Review Novel - Kalau Aku Kaya, Tausiyah Cinta dalam KAK

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua..? Sihat ke..? Eh, Ainul.. muncul ni nak mengepos sambungan ke..? Sambungan apa..? DLI..? SODA..? MLF..? CDL..? Ke cerita baru pulak..? Tausiyah Cinta..? Amboi gatalnya tangan nak mereka cerita baru.. cerita lama nak buat apa..? Pekasam..? Tak reti-reti nak sambung..? SODA tu bila nak perabih..? Nak jadikan khazanah kubur ke..

Amboi!

Wah! Wah! Wah! Bab nak membebel ke aku amboi! Amboi! Amboi!

Hehe..

Miyaneee..

Nanti segala macam tajuk cerita yang disebut tu aku sambung la ye.. Jemari tengah keras nak menyambung.. huhu.. minta maaf semua *Bow x10*

Jadi, tujuan hamba ke mari mencemar duli di mahligai berhabuk yang sekian lama tidak dijejaki ingin berkongsi rasa di hati.. acewah.. hentikan Ainul! Jangan nak buat pembaca muntah hijau!

Okey! Okey! Janganlah marah!

So, apa benda Tausiyah Cintanya ni..? Sini cek habaq.. ceq sebenaqnya nak cuba try test buat review novel. Ni first time tau ceq buat review novel dalam blog. Jadi kalau rajin bacalah review yang bakal dipenuhi repekan Ainul yang entah apa-apa tu. Mana tahu tergerak hati nak pm penulis beli novel ni.. haaa.. nampak dak permainan dia tu..

Okey.. apa novel nye..?

Jeng~ Jeng~ Jeng~



Tausiyah Cinta pada Kalau Aku Kaya

Wardah, Zakuan, Rayyan, Amzar, Abi Shuib dan tidak dilupakan Puteri dan juga Nuqman penyeri senyuman saya.. hehe..


Kehadiran mereka mengajarkan aku akan makna hidup melalui cinta, menyampaikan kepada aku kasih sayang mendahului segala-galanya. Takdir manusia, Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya.

Cinta, tausiyahkan hati untuk lebih dekat dengan Allah SWT jika kena landasannya, jika agama perisainya..

Jujurnya, pertama kali membaca tinta ilmiah ini aku lebih cenderung menyimpulkan kisah cinta biasa antara seorang lelaki dan wanita. Situasi juga sama seperti watak-watak novel yang pernah aku baca sebelumnya. Si lelaki kaya raya sedangkan si wanita hanya biasa-biasa tidak berharta.

Tapi, kehadiran KAK benar-benar memainkan perasaan, jiwa dan raga aku. First baca bab-bab awal di Portal Ilham yang tak habis tu memang teruja habis la. Perempuan macam aku bila baca kisah cintan cintun yang mengganggu jiwa hingga terawang-awang sampai langit angkasa memang angau terlebih. Tu yang tak sabar tunggu novel keluar, angau sangat sampai diulangnya baca dua tiga kali dekat Portal Ilham tu. Hehe..

Tapi bila dah ada edisi penuh dekat tangan, haa tak berenggang kau. Jatuh cinta dengan hubungan wardah WardahZakuan ingatkan akan terus sampai jinjing pelamin bila baca edisi penuh ni.. Tapi, huhu.. KAK benar-benar memainkan perasaan saya! Bahagia yang disangka ternyata saya tertipu! (Marah) -haha.. jangan marah Kak Juea. Impak emosi tak stabil cengginilah- Sebab rasa macam tak puas hati, mata tak lepas baca dari satu baris ke satu baris bila sampai ke satu konflik WardahZakuanR... . Berkerut-kerut dahi macam masalah besar gayanya kannn.. Ternyata tak sedap hati itu petanda, harapan agar watak-wataknya terus bahagia seperti agakan aku terguris pada satu cerita. Konflik yang biasa-biasa ternyata luar biasa. Lebih tak boleh terima hakikat..

What..?

Zakuan .......? Budak tu .......... dia? Dia pernah ............? Perempuan tu ex dia? Mati-mati aku ingat Zakuan tu anak teruna terlajak. Sesuai sangat dengan Wardah. Ternyata sebaliknya. Kuciwa hati kiteee.. Apa ni Kak Juea.. huhu.. campak kejap fon ke tepi.. tak boleh terima kenyataan. Kita pulak yang emo..

Tapi niat aku betulkan balik. Asalnya tulisan-tulisan Kak Juea aku terkinja-kinja nak baca sangat pun sebab cara penyampaian Kak Juea yang berilmiah kena dengan jiwa aku. Slot ilmiah dan santai. Hobi + ilmu.  Tak berenggang la aku dengan KAK. Haaa.

Okey, berbalik pada KAK, sebabkan niat asal nak kutip pesanan demi pesanan yang ingin disampaikan Kak Juea melalui KAK, aku teruskan bacaan. Tolak jauh-jauh jap kuciwa di hati. Yang penting asalkan WardahZakuan ni jadi. Onn.! Lagi-lagi Zakuan dah bertindak betul-betul nakkan si Wardah tu, terlompat riang aku atas katil Yeay Zakuan! Pertahankan Wardah. Yang lalu biarkan sahaja. Hidup mesti diteruskan. Jangan dilayan Wardah yang keras kepala tu. Nampak dak bila salah satu kipas susah mati WardahZakuan ni bersorak. Janganlah tak jadi Wardah tu dengan Zakuan. Walaupun Amzar tu gentleman dia lebih baik dari Zakuan yang cemburu buta, ego dan pemaksa sesuka hati dia. Tapi aku tetap nak WardahZakuan. (Hehe.. sorry Kak Juea, sesuki hati saya jha kan melabel anak-anak didik akak dalam KAK)

Tengah seronok baca kisah cinta WardahZakuan ni. Muncul pula si Rayyan ni. Mula-mula tak mahu layan sangat watak Rayyan ni. Yelah, mungkin Rayyan tu penyibuk je macam Adam ataupun penambah rasa kehidupan macam Amzar dengan Encik Azam. Aku fikir Rayyan ni wujud hanya konflik biasa-biasa antara WardahZakuan. Tak terjejas pun hubungan diorang. Kalau terjejas pun kejap je. Nanti okey balik. Zakuan kan akan dapatkan apa yang dia nak. Tak akanlah kalau gaduh dengan Wardah dia nak lepaskan perempuan kesayangan dia kann.. Haa, ni komen pembaca terlebih berimaginasi. Padahal baca pun tak habis lagi. Jadi, konklusinya Rayyan tu tak penting. Last2 Rayyan akan kecewa sebab Zakuan dengan Wardah dah nak kahwin. Yeayyyy!!

Tapi tak ku sangka.... Sobsssss..

........... dan Wardah!!!!!! WHAT??? Sekelip mata!!

Sekali lagi fon campak tepi. Tarik bantal busuk tutup muka. Lepas tu jerit. KENAPAAAA!!!?? Apa semua ni Kak Juea. Saja je kan nak dera jiwa raga orang. Habis hancur berkecai harapan saya. Seolah2 aku yang dipermainkan tu. Sakitnya.. macam aku yang rasa. Huhu.. pai ati.

Sambil baca tu tak henti-henti mulut  aku komen sensorang diri. Tolonglah! Keajaiban berlaku! Katakan ini semua dusta. Aku silap baca. Zakuan! cepatlah muncul! Selamatkan Wardah! Kesian dia... Huarrrr.. Sebelum tu lagi, terjerit aku dengan tepon tu macam orang biul. -seb bek tepon tu tak boleh cakap. Kalau tak, dimarahnya saya suruh diam. Bising sangat. Mujur je waktu tu semua takdak. Balik Malaysia. Jadi rumah itu saya yang punya- Yelah! Siapa suruh Zakuan tu sesedap rasa pas Wardah ke orang lain macam pas bola. Amboi lelaki ni! Huhuhu.. Zakuan. Mengapa kau tega sekali!

Huhuhuhu.. hembus hingus!

Rasa lomah tulang sum-sum den nak bergorak sambung bacaan. Masih tak boleh terima kenyataan. Macam aku yang dipatah-patahkan hatinya.. Air mata masih bertali arus.. Huhu..

Lama jugak memikir konflik WardahZakuan ni macam masalah besar tu aku yang kena selesaikan. Dah puas mikir walaupun tak selesai pun masalahnya kalau tak sambung baca, fon aku tarik balik. Lepas tu, aku letak satu tekad je. Ainul, kau baca betul-betul apa yang Kak Juea nak sampaikan ke pembaca. Yang kau yang terlebih emosinya kenapa? Asyik  nak mendongengkan cerita orang dengan harapan kau. Hish!

Then, Zakuan dah kena tendang jauh-jauh dari hati aku. Siapa suruh tak pertahankan Wardah betul-betul. Kau buat kat Wardah macam kau buat dekat aku tau. Jadi Wardah benci kau, aku pun benci kau. Cewah, perasan makcik Ainul seorang ni. Haish!

Nak tak nak, paksalah hati suka ke jejaka berkenaan walaupun dah tawar hati. Tapi hati kita siapa sangka. Jejaka yang dulunya aku benci sebab dia punca konflik WardahZakuan aleh2 aku yang tangkap lelehnya. Apakah? Ainul dah jatuh hati pada dia? Masa silam dia buatkan aku speachless. Ohhh.. itu je mampu cakap. Lepas tu bukan main kau Ainul tersengih sorang2 dengan watak si jejaka. Romantiknya. Lagi2 time dia dengan Wardah sama2 tidur atas lantai bersandarkan pintu yang sama. Adussss.. rasa nak je masuk dalam novel tu. Tolak Wardah jauh2, biar aku jadi gantinya.

Tapi Kak Juea kan, kejammmm.. sobbbs. Dah berkobar2 aku tengok perjuangan si jejaka dengan Wardah..

Again..
Mengapa..?
Tisu tak cukup dah..
Tepon letak tepi jap..
Tekak kering..
Penat nangis..

Aduh beribu kali aduh.. saja kan Kak Juea ni. Kejap bagi orang angau. Kejap bagi orang marah. Lepas tu, dah puas dera perasaan orang bagi orang nangis pulak. ehehehe..

And, the ending. Kepuasan yang maha puasnya. Hati aku terubat dengan permainan Kak Juea. Nasib baik dengan orang yang sangkut ke hati aku walaupun bukan orang tu. Kalau tak fon aku dah masuk tasik. Kun! Kata Tuhanku. Sejauh mana cinta itu dipisahkan oleh jarak dunia. Apatah ikatan tak mungkin dirungkai dek akad yang dilafaz. Hati, jika Allah SWT tetapkan ia pada dia, maka dialah jawapannya. Jodoh, andai itu yang ditetapkan Ilahi maka dialah jodoh yang telah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali.

Kesimpulan

Eh, Ainul. Kau baru bak buat simpul kasih ke?


Ehehe.. Kalau rajin. Silalah sambung bacaan ye.. Kalau tak rajin. Pergi beli novel Kak Juea, buat kesimpulan sendiri.

Karya Kak Juea. Seperti biasa. Tetap yang terbaik buat aku. Tak berkurang bintang aku untuk Kak Juea. 10/10. Macam MPR, macam tu juga KAK. Hehe.. Apa dia MPR tu.. Haa, pergi tanya Kak Juea. Tak nak buat review. Kena baca sendiri baru tahu.

KAK sangat mengajarkan sesuatu yang tak semua boleh terima andai itu yang berlaku pada kita. Setiap watak mengajar aku, hidup tak seindah yang diimpikan. Mengajarkan aku juga, realitinya takdir Allah SWT mendahului segala perancangan manusia. Mengajarkan aku, sehina2 manusia jika Allah menghendaki darjatnya lebih mulia dipandang penghuni langit daripada apa yang disangkakan manusia terhadapnya.

WARDAH

Dia mahu kaya bermaruah. Mahunya dia martabatkan islam dengan ekonomi bersyariat. Untuk kaya, dia punya cita-cita tinggi melangit.


Gadis tegas sedari awal sudah mengetuk hati aku. Dia buatkan aku jatuh cinta pada peribadinya. Membuatkan aku juga mahu jadi seperti Wardah. Dia pandai jaga dirinya jika bukan bersama yang halal untuknya. Dia sangat terdidik dengan agama. Jiwanya lembut. Prinsipnya utuh. Cita2nya tinggi menjulang. Tabahnya dia, biarpun tunggang terbalik hidupnya. Tapi Wardah tenang dan redha dengan takdir Allah SWT buat dia.

Allahhhh.. redhanya dia..
Wujudkah lagi gadis seperti Wardah..?
Mampukah aku setabah peribadi gadis ini..?
Wardah..
Sangat menyentuh aku dengan kasih sayang dia!
Dia lemah yang sempurna!
Dia tahu tujuan dah hala tuju hidupnya!
Dia yakin mengikut arus takdir yang ditetapkan Allah SWT buatnya!
Mengetepikan hati dan perasaan sendiri, demi redha Allah SWT yang dicari!

ZAKUAN, RAYYAN, AMZAR

Siapa sangka, hati sekeras Zakuan mudah dilenturkan oleh gadis bernama Wardah. Tidak suka membawa Zakuan mengejar gadis yang entah sejak bila bertapa di hatinya. Dia tak tahu bila dia jatuh cinta!?


Siapa sangka, dendam yang membawa pertemuan Rayyan dengan seorang gadis yang dia sendiri tak tahu gadis itu berjaya mengubah dendamnya kepada insan mulia.

Siapa sangka, Amzar yang dipandang Wardah biasa-biasa sahaja ternyata telah diketuk hatinya seawal pertemuan mereka lagi.

Jodoh, berjayakah Wardah menjadi milik mereka..?

Hanya kemunculan seorang Wardah, gadis ini menyentuh hati mereka dengan caranya sendiri. Wardah tak tahu peribadinya sangat menyentuh. Hingga mengubah Sang Adam ke arah yang lebih baik. Lebih dekat dengan Allah SWT tentunya.

Zakuan. Tegas dan mudah marah. Tapi sangat romantik tak ingat dunia. Kalau marah dia kerana dia sayang! Dia risau! Dia tak mahu Wardah hilang. Dia tak mahu rasa lagi penderitaan dan kekecewaan yang pernah dilaluinya. Rahsia kedingingan Zakuan, membuatkan Wardah sendiri tidak keruan melihatkan kemurungan jejaka ini. Wardah, dia titik mula perubahan Zakuan. Dari tak tahu, lagi dia mahu tahu. Dia mahu tahu tentang agama, jika Wardah yang ceritakan padanya. Wali Songo contohnya. Huhu..

Rayyan. Dendam yang akhirnya membuatkan dia sendiri terperangkap perbuatan sendiri. Sengketanya membawa dia rasa bersalah yang teramat besar kepada orang yang dideranya. Kerana dendam. Untuk membayar salahnya, kasih sayangnya perlu digadai. Tegakah? Tapi Rayyan, orang menyangka dia jahat luar dan dalam. Baik dia ternyata licik dan keji. Tapi hakikatnya, Rayyan tak sekejam yang disangka semua. Dia cuma mahu kasih sayang. Penyesalan. Allah SWT mahu ambil dia pulang dengan sebaik2 darjat.

Sungguhlah, pulangnya dia buatkan aku sangat cemburu. Cemburu yang tersangat. Allahhh.. Berpeluangkah aku dijemput pulang semulia itu..? Keampunan yang diberi.. Allahhh.. terduduk aku dengan kuasa Allah SWT mengubah segalanya sekelip mata. Izinkan aku diberi kemaafan seperti Kau berikan kepada Rayyan.. Izinkan aku diangkat darjatku semulia Rayyan.. Izinkan aku melafazkan taubat setaubat Rayyan yang penyesalan dan rindunya membawa dia ke sisi Tuhan. Rayyan.. beruntungnya kau..

Amzar. Lelaki budiman. Jika dia yang aku jumpa di dunia ini. Nak terus pergi bisik dekat umi, anak umi dah gatal nak kahwin. huhu.. Sejuk hati kalau jumpa anak teruna seorang ini. Pengorbanannya, dia tidak mengeluh dan kecewa berpanjangan. Dia ada sedikit persis Wardah, lembut tutur bicara kedua-duanya. Bantuan dihulur tanpa perlu tercabut anak tekak macam Zakuan. haha.. Mungkin kerana keserasian mereka, mereka terikat..? Mungkin.. hehe..

ABI SHUIB SOLEH

- Lelaki ini penyebab, lahirnya peribadi seorang Wardah.

- Lelaki ini yang mengajar Rayyan  mentauhidkan Allah SWT.
- Lelaki ini budiman berdiplomasi dengan jodoh Amzar.
- Lelaki ini yang menggerakkan hati walang Zakuan untuk kembali pada Tuhan.
- Biarpun dia bukan watak utama, tapi dia penyebab untuk semuanya. Andai ada, harapan aku ingin sekali dipertemukan peribadi lelaki sebaik Abi. Masih adakah..?

Encik Azam, Adam, Benn, Yong, Teman Sejati.. semuanya.. mereka punya watak tersendiri untuk menyentuh hati aku akan makna Tausiyah Cinta. Tausiyah cinta seorang Wardah mengajar aku mahu jadi kaya. hehe.. kaya kasih sayang dan kayakan harta aku. Tausiyah cinta seorang Zakuan, buatkan aku merendahkan ego aku, menggadaikan kemewahan aku demi kasih sayang Tuhan. Tausiyah cinta seorang Amzar, aku mahu sentiada berbudi bicara, meletakkan perasaan yang tinggi untuk siap berkorban, apatah lagi berlapang dada dengan takdir yang ditetapkan Allah SWT. Tausiyah cinta seorang Rayyan, buatkan aku mahu kembali pada Allah dengan sebaik2 darjat. Aku mahu mulia di hadapan Allah SWT!

Makkah..
Tempat terlahirnya Rasul aku SAW. Kekasih aku SAW ada di sana! Buatkan aku semakin rindu mahu ke sana. Tiada tempat yang paling aku mahu jejakkan kaki selain ke sana. Dengan umi, dengan abah. Demi sempurnakan agama aku yang belum lagi sempurna. Terima kasih untuk mereka berdua, menunjukkan pengorbanan dan perjuangan kalian di sana. Buatkan aku lebih bekobar-kobar. Moga aku juga diizinkan mulalui hal yang sama, menziarahi tempat yang sama di sana nanti.
Amminnnn..

Terima kasih,

Terima kasih,

Terima kasih,

Terima kasih Kak Juea telah beri peluang kepada saya untuk kenal watak2 ini. Terima kasih kerana gigih menulis KAK. Setiap ibrah yang akak sampaikan, tentunya menjadi pedoman saya sebagai salah satu bimbingan hidup. Doakan saya kak, agar dapat jejakkan kaki di tanah suci sana. Saya mahu ziarah Rasul saya SAW. Doakan saya juga agar dipertemukan dengan orang-orang seperti mereka di kehidupan saya yang akan datang. Walaupun tidak pernah bertemu, tapi saya tahu Wardah, Zakuan, Rayyan, Amzar, Abu Shuib.. mereka wujud di bumi ini. Dan Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan Kak Juea yang meninta kisah ini. Hebat wataknya, kerana hebat penulisnya.

Sekian celoteh panjang + merapu meraban + merepek entah apa2. Moga tak bosan ye semua. Hehe.. Again, terima kasih Kak Juea untuk hadiah sehebat MPR sehebat KAK.. teruskan menulis lagi Kak Juea. saya tetap kipas susah mati karya akak.. Salam Sayang.. Ainul Zaidi

---


SINOPSIS - BACK COVER
Wardah Sakinah cuma mahu jadi kaya. Dia tak mahu pada cinta. Rimas!
Tetapi cinta dan kekayaan datangnya bergolek seiring. Bukan satu atau dua… ahhh! serabut jadinya. Hidup seorang Wardah jadi haru-biru. Macam mana hendak bersilat untuk menepis cinta ramai jejaka?
“Saya tak tahu, Wardah. Awak yang patut beritahu saya. Kenapa awak ada dalam hati saya, fikiran saya, dalam jaga saya, dalam tidur saya. Apa yang awak dah buat dengan saya?”
– Muhammad Zakuan Muhammad Ridhwan
“Saya tak jahat, kan? Saya dah tunai janji. Sekarang giliran Wardah pula. Kita nikah?
– Rayyan Haykal Mustafa
“Saya juga nak jadi lelaki macam tu. Yang sabarnya sampai sanggup tidur di lantai jika Wardah tak buka pintu bila saya balik lewat. Sebab saya tahu, pasti Wardah dah terlena di lantai yang sama, menunggu kepulangan saya.”
– Adam Matin Abdul Muhaimin
“Abang sayang Arda. Tak kisah Arda terima pinangan abang atau tak. Sayang tu tak berubah.”
– Amzar Mikail Khairuddin
Wardah buntu dan keliru. Lain yang dicita, lain pula yang mendatang. Semakin diasak, semakin berkocak hatinya. Sampaikan terhambur dari mulutnya. “Saya tak tahu siapa jodoh saya! Saya bukan Tuhan…!”
Namun takdir bukan mainannya. Manalah mampu gadis yang selembut itu hatinya mahu menolak fitrah. Akhirnya dia jatuh juga…
“Saya lawan perasaan saya pada awak macam nak gila selama ni sebab saya tak pernah sangka awak sayangkan saya! Sekarang awak nak bunuh diri, nak mati katak, nak tinggalkan saya? Awak ni gila, awak tau tak! Lepas tu awak nak buat saya pun jadi gila jugak?”
– Wardah Sakinah Abdul Hanif
Sayang seribu kali sayang, tiba-tiba kasihnya dipatahkan dengan begitu kejam. Tanpa dia faham, dirinya terheret dalam kancah dendam dan dia pula menjadi taruhannya! Bergelut antara simpati, kasih sayang dan kemaafan, Wardah tetap bangkit meraih cita-citanya. Dia hanya mahu jadi kaya!
KALAU AKU KAYA lahir dari rasa untuk membawa rasa. Apakah seorang Wardah ada dalam diri-diri kita? Dapatkan naskhah ini yang bukan saja membawa kita asyik dengan ceritanya tetapi juga untuk bertemu siapa diri kita di hujungnya nanti.

---

Rumah Konoha,
Ain Chok, Casablanca,
Morocco.


Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye