Maroc: Love Footprint 4

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua..? Sihat-sihat belaka ka..? Hee.. Alhamdulillah, seperti yang aku katakan kelmarin kalau ada kesempatan aku akan post bab 4 M:LF, Bukan main lama nak habis menulis, padahal kalau baca balik tak adalah panjang mana. Cumanya, disebabkan aku begitu nak memberikan gambaran sebenar dengan suasana sekeliling penempatan yang aku duduk di Casa ni. Aku cuba menulis dengan cara yang terbaik. Tapi, aku tak tahulah apa yang aku tulis tu memberi kefahaman ke tidak apa yang cuba aku gambarkan kepada pembaca.

Tapi, kalau tak faham pun tak apalah. Nak buat macam manakah.. aceceh, jauhnya hati.. hehe, tak adalah.Jadi, tak nak membebel banyak-banyak. Bab kali ni aku cuba santai-santaikan penulisan aku. Santai ke..? macam serabut je baca.. Apa-apa je lah.. So, kali ni apa pula yang tersiratnya..? Tak ada apa pun, cuma kalau perasan dalam hidup kita ni kan. Sesetengah laku dapat mengundang salah faham dan fitnah. Mungkin situasi yang aku datangkan ni terlalu biasa sangat. Tapi, hakikatnya jika yang tidak tahu tu boleh menafsirkan pelbagai perkara pada peribadi seseorang. Ketepikan masyarakat sekarang yang open mind. Open mind pun perlu ada hak dan pada tempatnya.

Bagaimana jika yang menafsirkan itu menuduh muslimah yang beriman itu mempunyai peribadi yang tidak baik, terlintas pada hati dan fikiran wanita itu perempuan murahan, pasti pernah melakukan perkara sumbang, menyembunyikan kekejian diri di sebalik agama. Jika perkara ini tidak benar, besar amarannya daripada Al-Quran. Hukum Qazaf sudah termaktub dalam hudud. Jika adanya hudud, maka larangan keras sangat ditentang berlakunya perkara demikian. Nabi juga mengatadakan dalam hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a yang maksudnya: "Jauhilah tujuh kesalahan yang merosakkan, mereka (sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah dia? jawab Baginda: Syirik kepada Allah, sihir, membunuh nyawa yang diharamkan Allah kecuali dengan haq, memakan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari peperangan dan melempar tuduhan zina kepada wanita beriman yang cuai."

Ingin dihuraikan lebih lanjut, aku bukanlah orang dalam bidangnya. Jika pembaca sememangnya insan yang mengkaji, terlalu ingin mengetahui apa yang dibolehkan dan dilarang agama. Bertemulah dengan ulama2 yang DIPERCAYAI agar kekeliruan ini dapat dirungkai. Aku ingin sekali menyentuh hal ini kerana mata ini melihat masyarakat sekeliling yang begitu tiris mulutnya dalam menapis kata-kata. Jika itu yang dilihat mereka, itulah yang benar. Kebenaran terkambus di sebalik kebutaan hati.

Kerana itulah aku turut menyentuh, pentingnya seseorang itu menjauhi daripada mengundang pandangan manusia yang terhijab untuk mencari kebenaran. Walaupun kadang-kadang itu yang tertuduh itu berada dalam komuniti insani terpelajar dengan ilmu agama. Yang tahu bahawa mengkaji kebenaran itu lebih penting daripada melontarkan penilaian. Lebih baik terlepas orang yang bersalah daripada menghukum insan yang tidak berdosa. Yang bersalah tetap ada balasannya, jika tidak melalui undang-undang manusia, undang-undang Tuhan itu lebih dahsyat balasannya. Tapi, jika ada jiwa yang tidak berdosa dihukum? Bagaimana hidupnya? Zalim ini, Allah.. aniaya jiwa yang tak bersalah. Apa jawabnya di depan Tuhan jika dituntut jiwa terzalim ini di mahsyar nanti. Tidak takutkah?

Ada kisah si guru buta dibantu oleh si murid yang rabun untuk pulang. Tetapi laluan mereka akan melalui sekumpulan lelaki. Sebelum mereka melalui jalan itu, si guru meminta kepada si murid supaya berpecah ke arah jalan yang berlainan. Apabila ditanya si murid mengapa. Si guru menjawab dia tidak mahu mereka dijadikan bualan dan tohmahan mulut manusia yang tidak boleh ditutup. Diejek si rabun yang menjadi arah kepada si buta. Si murid cuba pedulikan semua itu, kerana yang dituduh itu juga diberi ganjaran pahala dan yang menuduh itu yang berdosa. Tapi, si guru memujuk adalah lebih baik mereka mengelak daripada mengundang manusia berbuat dosa jika mereka tahu itu yang akan dilakukan mereka. Tak rugi pun bermuamalah, Sama-sama dapat pahala, fitnah pun terhindar, mulut yang lancang pun terhindar daripada berdosa. Pst, pentingnya peranan individu itu sendiri untuk menghindari fitnah. Harapkan hati manusia sama putih, sampai kiamat lah huznuzon kau!

Nampak tak apa yang saya cuba nak cakap ni? Aku ni kadang-kadang ikut sedap mulut jha nak cakap. Apa yang terlintas dalam kepala itulah yang aku cakap. Susunan ayat berterabur tak tersusun, tatabahasa tunggang-langgang. Tak layak pun nak jadi penulis, penconteng jha lebih tepat! Kalau orang yang mendengar dan yang membaca itu faham, Alhamdulillah. Kalau tak, tergaru-garu kepala ceq pikiaq macam manalah nak bagi faham. Aku tak pandai bercakap dan aku tak pandai menulis. Apa aku tahu sku nak bagitahu kepada semua orang apa yang aku tahu, apa yang boleh apa yang tidak boleh, dan aku nak semua orang turut merasai apa yang aku rasa, alamai pengalaman apa yang aku lalui.

Hoi Ainul! Benda apalah yang hang duk beletiaq dari tadi ni..? Dah-dah lah tu, cepatlah bagitau depa semua pasai Sharqawi dengan Hilda tu. Yelah2, ampunkan ceq nah. Ceq kalau suruh beletiaq, ha nilah padahnya. Berjela-jela sampai esok. Okey2, udah2 la tu Ainul. Kesian pembaca yang setia membaca dari awal ni. Okey, apa kisahnya Sharqawi dan Hilda ni..? Eksiden ke? Dok kot, Hilda kan perkasa! haha.. Hilda melarikan diri sejauh mungkin? Mengelakkan diri tepatnya.. Kena marah sebab tak panggil Sharqawi abang? Merajuk ke? Sharqawi sang pencinta setia selalu ditinggalkan di belakang. Setia betul jejaka idaman ni mengutip love footprint yang berhabuk ditinggalkan si suri hati. Setia betul Sharqawi ni ye. So, cerita sebenarnya..? Jomlah baca teaser sikit..

>>>>> "Hilda, buka mata, pandang depan, senyum.." Matanya terbuka dan harapannya terbang. Hakikatnya Sharqawi masih di sisi. Dan Sharqawi sedang merapatkan mukanya ke muka Hilda sambil membetulkan kedudukan Zenphone di tangan yang telah di'setting'kan camera depan. Bila-bila sahaja gambar mereka berdua akan dikakukan pada screen telefon. Klik! Barulah Hilda sedar mereka sedang bergambar bersama dengan jarak yang sangat dekat! Ingin sahaja Hilda menolak Sharqawi tanpa ampun. Jika boleh, biar sampai jatuh tangga tergolek-golek. Biar padan muka. Geram! Jika tidak kerana alasan Sharqawi ini permintaan keluarga yang mengharapkan walaupun sekeping gambar mereka bersama, tak ada punya Hilda mahu beri muka. Tak ada kompromi buat lelaki asing ini! Hilda sabarkan hati menghulurkan muka tanpa rela. Senyum yang diminta langsung tidak diukir. Biar! Biar mereka tahu aku terpaksa.

Sharqawi pula tidak kisah, tidak ambil hati langsung bagaimana sekalipun riaksi Hilda. Asalkan gambar yang diminta sudah terpotret, bukti mereka bersama dihantar sampai ke keluarga. Peluang yang ada tidak disiakan Sharqawi. Muka yang kaku, pipi mulus yang begitu hampir dengannya menjadi sasaran bibir Sharqawi dengan sengaja. Hilda yang terkejut spontan membulatkan matanya sama bulat dengan mulutnya yang terlopong. Dan klik! Klik! Klik! Klik! Hingga lampu seluruh iqamah kembali terpadam. Sharqawi tersenyum puas. kemenangan terbentang. Kegelapan yang membuta tidak membuatkan mata Hilda turut buta mencerlung tajam menikam wajah tak bersalah Sharqawi. Sharqawi tidak gentar, sarang tebuan yang memang sengaja diusik dinanti penuh berani sengatan berbisa Hilda. Jarak yang terlalu dekat hingga berlaga nafas mereka dan hampir bertemu hidung mereka tidak langsung menghilangkan ledakkan di hati Hilda.

"Padam!" Arahan. Perintah. Tegas. Sehasta suara Hilda naik daripada biasa.

"No!" Sama naik. Lagi dikipas biar sampai rentung.

Tanpa menunggu, Zenphone yang kejap pada pegangan Sharqawi cuba dirampas dengan pantas. Sepantas tangan Hilda mengejar, pantas lagi Sharqawi mengelak tidak memberi peluang. Tangan diangkat menghalang daripada dirampas Hilda. Kegelapan yang pekat tidak langsung menghilangkan semangat Hilda untuk mencapai setinggi mungkin. Terlompat-lompat Hilda mencuba menggapai Zenphonenya yang tinggi dijulang hampir mencecah siling. Kenapa tinggi sangat lelaki ni? Tetapi untuk putus asa tidak mungkin. Teman-teman Hilda sendiri tidak dibenarkan mengambil gambarnya sewenang-wenangnya. Inikan pula lelaki asing yang belum sampai sehari dia temui. Siapa dia sesuka hati sesedap rasa berlepas laku. Sekeliling tubuh Sharqawi sudah ditawaf, belakang Sharqawi dipeluk rapat dan dicuba panjat. Hujung kaki dijinjit tinggi menujah lantai, tangan kiri mencengkam kuat pada bahu Sharqawi, tangan kanan panjang galah cuba mencapai setinggi mungkin. Peluang yang dinanti untuk mereka sedekat itu diselami Sharqawi penuh asyik melayan usaha Hilda, terhibur sekali hatinya dengan cubaan Hilda yang sangat serius. Ada kala tawa kecil terletus juga melihatkan mimik muka Hilda persis anak kecil dilarikan gula-gula. Tapi, menurutkan kemahuan Hilda dan mengalah tidak mungkin sama sekali.<<<<<

Baca versi penuh di sini.

----------------------------------------------------------

Selamat membaca ye semua. Kalau tak dapat memahami tu aku minta maaf. InsyaAllah, kelemahan akan aku baiki dari semasa ke semasa. Bila pula nak sambung ni..? Tak pastilah lagi.. sekarang ni pun aku tengah fatrah genting ni, bulan depan dah nak exam. Banyak lagi subjek yang nak kena cover. Kalau ada kesempatan aku menulis, kalau tak bersabar la ye semua. hehe.. Cumanya, nak hold kejap M:LP. Nak beri peluang dekat DLI mengejar. Dah lama sangat menyepi ni, tak bersambung-sambung. Idea pun sekarang ni bukan main lagi semput dia. PC pun nak cover jugak. SODA lagilah, memang aku macam dah buat pekasam dah manuskrip tu. Bila nak olah balik pun tak tahu.

Apa-apapun doakan aku mana yang lebih baik. Aku sedang memaksa diri untuk fokuskan kepada pengajian aku sekarang ni 100%. Tapi, macam-macam jadi. Komitmen pun tak sampai 10%. Kesian umi abah yang tak berhenti doakan aku, tapi aku pula semangat merudum macam tak mahu naik ni. Allah, doa-doakanlah aku ye. Kembali membetulkan niat dan matlamat. Azam kembali ditanam. Impian kembali dikejar. Jumpa lagi ye semua!


Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye