Musim Semi yang sibuk dan amanah!

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar pengunjung2 setia blog aku ni..? Eh Ainul, ada orang datang ke..? Entah, minta2 adalah kan.. kalau tak syok sendirilah kau Ainul oi!

Okey, Ainul kalau diberi peluang untuk bercakap susah bonar nak berhentinya. Setelah sekian lama menyepi, setelah tiga bulan lebih berlalu kini aku kembali. Tepukan gemuruh untuk Ainul! (krik.. krik.. krik) Oh, abaikan. Jadi, sedar diri menyepi tanpa kabor, den nak minta maaflah ye ke cik, encik, tuan, puan semua. aku ni sebenarnya tak berapa pandai nak urus masa. It's just when I like to do something, I just did it with out think about it first. hehehe.. disiplin dengan time management memang out!

Lagipun, sebenarnya sibuk sikit deh. Sibuk dengan aktiviti persatuan sampai tak terkejar nak buat benda lain. Okey, itu boleh terima kan. Walaupun sebenarnya culas nak bukak blog ni, sedangkan wattpad aku bukan main lagi nak update selalu. Hehe, jangan marah ye nanti cepat tua. Moh le jenguk. Kalau rajin votekan sekali. Demand!

Tiba2 teringin nak share apa benda lah cik Ainul ni sibuk sangat kan. It's spring in Morocco. Tada..

credit photo: pinterest
Jadi disebabkan musim bunga dekat sini, adalah dapat cuti seminggu. Tapi cuti macam tak cuti. Sebab kena turun ke Rabat, pusat pentadbiran Morocco dek program yang bertindan-tindan perlu hadiri. Terutamanya program under AMT Persatuan Mahasiswa/wi Malaysia di Maghribi (PMMM) iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (Muktamar) waktu ni. Sebelum tu Program Seminar Pembangunan Intelek (SPI), program yang membincangkan isu2 muamalat kontemporari. Seronok dan rasa kerdil sebab dikeliling students Master yang membentangkan kertas kerja masing2 yang mana ilmu mereka, Subhanallah! Kelu lidah untuk menilai. Terasa diri ini masih terlalu banyak kekurangan, itupun rasa gah dengan ilmu yang tidak sampai setitik pena di dalam diri ni. Ujub yang mengundang murka. Nauzubillah! Faghfirli ya rabb..

Sekitar suasana program
Barisan pembantang

Kalau nak tengok full album boleh ke Page PMMM. Sebelum SPI, ada Program Khalifah Camp untuk barisan pemimpin baru yang akan mentadbir persatuan 2017/18 nanti iaitu lepas Muktamar Tahunan.

Sebut pasal Khalifah Camp ni kan aku teringat kata-kata Ustaz Farouq, penyampai slot Pengucapan Awam dan Komunikasi. Disebabkan program kem ini untuk barisan pimpinan AMT dan ALP sesi akan datang jadi beliau ucapkan takziah dan tahniah. haha.. Tak pelik pun. Beliau cuma tekankan "Jangan takut untuk memegang jawatan. Sebab sekiranya jawatan itu tidak diminta, kita akan dibantu kelak. Jangan jadi orang yang meminta-minta jawatan kerana perkara itu sia-sia."

Lalu beliau mendatangkan hadis Nabi SAW yang terdapat dalam Sahih Bukhari. Beliau baca hadis tak penuh tapi cari balik insyaAllah mafhumnya macam ni. Telah menceritakan kepada kami Hajjaj bin Minhal telah menceritakan kepada kami Jarir bin Hazim dari Al Hasan dari Abdurrahman bin Samurah mengatakan, Nabi SAW berkata kepadaku: “Wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah kamu meminta jawatan, sebab jika kamu diberi jawatan dengan tanpa meminta, maka kamu akan ditolong, dan jika kamu diberinya karena meminta, maka kamu akan ditelantarkan, dan jika kamu bersumpah, lantas kamu lihat ada suatu yang lebih baik, maka bayarlah kafarat sumpahmu dan lakukanlah yang lebih baik.."

Aku pun terfikirlah, rupanya ada hadis larangan minta jawatan ni. Curios nak tahu search la beberapa artikal berkenaan hal ini. Salah satunya terbaca dalam . Alhamdulillah, faham la jugak. Tapi, macam mana kalau jawatan tu kita tak minta tapi ditawaekan malah ada yang dipaksa -mengalami sebenarnya- Baca balik hadis "Sebab jika kamu diberi jawatan dengan tanpa memint, maka kamu akan ditolong". InsyaAllah, bismillahitawakkal Allah bantu. Amin. Walaupun sebenarnya dah terima tawaran tu sebelum kem lagi huhu. Hikmah supaya berlapang dada dengan taklif bila dengar nasihat Ustaz Farouq. Teringat pesan seorang teman 'Dah lama sangat hang berehat.' Ringkas katanya tapi buatkan aku terfikir lebih mendalam. Tujuan hidup itu ada taklifnya (tanggungjawab) dari Allah. Fikirkan umat yang kian tenat, hatta dari kalangan sahabat perjuangan juga termasuk aku. Hati kecil lirih memujuk, hidup penuh dengan tanggungjawab. Usahalah semampu aku untuk melakukan perubahan walaupun sedikit. Nanti jumpa Allah, sekurang-kurangnya dah jawab. Aku buat ini dan ini. Jangan takut. Allah kan ada. Hurmm.. Gambate!

So, lepas Khalifah Camp, ada Program Kursus Jenazah, Ceramah Intelektual dan Ziarah Salle. Sufisme detected! Huhu.. timba pengalaman jauh pandangan kan! Tapi tak sempat nak join pun sebab Ainul and the gang kena masak nak jual hari SPI nanti. huhu. Pohpalehweh Sdn. Bhd. Laksa, Nasi Kerabu, Nasi Ayam Masak Merah dan Cheese tart. I tukang masak laksa jha walaupun dekat sini guna spagetti jha sebagai laksa. Tak sanggup den nak menggelitir dengan beras. Penat weh! Lepas tu jadi runner. Nak isi perut orang yang 100 lebih tu. Lebih penat sebab kitaorang masak di Casablanca, ye lah rumah kitaorang dekat sini tapi program di Rabat. Naik kereta ke Rabat 1 jam lebih okey! mujur sewa kereta, kalau tak ada tu jenuh nak kejar train usung bungkusan makanan dua tiga empat beg. Masuk kereta semua pengsan, yang tinggal tukang pemandu jha. Kesian dia krik.. krik dalam kereta.

nampak bekas makanan yang ada colour biru dan kuning tu.. haa kitaorang punya kerja la tu..
Dan setelah program2 di atas selesai maka berlangsunglah Muktamar Tahunan selama dua hari. Nak tahu apa muktamar ni.. meh sini koi cerita. Muktamar ni medium di mana barisan pentadbir semasa akan membentangkan pelaksanaan program yang dikendalikan sepanjang pentadbiran mereka. Mereka ini yang terdiri daripada Kabinet Bayangan... Eh, merepek. Barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) iaitu Presiden, Timbalan Presiden 1, Timbalan Presiden 2, Ketua Jabatan Setiausaha Kehormat (JSUK), Timbalan Setiausaha 1, Timbalan Setiausaha 2, Bendahari Agong dan Timbalan Bendahari Agong 2.


Dan bawah kelolaan AMT ni ada tiga:- 
1) Jabatan Eksekutif/Barisan Ahli Lembaga Tadbir (ALP) iaitu Exco Pendidikan, Exco Kebajikan, Exco Rohani, Exco Ekonomi, Exco Penerbitan & Dokumentasi, Exco Kebudayaan, Sukan & Rekreasi dan Exco Perhubungan Antarabangsa. 
2) Jabatan Kepenghuluan
3) Jabatan Nuqaba'
Barisan AMT/ALP sesi baru 2017/18.. AMZ ada ke dekat situ..?
Sebelum dimulakan mesyuarat, perlulah dirasmikan dulu. Biasanya dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Maghribi. Lepas perasmian, persembahan dan penyampaian hadiah barulah mesyuarat mula. Jadi, semua yang disebut diatas tu perlu membentangkan laporan program diorang dalam mesyuarat. Dan mereka ini perlu menerima sebarang kritikan daripada ahli, soal jawab apa semua tu lah. Hari Muktamar ni juga ada pebentangan usul yang mana usul ni nanti kalau diterima akan dimasukkan dalam pelembagaan persatuan. Ataupun usul ni juga bertujuan untuk mengeluarkan sebarang perlembagaan yang tidak lagi sesuai dalam pentadbiran. Lebih kurang begitulah ceritanya.

Antara soal jawab ahli kepada barisan AMT & ALP.. sesi paling seram doh.. kena bantai!
Lepas selesai pembentangan laporan dan cadangan usul, mesyuarat diteruskan dengan penyerahan SOP dan pertukaran kabinet AMT dan ALP sesi semasa ke sesi yang baru. Jadi, AMT sesi baru ni kena bentangkanlah moto pentadbiran, pembentangan bajet dan lain2. Lepas tu sesi bergambar untuk masuk report.
Sesi penyerahan SOP
Sekitar ahli2 PMMM yang hadir. Barisan tengah tu kabinet baru.. Nak juga guna perkataan kabinet..
Lepas habis program Muktamar ada lagi meeting antara AMT dan ALP di Kenitra esok tu. Lebih kepada sesi suai kenai. Bincang punya bincang habislah meetingnya. Tapi kaki ni tak mahu lagi kembali ke kediaman asal. Jadi, langkah terus diatur ke stesen keretapi membeli tiket ke Salle untuk bertemu Kak Hawa mantan timbalan Jabatan dot dot dot sebab nak minta taujihat dan penerangan secara detail. Amanah jawatan yang dipegang perlu jelas skop tugasan agar tidak terlepas apa wajib dilakukan. Sebut pasal amanah ni, kena faham ertinya.

<<Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu Amat zalim dan Amat bodoh. (QS. Al Ahzab/33: 72)>>

Ada yang mengatakan amanah itu bermaksud ketaatan hamba. Dan ada juga mengatakan kewajiban seorang hamba. Dalam Tafsir Ibnu Kathir amanah ialah taklif (tanggungjawab) dan menerima semua perintah dan larangan berikut pensyaratannya. Iaitu jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan mendapat siksa. Daripada ayat, manusia itu menerima amanah sebenarnya kelemahan, kebodohan dan kezalimannya. Terkecuali bagi orang yang diberi taufiq oleh Allah dan akhirnya hanya kepada-Nya kita memohon pertolongan. -Kalau nak syarah yang lebih panjang dan detail boleh ke Tafsir Ibn Kathir online.

Kalau dari pehaman ringkas saya: Akhirat nanti akan ditanya "Hari sekian, waktu sekian, jawatan sekian kau buat tak?" Kalau tak buat kau rasa apa jadi dekat sana nanti?

Amanah ni jangan pandang ringan. Sekecil2 perkara jika ianya dinamakan tanggungjawab hatta tugas buang sampah sekalipun tetap dinamakan amanah! Bukankah setiap laku kita akan disoal nanti walaupun sedang memintal benang..?

Hampir satu jam lebih bersembang dan berbincang dengan Kak Hawa pasal SOP kerja nanti, terus minta izin nak ke stesen kereta api, sebab nak kejar train ke Mohammadia pula. Takut sampai sana dah maghrib. Den ni takut sikit malam-malam, seorang diri pula tu walaupun dah selalu buat. Alah, buat2 berani je. Disebabkan penat nak bekejaran walaupun tengah terkejar2 dengan beg galas yang mengalahkan 10kg beratnya jadi aku putuskan naik tram ke Rabat. Padahal train station dekat Salle tu dah dekat sangat. Bukannya apa, nak rehatkan kaki kejap, kesian dia. Sambil terapi diri tengok permandangan sekeliling Morocco yang cantik! Kalau naik train tak nampak. Lagipun ada aircond yew! Hampir 30 minit jugak barulah sampai Rabat train station dan I pun dengan confidentnya beli tiket, ingatkan boleh terus dapat masuk train. Rupanya, hurmm.. Hujung minggu Musim Semi. Semua rakyat Morocco yang bekerjaya di bandar ingin kembali ke sana. Kerja kata mari weh!

Turun jha dari eskalator terjegil biji mata tengok dah macam ikan sardin dalam tin! Jadi, terpaksalah juga tunggu satu jam sebab ramai sangat orang. Satu demi satu train yang sepatutnya aku naik berlalu pergi sebab tak sanggup berhimpit di tambah pula cuaca Musim Bunga pada waktu petang sangat membahang panasnya. Sedar masa kian berlalu, malam pula mula menunjukkan tanda akan melabuhkan tirainya. Dengan paksa rela aku jejakkan kaki ke dalam train. Dan seperti dapat di agak, tak ada tempat duduk kosong pun, maka kaki pun kembali melangkah ke depan pintu train. Senang sikit, kalau sampai boleh keluar terus. Tak payah berebut-rebut. Maka, berdirilah aku di situ bersama beg 10 kg. Mujur depan pintu ni ada angin. Jadi, sejuklah juga hati yang panas tu kan.

Setelah satu jam bediri, tibalah ke kampung halaman Mohammadia. Tanah pertama yang aku jejaki dan diami setelah sampai di Morocco. Kena jejak juga kampung ni, nanti balik Casa teringat. Ketenangan sebenar, di sinilah untuk aku. Lagipun kena jumpa Kak Husna, den punya pemantau. Kena bincang program2 apa yang akan aku kelolakan nanti. Beliau banyak beri nasihat dan bantu untuk aku buat kerja. Menyusun rancangan bersama, akan ku ingat saat ini. Terutama bantuannya memudahkan kerja aku untuk menggunakan whatsapp di ladtop sebab Zenphone mati tak mahu hidup. Dan sebulan dah. Nak baiki, duit tengah nazak sangat. Dengan menggunakan aplikasi Bluestack di ladtop, rasa macam nak lompat bintang sebab kerja semua boleh buat. Nak berhubung dengan orang mudah. Alhamdulillah. Akan aku ingat kesanggupan beliau sehingga sanggup mengadap ladtop aku dulu setelah bangun tidur sebelum cuci muka dan gosok gigi terlebih dahulu, Sarapan pun belum! Gigih kan dia.

Untuk balas jasa si kakak sebelum kaki melangkah lagi kembali ke kota perindustrian, medan ilmu ditimba Kota Casablanca. Rancangan yang asalnya hanya sehari di Mohammadia, dengan senang hati bertambah jadi tiga hari. Sebab si kakak ni nak merasa karipap. Ha, jadi bersilalah kami berdua mengelim karipap di ruang tamu sambil berceloteh dengan satu cerita ke satu cerita. Bab kahwin pun masuk. Biasalah bercakap dengan orang yang umurnya yang sudah sampai waktu untuk kahwin tu, kita yang tak cukup umur ni tadahkan je lah telinga kan..

Gambar lama ni, tapi nak bubuh jugak.. nak bagi ada.. hehe

Dah masak.. jom makan..
Train yang sama tapi destinasi berlainan, salam dan pelukan beserta nasihat dari seorang kakak saat perpisahan itu hampir di penghujungnya. Casablanca dan Eljadida, jika dilihat pada peta dekat jaraknya. Tapi, jika diukur pada tanah perbeluh juga hendaknya. Paling kurang tertidur jugalah kau dalam train hijau tu. Dan finally, I am home! Walaupun rasa macam balik asrama. Huarr, umi nak balik.. Niat kembali dibetulkan, jadual yang penuh cuba disusun dengan lebih teratur. Kelas yang menunggu untuk dihadiri terbayang-bayang di benak. Dengar kata, notis exam dah keluar. Lagilah rasa nak balik Malaysia. Rasa baru jha exam bulan 12, 1 dan 2 haritu. Ni nak exam dah? Bulan 5 tanggal 22.. Lomah palo lutut den. Walaupun keluhan demi keluhan itu tidak baik sebenarnya, tapi bibir ini tetap ingin mengeluh. Belajar dan komitmen, dua perkara yang bukan mudah. Tambah2 orang yang teruk time management macam saya ni. Hai la Ainul.

Bandar Casablanca yang padat. Credit photo: pinterest
Malam yang berangin. Gambar waktu super moon. Nak masuk contest the beautiful supermoon, tapi sedar kita Zenphone jha. Sobs..
"Assalamualaikum, mak dah balik." Dengan suara itik yang serak sebab kahak tersekat di kerongkong dek batuk dan selesema, cubalah nak buat-buat ceria. Padahal muka nampak sangat penat. Home sweet home. My Casa! Esok tu tak pergi kelas, demam musim bunga menyerang!

---------------------

Kisah yang berjela2. Padahal niat asal nak post SODA dan MLF.. huhu.. Next post la ye.. janji!

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye