Review Buku - Arkitek Jalanan
Assalamualaikum wbt. Tadi baru bebel pasal #PelukisJalanan. Terus nak bebel buku sambungan Teme Abdullah.
Baru habis #PelukisJalanan terus aku tarik buku ni pulak. Anyway,
aku baru je habiskan Arkitek Jalanan tadi. Sebelum balik sini, aku baca separuh
je. Sebab dah lama tinggal, aku ulang balik baca dari awal. Macam biasa, 10/10.
Teme tak pernah mengecewakan untuk membakar motivasi aku berkobar-kobar.
Nak-nak tengah merudum semangat macam siput sekarang ni. Dua ketul terus buku
Teme aku khatam. Bukan je berkobar-kobar, meleleh-leleh hah air mata air hingus
aku. Terharu punya pasal.
Amazing gila relationship diorang. Walaupun, penerbit
cakap Teme lebih banyak ketengahkan kritikan sosial dalam AJ. Tapi apa yang aku
nampak betapa seorang sahabat itu sangatlah memainkan peranan yang besar atas
jatuh bangun seseorang. Waktu ni aku teringat nasihat Kak Syifa waktu awal-awal
aku sampai sini.
‘Kenal dan sokonglah kawan kita sebab dekat sini kita tak
ada mak ayah untuk menyokong kita, untuk pantau sakit demam kita. Kadang-kadang
tu, kawan kita lebih kenal siapa kita berbanding keluarga kita. So, selalu jadi
seorang yang berguna untuk kawan walaupun awak ada pilihan to be selfish.”
Aku teringat juga satu hadis ni, betapa Teme dan Ahmad sangat
mengamalkan hadis Nabi SAW bahawa seorang mukmin itu cerminan untuk mukmin yang
lain. Aku tahu kisah ni tak wujud hanya dalam buku sebab aku ada sendiri kawan
yang macam ni. Tapi tak duduk satu rumah dengan aku. Tapi boleh nampak
‘kekembaran’ mereka setiap kali jumpa. Aku pun automatik jadi baik kalau duduk
dengan deme dua orang ni. Huhu..
Okey, aku nak cerita pasal buku dah apahal masuk topik
lain ni. Tapi aku still tak leh move on dengan keakraban #TemeAhmad ni haha. Aku
boleh rasa satu perasaan hangat baca kisah kembar ni. Sahabat yang tak sepanjang
masa sweet talker. Kau buat benda buruk pun – ah, it okay. Tak ada apalah. Ini
tak, waktu diorang putus asa, waktu diorang silap, waktu diorang tak ada
keyakinan, diorang sentiasa ada sesama diorang. Aku tahu kuncinya diorang ada
kepercayaan yang sangat tinggi to each other which I don’t have it.
Haha, biasalah. Kepahitan tu mengikis rasa percaya dalam
diri aku. Aku ada masalah percayakan orang. Tapi, aku dah sedaya mungkin tau
untuk tengok kawan tu something yang precious untuk dilepaskan. Lagi-lagi bila
berkawan dengan orang yang ikhlas, aku akan rasa seronoknya ada orang macam ni
sepanjang masa dengan aku. But, I always had ‘buts’ after i thought like that.
Sorry deh.
Aku suka betapa hardworkingnya seorang Teme yang mana aku
rasa aku tak mampu jadi macam dia. Aku suka bila Teme ajar suruh kita letakkan
cita-cita yang tinggi walaupun kita tak tahu pun hasilnya tercapai atau tak.
And amazingnya, he really tried hard to achieve his goal. He’s not someone yang
bla bla bla but do nothing –akulah tu- Dan Ahmad pula ajarkan aku untuk belajar
melihat nikmat yang aku dapat bila masa aku gagal dapat sesuatu yang aku
usahakan. See, they’re so completing to each other lah. Haha.
Satu jha aku geram. Watak antagonis ni kan memang kena
ada kan dalam hidup. Aku nak je kasi si buah oren tu rasa cili melaka Malaysia.
Sumbat banyak-banyak sikit dalam mulut dia. Mujur ada Ahmad. So Teme, jangan
baik sangat nanti orang pijak kepala. Huhu.
To Teme,
Terima kasih for this precious gems. Dua kali ulang baca
pun macam baru baca balik. Masih buatkan aku berkobar2 dan meleleh air mata air
hingus. I will enjoy the process Teme. Wish me to produce a great work.
InsyaAllah. Sorrylah, aku memang suka merepek banyak2 walaupun nak kasi review
buku je pun. Orang selalu cakap, Ainul buat cerpen. Hehe..
Next mission, jajah #ImpianJalanan dan #Empayar. #Empayar2 tunggu aku balik
Malaysia. Adios!
----------------------
Sekian.
Rumah Konoha,
Ain Chok,
Ain Chok,
Casablanca,
Morocco.
Comments
Post a Comment