita?


AATP aku kasi 8/10. Rasa nak melompat tau bila cerita dia pasal ejen, lawan, musuh, alam lain, gergasi, supernatural tu yang aku teruja tu. Ada selit watak lanun dalam ni, dan watak tu main caracter dalam novel Hatiku Dicuri Lanun. Dan aku macam, saja kan penulis ni nak suruh aku beli novel dia. Haha.. Tapi, seronok2 jugak. Point dia aku tak tinggal. QSS ada sentuh pasal politik. Walaupun latar tempat bukan Malaysia malah bukan mana2 tempat yang wujud dekat bumi. Tapi point dia sampai. Korupsi, pemimpin boneka, rampas kuasa, revolusi, skandal dan etc. Aku nampak semua ni. Tiba2 aku teringat novel Hero karya Hilal Asyraf. Point dia lebih kurang cuma jalan cerita lain2.


Athena aku bagi 7/10. Tahu tak aku ni peminat tegar Melur Jelita. Sebab novel2 dia memang nak buka mata aku luas2 tentang tugas Pasukan Keselamatan dekat Malaysia. Aku yang tak tahu apa2 pasal kerja polis, Vat69 terus celik minda. Dan bila jalan cerita Athena berkisar pasal tentera, polis, haaa.. tak ke aku histeria. Tabik la bila terbayangkan Nad tu pompuan, survive dalam pusat latihan yang macam nak bunuh orang. Kena hentam dengan jurulatih yang memang macam nak bagi orang masuk kubur. Fuh! Aku tertanya2 jugak laa.. mesti QSS ni banyak buat research kan. Sebab hebat betuk QSS boleh tulis jalan cerita action macam tu. Pasal salah guna kuasa dalam teknologi. Lagi, pasal jadikan manusia bahan ujikaji. Means, agaknya manusia ni dilahirkan tak berjiwa kot. Buat ujikaji macam manusia tu tikus, kawal dia macam robot, dan kalau dia mati, mati katak. Ujikaji gagal dan cuba dekat manusia lain. Lagi, musuh dalam selimut. Berpaling tadah. Dan gunakan orang lain untuk kepentingan sendiri. Macam ending dia. Nak happy ending macam nak tak nak je. Ke semua novel QQS memang saja buat jalan cerita tergantung gitu. Macam movies action. Hujung2 dah happy ending dah tiba2 ada scene orang jahat tu nyawa liat lagi. Pastu the end. Nasib baik tak twist plot hero heroin jha. Jenuh aku nak menahan sakit dada dua kali. Ceh!


DSE pun aku kasi 7/10. Jalan cerita dia memang buat tertanya2 masa depan dunia memang akan sejajar seperti mana apa yang dibayangkan para pakar ekonomi, teknologi, saintis dan etc tu ke. Like, kereta terbang dan lain2. Sebab memang DSE buat aku terfikir, tak mustahil sebaliknya yang aku nak fikir lebih pun nauzubillah. Hakikatnya, fantasi itu jauh dari realiti. Realiti aku, hidup base on sunnatullah dan amar maruf nahi mungkar kan. Walaupun tengok dunia sekarang yang macam2. Perang sana perang sini. Tak mustahil 'Malapetaka Kritikal' tu akan.. nauzubillah. Lagi pasal time travel, keluar angkasa, ivy poison 😂, supernaturals, cincin ajaib, daemon yang banyak kaitan watak dalam AATP. Ending dia, macam aku cakap. Hurmm.. Lagi2 bila hujung2 tu buat aku meroyan nak beli Kau Kekasih Gelapku RESET and Mini Novel Myrna. Sob.. sob.. sob sambil mengira duit dalam tabung.

Good Job penulis Que Sera Sera untuk karya yang memuaskan ni. Andai terbaca apa yang aku pot pet pot pet kan ni. Silalah abaikan. Sebab Ainul memang tak reti nak buat review yang bertamadun sikit. Tahniah jugak sebab QSS dan bertambah peminat setia karya fantasi QSS. Tolonglah terima saya. Please pretty pleaseee.. 

Sekian.

Kampung Halaman,
Penaga, Pulau Pinang
Malaysia.

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye