Review - Novel Bongsu MJ Tak Bernoktah

Assalamualaikum wbt..

Hello, hello, hai..
Hai, hai, hello..

Kabare semonya..?

Jangan jauh sangat mikir apo bondo nya ea yang si Ainul ni berbungo2 tajoknyo ea..? (Bahasa apa kau royak ni mek - Bahasa rojak bercampur suku bangsa yang tiada akarnya)

Done merepek. So, sekarang ni aku memang mood membaca je. Memang tak tergerak hati nak mengahdap lappy dan kesemputan ideosss. Writer block. Ha ha ha.


Aku baru je habis baca Mikayla karya penulis yang memang jadi favourite writer dari pertama kali baca novel dia. Melur Jelita. Semua koleksi MJ aku beli. Kecuali The One, sebab waktu ni I dah bermukim dekat sana: tapi baca dah habis sebab pinjam yang orang. Rezeki weh, aku minta umi kirim buku je tiba2 sampai haaa buku tebal ni. Tak ke melompat aku. Thanks buddy, Maryam. Hehe. Sekarang pun tengah kumpul duit jugak nak beli kombo MJ Awak Suka Saya Tak 1&2 + I love You Stupid 1&2 Limited Edition punya. Walaupun jalan cerita lebih kurang sama dengan ASST dan ILUS yang lama terbitan Karya Seni tapi kalau namanya kipas susah matikan. Apa jha kau sanggup kan..? Kan..? Kan..?

Sebelum berceloteh panjang pasal novel ni, aku mahu minta para pembaca sekalian sedekahkan al-Fatihah buat Puan Hajah Norlali Bt Hj Salleh @ Melur Jelita yang telah kembali ke Rahmatullah. Kematian itu boleh berlaku tiba2 dan bila2 masa. Dan berita pemergian penulis kesayangan ni pun memang tiba2. Dukacita dan terkejut memang menyapa dada tapi doa tetap buat arwah dan cemburu kerana armarhumah diambil pergi dalam bulan penuh barokah Bulan Romadhan, bulan yang sama perginya atuk aku yang dikasihi Hj Salleh. Innalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah untuk kedua-duanya.

~~~~~~

Apa ada pada Mikayla?

Si gadis yatim piatu yang tidak pernah bersua muka dengan ayahnya sedari lahir. Lebih sadis menyaksikan kematian ibunya di depan mata dek perompak yang buta mata hati mereka.

Dipasak pada dasar hatinya, jangan percayakan lelaki oleh insan yang dipanggil mak.

Diasuh dah dididik oleh dua orang ibu saudaranya, Wak Embun yang dipanggil Mak dan Wan Kintan yang dipanggil Mak Yang. Kedua2nya adik kepada Wan Malini, maknya Mikayla.

Sudah bergebu kasihnya buat Wak Embun yang kaya-raya dek harta pusaka yang ditinggalkan atas nama Mikayla: penjaga sah sehingga matang umur si yatim piatu. Tapi, dipisahkan supaya keluar dari villa Wan Embun diusia yang masih kecil tinggal bersama Mak Yangnya di teratak kecil mereka suami isteri tanpa anak. Kononnya mahu mengajar Mikayla hidup susah dan belajar berdikari dari kecil.

Namun, yatim piatu itu hanya menangisnya sebentar cuma. Diturutkan semua kata Wan Embun. Wan Embun itu kan maknya.

Mak kata..
Mak kata..
Mak kata..

Itu sahaja yang meniti bibir Mikayla setiap kali tindakannya ditanya. Sayang betul pada maknya itu. Kata2 Wan Embun umpama kalam Tuhan padanya, dijadikan pegangan dan panduan. Hingga punya impian tidak mahu berkahwin kerana mahu berbakti pada maknya!

Jangan percayakan lelaki ~ kata Wan Embun.

Mikayla patuh.

Tapi, kalau sering diusik teruna JJS - Jiran Jendela Sebelah. Jelingan yang menghiris lama kelamaan lembut juga hatinya.

Hardie-E, seorang polis berpangkat Konstabel. Anak jati tanah wujudnya Adat Pepatih, ditugaskan di Johor. Menyewa di rumah 2 bilik yang bersambung dengan teratak kecil Mak Yang dan Pak Yang, rumah kediaman Mikayla. Sebab itu jadi JJS.

Mulut manis si jejaka, loyar buruk dia ya ampun semput aku, mesej origaminya lagi, rajin pula bertegur si bunga yang tengah mekar, walau dingin di balas, gigih sungguh si hard to die ni menabur umpan. Suka betul diusik anak dara seorang itu. Dara 17 tahun, sekeras manalah hatinya.

Disangka serius, rupanya..

Amaran pada Mikayla yang sebelum ini hanya mendengar dan cuba dipatuh ~ jangan percaya lelaki. Orang kata, kita kalau tak kena batang hidung sendiri, amaran nasihat hanya disimpan di dada tapi tak berjaga2. Tapi kalau sudah terkena batang hidung sendiri. Patah hati, mula menurut kata ~ Jangan percayakan lelaki.

Dengan...
Atau tanpamu...
Aku tetap berdiri!

Dengan...
Atau tanpamu...
Aku tetap tersenyum!

Setelah itu, duka Mikayla bertimpa lagi saat berdepan satu kehilangan, lalu disogok oleh sebiji epal yang cantik kulitnya tapi berulat dalamnya, Mikayla ditinggalkan. Lalu, bermulalah kehidupannya di villa. Kasihnya mula sangsi saat dirinya dilayan seperti bukan pemilik villa, apatah lagi tetamu, malah ditempatkan di bilik miliknya pembantu rumah.

Tapi Mikayla, patuhkan saja. Kata mak, berbahagi tugas, Mak Khadijah sudah tua. Kata mak itu, tetap dipatuhnya.

Sinar kembali menyiram hatinya saat hadirnya Adrian, jejaka berbangsa cina. Menghulur tangannya untuk membawa Mikayla ke jinjing pelamin. Mikayla terima bukan kerana terbuka hatinya, tapi kerana mak yang menerima pinangan tanpa bertanya persetujuan Mikayla.

Hati yang keras itu, berputik jua.

Bahagia, kalau tak diuji. Bukan hidup namanya.

Kehilangan lagi. Kali ini hampir tidak berbunyi suaranya diawan duka.

Disangka Mikayla, dia Puteri Sembilan Puluh Sembilan untuk era kini.

Dengan...
Atau tanpamu...
Aku tetap berlari!

Dengan...
Atau tanpamu...
Aku tetap tersenyum!

Masa depannya terus diatur bagai boneka, dan Mikayla terus menurut atas nama kasih sayang. Liciknya si lidah bercabang, membela nafsu menelan harta anak yatim. Tidak takut dengan ancaman Tuhan!

Hardi-E. Dosanya pada masa lalu yang dipandang bagai angin lalu bertahun lamanya datang memburu pada satu tragedi. Membuat hatinya yang sebelum ini lapang, diburu resah dah gelisah. Hingga hidupnya yang yang sentiasa dipenuhi manusia, memohon untuk menyendiri. Nekad, mendorong Hardi-E menjadi pelari tanpa henti. Kerna katanya, hatinya lega kalau begitu. Sesak yang terbuku di hati, akhirnya berpangkukan riba si ibu. Isi hatinya meluah sesal. Hingga nekadnya kembali berpasak, hati yang terluka itu mahu ditemu kembali dan maaf mahu diminta.

Takdir yang menemukan mereka kembali.

Dengan...
Atau tanpamu...
Aku tetap berlari!

Dengan...
Atau tanpamu...
Aku tetap tersenyum!

Dan aku tertanya, mereka bertemu di bumbung yang sama tapi tak pernah berdepan dan bertembung mata, apatah melafaz kata antara keduanya. Bagaimanakah sketsanya? Bagaimana pengakhiran hidupnya Mikayla. Adakah karya bongsu MJ ni memang sengaja begini? Mereka yang tamak akan terus tamakkah? Impian Mikayla? Pak Yang? Mak Embun? Juriah? Jazlan? Hardi-E?

Rasa ingin tahu ini, seperti membuaknya rasa ketika sampai di helaian terakhir The Unsung Hero. Mujurlah TUH membuahkan The One. Tapi bagaimana untuk Mikayla..? Kerna ku tahu, si pemilik karya tidak mungkin lagi meninta untuk menyambung cerita yang tak bernoktah ini. Sedihhh.. sobs2

Tapi, hakikatnya realiti tak seindah mimpi kan? Sebab utama karya MJ yang jadi nombor satu untuk aku, tintanya penuh ilmiah, bahkan petua, tak kering gusi dengan karya belasahnya, ada sahaja cerita yang mencuit jiwa. Ceritanya MJ memang sampai ke hati. Kalau pegang novelnya, memang wajib highlight di tangan, bersiap untuk menanda segala mesej yang mahu MJ sampaikan. Ceritanya kalau menyentuh hati bukan sekadar menggeletek hingga ketawa bahkan mengundang emosi hingga banjir air mata. Teresak2 sampai tak punya suara. Habis novel MJ memang mestilah, tunggu tiga hari baru normal emosi aku.

Disebabkan jasa MJ, aku yang memang tak ambik tahu pasal Pasukan Keselamatan Malaysia, PDRM, Vat96 mahupun tentera, terus teruja bila tahu. Siap berangan tangkap cintan ngan polis lagi. Sampai buat aku jatuh cintalah pada depa2 ni haaa.. Kiranya, kalau tak sebab MJ sampai ke sudah den disogok yang depa2 ni reja makan duit kopi jha haaa. Lepas tu, aku cari semua dokumentari pasal depa2 ni dekat internet tau. Semua aku khatam sampai habis. Kau ada..? Ha ha ha..

Kata MJ, Mikayla ini. 'Cerita biasa2. Hero heroine biasa2. Biasa sangat2.' Dan benarlah. Sangat biasa2. Hampir jauh bezanya nukilan MJ yang sebelum2 ni. Tapi, sekali baca satu muka surat. Memang tak leh berhenti. Identiti penulisan MJ, macam magnet. Melekat! Biasa2nya ternyata bukan biasa2. Separuh novel ceritanya sangat biasa2. Bahasa yang biasa2. Cerita yang memang biasa2. Tapi klimaks memang memutar segalanya kan. Itulah fungsi klimaks. Tiba2. Ha ha ha.

And, baca karya bongsu MJ lepas arwah dah tak ada ni. Memang sebak juga. Bila watak2 dalam karya MJ sebelum ni dimunculkan dalam Mikayla. Hilman&Intan Awak Suka Saya Tak, Firman&Iris I love You Stupid + My Precious Iris, Irvan&Maryam The Unsung Hero + The One. Seolah2 watak2 ini memang sengaja diwujudkan dalam Mikayla, macam hint untuk pembaca. Ini memang karya terakhir beliau. Dan sungguhpun, ianya yang terakhir. Sobs. Sobs. Sobs. Sendu ni.

Terima kasih MJ. Terima Kasih. Karya puan sentiasa 5 bintang di hati, sentiasa 10/10 untuk segalanya. Nak ulas lebih dah tak mampu. Sendu ni sendu. Harap2 kalau dapat kombo ASST 1&2 +ILUS 1&2, bakal terubatlah sendu yang berjejeran keluar ni. Hu hu hu. Srott. Sedut air hidung. (Wek, Ainul mula tak senonoh)

-------------------

SINOPSIS DAN COVER MIKAYLA

Dengan…
Atau  tanpamu…
Aku tetap berlari!

Hardi-E. Ar Rahman
Produk muda dari Pusat Latihan Polis, Air Hitam (PULAPAH)
Gila-gila, ceria dan playboy ayam-ayaman.

Wan Adra Mikayla
Kononnya berdarah Bugis
Dicop keturunan Si Bongkok Tanjung Puteri!

Gadis lanun diusik jejaka Minangkabau
Jadilah asam pedas astaghfirullah al azim bertemu masok lomak cili api alhamdulillah

Hati Jiran Jendela Sebelah sudah terpaut
Jawapan Hardie: Saya main-main je.

Berani kau cuit-cuit gadis Johor Bharu?!
Cap mohor Mikayla jelas bertanda di dada Hardie!

Dengan…
Atau  tanpamu…
Aku tetap  tersenyum!

----------------------

Sekian.

Kampung Halaman,
Pulau Pinang,
Malaysia.

Terima kasih | Jangan lupa komen :D


Jaga Diri! Jaga Iman! Jaga Solat! Jaga Hati! Jaga Mata!


Salam Sayang | AinuoMZ

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Lebah dan Semut

Review Novel - Maia, Tiada Rahsia Tersembunyi

Ye Fei Ye