Maroc: Love Footprint 3
Assalamualaikum wbt.
Semuanya sihat-sihat ke? Bagaimana Malaysia ye sekarang. Ada siapa-siapa nak kongsi. Rindu sangat nak tengok Malaysia. Saban hari hanya berita menjadi teman sejati aku. Kalau ada yang bercerita lagi seronok kan? Ehh.. Ainul ni. Mengada pula.
Sekarang dekat Morocco dah masuk winter. Kalau dekat Casa ni tak adalah nak mimpi boleh jumpa salji. Tapi sejuk dia, tak boleh tidur walaupun dah berlapis-lapis winter coat dekat badan. Mood pun lembab semacam je, sebab tak tahan sejuk. Nak buat apa-apa pun dah tak senang duduk. Nak menulis pun ya ampun, menggeletor tangan ambo! Kalau nak jumpa salji dekat Morocco ni dua tempat jha, satu dekat Marrakesh dan satu lagi dekat Fes. Dua-dua tempat ni ada salji sebab ada gunung tinggi. Memang bersalji la.
Ok, belanja gambar se.. gunung je memutih!
|
Jauh pula ambo cerita bab lain. Ha, sini ambo kabor ke demo. Sebenarnya, bab M:LF 3 dah siap menulis. Tapi, serba salah nak post. Sebab rasa macam bab kali ni macam aku nak bagi tazkirah dekat budak-budak. Panjang lebar aku bebelkan bab *post gambar di laman sosial. Aduh, mohonlah jangan ada yang cop aku ni ekstrimis pula. Niat aku nak sentuh sikit ja supaya kita sama-sama dapat munasabah. Tapi, kalau aku dapat membebel tu. Memang sampai masuk bab lainlah. Satu bab ke satu bab. Sebab tu kalau dalam bab M:LF 2 aku just sentuh sikit-sikit. Kalau hurai panjang-panjang memang! Memang tak mahu berhenti!
Apapun, aku benar-benar berharap sangat apa yang ingin aku katakan daripada hati yang tak terluah ini dapat menyerap masuk kedalam hati-hati pembaca. Mohon maaf sangat-sangat kalau ada yang tidak senang hati. Ada yang tak mahu dah baca apa yang aku tulis. Tapi, ini matlamat aku. Prinsip penulisan aku. Menulis biar berisi. Bukan aku tidak pentingkan jalan cerita sehingga menenggelamkan watak utama, plot dan jalan cerita. Di masa akan datang, aku akan perbaiki penulisan aku. Biar keduanya seimbang. Agar pembaca tidak terlalu disogok dengan pelbagai itu ini. Aku rasa seolah-olah aku ni terlalu syadid pula. Baru mula menulis dah kata itu tak boleh, ini tak boleh. Hurmm.. tak apalah. Apapun penerimaan pembaca, aku harap semuanya terbuka hati menerima apa yang aku ingin sampaikan buat kita semua.
Kita. Sebab penulisan aku sendiri lebih tepatnya aku menulis untuk diri sendiri. Kerana aku terlalu mengenal lemahnya hati ini. Kerana aku terlalu rapuh untuk bergantung pada diri sendiri. Nukilan diri adalah satu-satunya cara aku menegur diri aku . Apabila aku baca balik, tulisan aku yang mengingatkan aku kembali siapa aku . Apa yang aku terlalu leka. Apa yang aku tak tunaikan hak manusia dan hak Tuhan. Kerana itulah, aku ingin sangat kongsi doa penguat hati. Doa pembuka harapan. Semoga ada manfaatnya buat kita bersama.
pst: nak baca tak? ---> http://www.tafsirqu.com/2015/06/mengenal-hasad-dengki-dan-iri-hati-dan.html
So, apa cerita Sharqawi dan Hilda. Disebabkan menulis pun semput-semput. Banyaknya nak membebel je kerja. Jadi, nothing to much. Cerita dalam teksi je pun. Jom baca sikit fasal Sharqawi yang tak pernah putus ada dan Hilda yang sudah pasrah.
>>>>> Hilda menggosok-gosok tangannya yang kejang dek terlalu lama digenggam Sharqawi. Itupun tangannya dilepaskan kerana Sharqawi ingin membetulkan duduknya. Lenguh mungkin. Tanpa menunggu, Hilda pantas merapatkan tubuhnya ke pintu teksi serapat-rapatnya. Tanggannya disorokkan daripada membuka peluang digapai Sharqawi.
Sebentar tadi setelah teksi kosong ditemui, Hilda terus memboloskan tubuhnya di tempat duduk belakang kerana fikirnya Sharqawi akan ke depan dan Hilda tidak perlu dudk bersebelahan dengan Sharqawi. Malangnya, tekaannya salah. Setelah bagasi diambil pemandu teksi lalu diletakkan di ruang letak bagasi di atas bumbung teksi, laju sahaja Sharqawi membuka pintu teksi di belakang pemandu dan duduk di sebelah Hilda. Sharqawi pula tanpa membuang peluang menarik jemari Hilda ke riba dan dielus lembut. Hilda tak terkata, ingin disentak mustahil sama sekali. Sudah pastinya dia akan kalah. Apa sangatlah kudrat wanita sepertinya. Daripada perlu berdepan sekali lagi adegan seperti tadi, ada baiknya Hilda mengalah terlebih dahulu.
Sharqawi senyum senget melihat cubaan Hilda menjauhkan diri ke sisi pintu. Persis anak kecil yang takut dipukul ibu. Tapi Sharqawi bukannya merasa kasihan, lagi sukalah dia mahu menyakat. Tanpa rasa bersalah, lengan kanan Sharqawi melingkar pada bahu Hilda. Sharqawi menundukkan sedikit tubuhnya memanjangkan tangan kirinya memeluk pinggang Hilda. Dengan sekali tarikan, tubuh kecil Hilda diseret rapat ke sisi Sharqawi. Senang hati Sharqawi melentokkan kepalanya di bahu Hilda lalu memejamkan mata. Cuba meredakan rasa letih yang mula terasa. Sudahlah Sharqawi langsung tidak dapat melelapkan mata sepanjang penerbangannya dari Malaysia ke Morocco dek gelisah yang bertamu di hati memikirkan penerimaan Hilda. Namun, melihatkan Hilda yang sudah ada di depannya menerbangkan segala gundah walaupun terang-terangan Hilda menolaknya dengan bahasa bisu. Tapi Sharqawi tidak kisah. Masa sentiasa ada untuk dikejar merpati liar ini.
Tertutup mata Hilda menahan seram. Meremang segala bulu romanya terlalu takut dengan apa yang dilakukan Sharqawi. Tangannya pucat sejuk membeku. Jantung usah ditanya, sakit dadanya sedari tadi terlalu laju berdetak. Umi, selamatkanlah Hilda daripada lelaki ini. Entah apa lagi yang akan dilakukan pula lepas ini. Dan kenapa? Kenapa lelaki ini terlalu berani? Berani berkelakuan lepas laku di depan semua orang. Tidak rasakah dia malu yang sepatutnya bertamu saat perbuatannya mengundang retina manusia untuk memandang mereka. Andainya terlalu suka dan teruja sekalipun, usahlah dipertontonkan kepada semua orang seolah-olah ingin beritahu kebahagiaan diri. Tak terjangkau dek aqal Hilda memikirkan apa yang begitu menerujakan Sharqawi, sedangkan laku pulang yang dibalas Hilda semuanya riaksi menyakitkan hati. Tapi, tiada satupun mengundang rasa marah si jejaka. Malahan, bertambah seronok adalah. <<<<<
Baca versi penuh di sini..
------------------------
Maaf ye kalau membosankan. Bab 4 dah rangka sikit-sikit. Kalau sempat insyaAllah, esok muncul dekat blog. InsyaAllah, saya tak mahu janji ye. Apapun selamat membaca. InsyaAllah, jika tiada manfaat rugilah saya mensia-siakan kurniaan Tuhan. Kafarah yang dapat diambil bersama, sama-sama kita tanamkan dalam hati. Oh ya, fasal sambungan SODA nanti-nantilah ye. Hardisk ada dalam beg, malas nak ambik. ((Y)) . Jumpa lagi semua.
Comments
Post a Comment