CDL dah habis!
Assalamualaikum wbt,
Aku datang lagi. Tak mahu menceceh banyak2. Nak kabor ke semua je lah CINTA Dan Lelaki dah habis. Jadi jemput baca semua. Kalau rajin komen la sekali. Nak tahu jugak okey ke idok apa yang aku merepek ni. Penulisan betul ke, plot, gaya bahasa, idea lemau ke, dan lain-lain. Komentar untuk perbaiki penulisan aku agar lebih baik dan pastinya untuk kesenangan para pembaca semua. Huhu.
Jadi, siapa nak baca versi penuh? Ha, meh la tekan link dekat bawah ni. Hehe..
Atas ni versi yang aku dah pendekkan.. pendekkan? Ye ke Ainul. Macam sama panjang je. Eh, maksud aku versi yang aku padatkan.. sekalikan lima bab dalam satu.. haaa.. yang tu sebenarnya nak cakap. Kot-kot ada yang malas nak baca banyak2 bab ni kan..
Tapi, kalau yang nak baca secara slow motion.. acece.. dan kalau2 ada yang baik hati nak vote jemput-jemputlah jenguk Wattpad aku @Ainulzaidi97.. tambahkan bintang untuk aku yang tak bertambah-tambah tu ye.. kesian ke aku, seketul je bintang dapat.. huhu.. nampak sangat karya kau ni Ainul, tak menarik langsung! Huahua..
Okey pedulikan celoteh Ainul yang nak berdrama queen. Last but not least, selamat membaca CDL semua. Moga ada ibrahnya akan makna takdir itu sendiri. Sebenarnya, tulisan ini didedikasikan khas untuk para wanita yang pernah kecewa.. seperti aku? Ainul pernah kecewa dengan lelaki ke..? Haah, pernah, kecewa dengan kucing jantan jiran sebelah yang comel mata besar warna biru bulu putih tak mahu dengan aku. Bercakar je kerja. Jadi kecewa dengan dia, aku tulislah cerita ni.
Erk? Ainul? Kau ingat orang percaya? -Ainul buat muka kerek-
Haha..
Yang penting, jangan pernah putus asa. Kecewa dalam hubungan hanya asam garam dalam kehidupan. Pahit itu mematangkan kita untuk jadi lebih kuat bukan? Jadi, pesanan daripada penaja. Teruskan hidup. Teruskan meninta lembaran-lembaran indah dalam hidup kita. Biarpun apapun halangan dan dugaan. Jangan pernah berhenti untuk meninta. Walaupun dakwat tinta sudah kering, belikan yang baru dan sambung lagi.
Senyum sayang..
Tiada yang lebih indah selain senyuman itu terus terpotret di wajah kita.
Senyum sayang..
Tiada rugi malah menambah rezeki
Nabi cakap, senyum sedekah kan..?
Apa lagi, senyumlah!
Hehehe
Jangn lupa vote sini. ---> CINTA Dan Lelaki Wattpad
Juga buat siap-siap yang malas nak bukak lappy ataupun browser di fon, ataupun tak ada Wattpad di fon tapi ada app Novel+.. Haa.. bolehlah search CINTA Dan Lelaki, genre short story. Kalau dah jumpa, bacalah. Jangan risau, free. Tak ada premium kena bayar bagai.
Enjoy your life sayangsss.. hehe..
Comments
Post a Comment